Sabtu, 23 Oktober 2010

PKR tangguh seminggu pengundian pemilihan di Sabah

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk menangguhkan proses pengundian pemilihan pusat membabitkan 21 cabang Sabah selama minggu ekoran pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi.

Proses pengundian hujung minggu depan dibawa kepada 6 dan 7 November.

Penangguhan diputuskan oleh Biro Politik PKR pada mesyuaratnya kelmarin, kata Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

“Biro Politik PKR pada 20 Oktober telah bersetuju menangguhkan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan di Sabah yang akan dijalankan pada 30 dan 31 Oktober,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata beliau, langkah itu untuk memastikan seluruh pimpinan, anggota dan jentera PKR Sabah dapat menumpukan pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi.

“Semua pemilihan di cabang-cabang yang lain akan berlangsung sebagaimana dijadualkan,” katanya.

Pilihan raya kecil berlangsung 4 November.

Sebanyak 21 cabang terlibat dalam proses pengundian yang dijadualkan 30 dan 31 Oktober.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

penangguhan ini dilakukan bagi membolehkan PKR menghadapi PRK Batu Sapi.namun, sehingga kini PKR masih lagi menghadapi konflik dalaman yang mungkin memberikan kesan kepada parti itu.

Tanpa Nama berkata...

bgs jugalah mereka tangguhkan, mereka boleh tumpukan pada piliharaya di Batu Sapi, sebelum tu, selesaikan juga masalah dalaman PKR yang semakin kronik tu.

evan medhousky berkata...

parti2 lain juga perlu beri tumpuan sepenuhnya terhadap PRK Batu Sapi, abaikan apa yang patut diabaikan..

Unknown berkata...

apa pun, kita tunggu PRK ini nanti adakah berpihak kepada PKR atau sebaliknya. BN tidak akan duduk diam dengan kerusi tersebut dan BN akan menguatkan jentera pertahanan untuk memenangi kerusi Batu Sapi ini.

Hosie Masie berkata...

pengundian pemilihan cabang PKR terpaksa di tangguh kerana PRK Batu Sapi ini. Mereka PKR menumpukan PRK Batu Sapi untuk memenangi kerusi tersebut. Tapi itu kita tidak pasti yang penting, BN dan SAPP tetap akan bertanding dan sokonga terhadap kedua parit ini tetap kuat.

Leo berkata...

Paling penting, selesaikan masalah dalaman PKR kerana ia hanya akan mengambarkan PKR sebagai parti yang lemah dalam pentadbiran di mata pengundi.

Leo berkata...

Selamat berjuang dalam pilihanraya kecil di batu sapi.

nurfatihah berkata...

PKR, jika mahu berjaya, kuatkan jentera, persefahaman, ikatan dan sebagainya lagi di antara ahli2 sendiri barulah imej yang dipertontonkan nanti adalah bersih.