Selasa, 19 Oktober 2010

PKR tanding di Batu Sapi, Pakatan harap SAPP tak saing

Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR — Pakatan Rakyat mengesahkan ia akan menurunkan wakil PKR bertanding di Batu Sapi pada pilihan raya kecil dan akan berusaha memujuk Parti Maju Sabah (SAPP) agar tidak turut bersaing.

Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya berpendapat bahawa SAPP tidak perlu meletakkan calonnya di Batu Sapi bagi membolehkan pertarungan satu lawan satu membabitkan Barisan Nasional.

“Kami berharap SAPP tidak akan bertanding,” kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen pagi ini.

PKR tidak bertanding di kerusi Parlimen Batu Sapi Mac 2008 walaupun kerusi itu diperuntukkan kepada parti itu.

31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PKR dan SAPP masing-masing pun ingin bertanding..jika SAPP tidak memberi laluan, maka tiga parti akan bersaing dalam PRK Batu Sapi nanti.

Hamdan Hadillah berkata...

Apa kuasa PR mahu melarang SAPP untuk bertanding. Jangan harap SAPP tidak bertanding. Inilah impian SAPP selama ini supaya menguji sokongan rakyat terhadap SAPP. PKR jangan takut, SAPP pasti akan dapat sokongan lebih berbanding PKR dan BN akan tetap mendapat majoriti.

Hosie Masie berkata...

PR macammana dengan PAS??adakah PAS tidak layak bertanding di Batu Sapi.

Sanih Alias berkata...

Biarlah bersaing dengan ramai calon. ini kita akan tahu yang mana akan menjadi pilihan utama bagi penduduk. BN, SAPP dan PKR. harap bersainglah dengan cara yang bersih. BN mesti mengekalkankan kekuatan majoriti pilihan penduduk berkenaan.

Unknown berkata...

SAPP merupakan parti pembangkang di Sabah. PR adalah parti gabungan PAS, DAP dan PKR pembangkang. Jadi PR tidak ada kuasa melarang SAPP untuk bertanding 1 lawan 1 dengan BN. Ini macam memandang SAPP tidak layak bertanding kerusi perlimen Batu sapi. Maruah SAPP jatuh oleh PKR. Harap PKR yang tidak perlu bertanding.

tombolo berkata...

PKR mengharap SAPP tk ikut bertanding, itu hak SAPP hendak bertanding atau tak. PKR tk boleh menghalangnya.

Anak Sabah berkata...

Saya ingat SAPP juga pihak pembangkang, sama seperti PKR. Tak faham mengapa mereka bertegas mahu bersaing walaupun PKR membantah.

Anak Sabah berkata...

Setiap parti komponen PKR seolah-olahnya hanya mementingkan parti sendiri.

evan medhousky berkata...

Anwar tidak perlu berharap dan mendesak supaya SAPP menarik diri, kerana SAPP tetap dengan pendirian mereka untuk meletakkan calon di batu Sapi... jangankan lawan dengan BN, lawan dengan SAPP pun belum tentu PKR boleh menang..

azman berkata...

PR tidak perlulah berharap SAPP agar tidak bertanding kerana mana-mana parti pun mempunyai hak untuk bertanding. mungkin BN mempunyai peluang yang lebih baik kerana faktor penyokong BN yang lebih ramai di kawasan berkenaan.

langsat berkata...

Heran betullah PKR ini kenapa tidak bagi peluang kepada parti SAPP.

langsat berkata...

Pandangan saya, BN tetap menang pada pilihan raya kecil di Batu Sapi kerana BN telah lama berkhidmat di kawasan tersebut tambahan pula mendapat sokongan dari kalangan masyarakat.

langsat berkata...

Kenapa PR menghalang SAPP untuk bertanding dan membenarkan PKR? Bukankah lebih baik jika SAPP turut bertanding, sekurang-kurangnya kemampuan SAPP dapat dilihat oleh PR.

Tanpa Nama berkata...

semua ada hak bertanding, jika ada calon bebas nak bertanding. PKR tak boleh menghalangnya.

amy berkata...

“Kami berharap SAPP tidak akan bertanding,” kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen pagi ini.

Nampak sangat tidak mengamalkan sikap demokratik.

amy berkata...

Mari saksikan pertandingan 3 penjuru nanti. Lebih menarik.

Paquin berkata...

Bertanding sajalah, yang penting kamu bahagia. hehehe

Paquin berkata...

ali asgar, terhibur pula aku baca komen ko ni. hahhahaa
MAJORITI PASTI BERPIHAK PADA BN:P

Paquin berkata...

Ya lafizah. Biar ramai2 yang bersaing pun takpa kerana hanya satu saja yang bakal jadi pilihan pengundi.

Paquin berkata...

Ya adam. Kelebihan mmg ada pada BN tapi saya harap BN tak leka dan terus kukuhkan kepercayaan rakyat terhadap mereka supaya kemenangan berpihak lagi pada BN.

Paquin berkata...

Apapun, marilah kita nantikan apa yang bakal berlaku nanti.

kb girl berkata...

Sapp juga berhasrat bertanding kerusi Batu Sapi dan berharap Pkr tidak bertanding.

mike berkata...

anwar ingin persaingan satu dengan satu pada PRK batu sapi..namun nampaknya ini tidak akan berlaku..kemungkinan akan berlaku persaingan 3 penjuru antara PR, SAPP dan BN.

mike berkata...

dengan adanya penyertaan SAPP dan PKR maka akan memberikan kelebihan kepada BN..ini sememangnya akan memudahkan Bn pada PRK batu sapi.

mike berkata...

undi pembangkang akan terbahagi kepada 2 maka kelebihan kepada BN..tapi jika SAPP dan PKR mencapai persepakatan akan memberikan ujian getir kepada BN..

mike berkata...

apa pun, keputusan terletak di tangan pengundi..apa pun boleh berlaku dalam dunia politik..kita tunggu dan lihat sahaja.

Unknown berkata...

Tiada persetujuan dicapai dalam mesyarat PKR SAPP petang ini. Lawan tiga penjuru akan berlaku.

Unknown berkata...

Sapp tidak beri laluan dan Batu Sapi bakal direbut tiga pihak.
Siapa agaknya akan menonjol, tunggu dan lihat.

Unknown berkata...

Keadaan ini tidak berlaku kerana perundingan antara PKR dan SAPP tidak berjaya.
Sukar bagi pengundi penyokong pembangkang.

captain berkata...

Sah Yong Teck Lee sendiri bertanding. MUngkinn beliau harap dapat jadi MP Batu Sapi supaya dapat bersuara dalam parlimen.

Unknown berkata...

Jika tiada kata sepakat, sudah tentu BN akan menang dalam pilihan raya kecil ini.