Selasa, 5 Oktober 2010

PKR tidak kompromi dengan politik ekstrem

Dzulfikar Mashoor

PETALING JAYA: PKR tidak akan berkompromi dengan dengan mana-mana anggota parti yang bersekongkol dengan politik ekstrem Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa).

"Kita tidak akan berkompromi dengan api perkauman yang ditiupkan oleh Perkasa dan Umno ini.

"Parti Keadilan Rakyat adalah parti untuk semua bangsa, ayuh kita tolak anasir ekstrem Perkasa dan Umno ini," ujar kata Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub tengah hari tadi di Akademi Keadilan.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Perak tidak menolak kemungkinan bahawa sokongan liar Perkasa itu semata-mata untuk memburuk-burukkan imejnya dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoal politik busuk Perkasa dan Umno yang marah apabila pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri dipertikai oleh Azmin.

"Pemimpin PKR matang dalam menangani politik busuk Perkasa-Umno.

"Apakah tidak boleh mana-mana pemimpin parti Keadilan mengkritik Tun?" ujarnya sambil mempersoal tindakan Mahathir memfitnah serta memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri 13 tahun lalu.

Mengenai Galas, beliau menganggap kemenangan dalam pilihan raya kecil itu sebagai komitmen bersama Pakatan Rakyat.

"Parti Keadilan sebagai salah satu komponen parti dalam Pakatan Rakyat dokongan sepenuhnya kepada calon yang diwakili oleh PAS," ujarnya.

Beliau yang juga salah seorang anggota Biro Politik Keadilan berkata, partinya akan berbincang dengan lebih terperinci berhubung persiapan tambahan supaya kerusi tersebut mampu dipertahankan oleh PAS.

"Soal pilihan raya kecil Galas, Keadilan memberi komitmen sepenuhnya. Esok, Biro Politik Keadilan akan bersidang antara lain kita akan menyentuh soal pilihan raya kecil itu," ujarnya lagi.

Lanjutan itu, beliau menasihatkan akar umbi parti supaya tidak mengabaikan pilihan raya kecil parti walaupun masing-masing sibuk menunaikan tanggungjawab sempena Pemilihan PKR 2010.

Ditanya soal kemampuan Pakatan Rakyat mempertahan kerusi yang dikosongkan almarhum Che Hashim Sulaima, beliau turut menyuarakan rasa yakin bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan) dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS mampu merencana strategi bagi menolak politik perkauman Umno BN.

Tiada ulasan: