Selasa, 19 Oktober 2010

PKR akan bertanding di Batu Sapi

FREE MALAYSIA TODAY

alternative leaders KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di Parlimen Batu Sapi selepas mencapai kata sepakat dalam mesyuarat Pakatan Rakyat minggu lalu.

Menurut Anwar, keputusan dibuat memandangkan kerusi Batu Sapi itu asalnya merupakan milik PKR pada pilihan raya 2008 lalu.

Namun PKR gagal meletakkan calon ekoran berlaku masalah teknikal.

"Pakatan rakyat di Sabah telah bertemu dan memutuskan bahawa calon PKR akan mewakili kami dalam pilihan raya ini," katanya yang juga Ketua Umum PKR.

Ditanya mengenai Parti Maju Sabah (SAPP) yang turut berminat meletakkan calon, Anwar berharap parti itu akan memberi laluan bagi mengelakkan pertembungan dalam melawan Barisan Nasional (BN).

"Saya lebih memilih pertandingan satu lawan satu dengan BN dan saya berharap SAPP akan memberi laluan," katanya.

Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee sebelum ini mengumumkan parti itu akan bertanding di Batu Sapi.

Semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Parti Bersatu Sabah (PBS) akan mewakili BN dalam pilihan raya Batu Sapi.

Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu.

Mendiang menduduki kerusi berkenaan sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau dicabar oleh calon Bebas, Chung Kwong Wing tetapi berjaya mengekalkan kerusinya dengan mudah dengan majoriti 3,708 undi. Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nampaknya PKR akan mewakili PR untuk bertanding. jika SAPP tidak memberikan laluan maka persaingan tiga penjuru akan berlaku..

tombolo berkata...

PKR mewakili PR dalam Piliharaya BAtu Sapi, SAPP juga akan menyertai persaingan ini menentang BN. ia adalah persaingan 3 penjuru.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan rakyat akan membuat pilihan terbaik. Selamat mengundi.

Anak Sabah berkata...

Semoga pilihan raya kecil Batu Sapi akan berjalan lancar. Tidak kira apa keputusan akhirnya, diharapkan itulah apa yang terbaik untuk rakyat.

evan medhousky berkata...

nampaknya PAS yang sebelum ini beriya2 meletakkan calon di Batu Sapi terpaksa akur dengan keputusan ini. mungkinkah selepas ini akan berlaku keretakan antara PAS dan PKR atas sebab ketidaksefahaman antara kedua2 parti tersebut??

evan medhousky berkata...

Anwar tidak perlu berharap dan mendesak supaya SAPP menarik diri, kerana SAPP tetap dengan pendirian mereka untuk meletakkan calon di batu Sapi.

Bujang Senang berkata...

baguslah jika clon PR ialah PKR, yang telah mengecewakan rakyat pada 2008 yang hilang entah kemana calon PKR. Tapi walau apa pun, kita tengok sendiri siapa yang akan diundi oleh rakyat.

Sanih Alias berkata...

PAS tidak diberikan peluang oleh PKR kerana PKR mahu bertanding sendiri dengan BN. Kalau ikut layak memang PAS lebih layak berbanding PKR. PKR yang mempunyai sejarah silam sebelum ini. Kita tidak tahu mungkin SAPP tetap akan bertanding dan ini akan memberikan PKR tekanan untuk bertanding. Kerana SAPP pasti mempunyai pengaruh yang sangat kuat di Sabah.

azman berkata...

PKR dan SAPP akan bertanding dalam PRK Batu Sapi. persaingan tiga penjuru akan dapat dilihat dalam PRK kali ini.

langsat berkata...

Kan lebih baik pertandingan yang melibatkan 3 parti yang bakal bertanding. Sekurang-kurangnya kemampuan Parti Maju Sabah (SAPP) dapat dilihat.

amy berkata...

"Saya lebih memilih pertandingan satu lawan satu dengan BN dan saya berharap SAPP akan memberi laluan," katanya.

Atau takut malu kalah kepada SAPP yang lebih mempunyai pengaruh yang kuat berbanding PKR yang baru di Sabah?

amy berkata...

Teruskan berjuang SAPP. Mungkin kamu tidak akan menandingi BN, tapi diharap kamu menandingi PKR.