Ahad, 10 Oktober 2010

Pilihan raya kecil: PKR akan tanding wakili Pakatan di Batu Sapi



Fuziah berkata kerusi Batu Sapi akan ditandingi oleh wakil PKR. — Gambar fail

KUALA LUMPUR — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menurunkan calonnya mewakili Pakatan Rakyat (PR) jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memanggil pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah meskipun tiada wakil diletakkan dua tahun lalu.

Pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan Batu Sapi yang mempunyai 26,000 pengundi, yang terletak di sebelah timur Sabah, merupakan pilihan raya kecil yang ke-13 sejak 8 Mac 2008.

PR hanya memenangi satu daripada 25 kerusi Parlimen ditandingkan di Sabah pada 2008.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh berkata, berdasarkan persetujuan PR kerusi itu diperuntukkan kepada parti itu tetapi tidak dapat meletakkan calon kerana sebab-sebab tertentu.

“Memang ia kerusi PKR, diperuntukkan kepada kami tetapi calon tidak dapat diletakkan.

“Oleh itu, PKR akan membuat persiapan untuk bertanding di Batu Sapi (apabila diadakan pilihan raya kecil nanti),” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, PR Sabah yang dijadual bermesyuarat hari ini dijangka menyentuh isu berkenaan.

“Kami sudah memberi fokus mengenai soal persediaan, dan mesyuarat Pakatan Sabah esok (hari ini) akan membincangkan persiapan,” katanya lagi.

Perkara tersebut juga dijangka akan disentuh pada mesyuarat PR pusat Rabu ini.

“Soal siapa yang akan bertanding, kami akan membincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rabu ini,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi.

SPR akan mengadakan mesyuarat khas sebaik sahaja menerima notis kekosongan daripada Speaker Dewan Rakyat.

Kerusi itu kosong ekoran kematian Ahli Parlimen Datuk Ir Edmund Chong Ket Wah (kiri) akibat kemalangan jalan raya semalam.

Chong, 54, yang juga Bendahari Agung Parti Bersatu Sabah, meninggal dunia apabila motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Sembulan-Tanjung Aru.

Pada pilihan raya umum lalu, Chong menewaskan calon Bebas Ching Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi. Chong memperoleh 9,479 undi manakala Ching mendapat 5,771 undi. Enam tahun lalu, beliau menang tanpa dicabar.

Kerusi Parlimen Batu Sapi mempunyai sekitar 26,000 pengundi dengan mengikut peratusan kaum, pengundi Melayu dianggarkan 32 peratus, Cina (38 peratus), India (0.5 peratus), Bumiputera Sabah (26 peratus), Bumiputera Sarawak (0.5 peratus) dan lain-lain (2.6 peratus).

Walaupun PKR tidak meletakkan calon di peringkat Parlimen, wakilnnya telah bersaing di kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri dalam bahagian Parlimen Batu Sapi pada 8 Mac 2008.

Di DUN Sekong, dengan jumlah pengundi 11,308 orang pada 8 Mac 2008, kerusi itu dimenangi oleh Datuk Shamsuddin Yahya dari BN dengan memperoleh 4,271 undi berbanding calon PKR Datuk Nahalan Damsal (2,082) manakala Mansor Mursalim (Bersekutu) (242).

Dalam pada itu, kerusi DUN Karamunting dengan 14,696 pengundi pula dimenangi oleh Peter Pang En Yin (BN) (5,171) yang mengatasi Sak Cheong Yu (Bebas) (1,455), Tan Shu Tee (PKR) (452) dan Chok Kon Tack (DAP) (1,809).

DUN Sekong mempunyai 38 peratus pengundi Melayu, Cina (18 peratus), India (0.5 peratus), Bumiputera Sabah (38 peratus), Bumiputera Sarawak (0.5 peratus) dan lain-lain (3.8 peratus).

Sementara Karamunting pula terdiri daripada 28 peratus pengundi Melayu, Cina (52 peratus), India (0.4 peratus), Bumiputera Sabah (17 peratus), Bumiputera Sarawak (0.7 peratus) dan lain-lain (1.7 peratus).

Kini BN memiliki 22 kerusi Parlimen selepas dua wakil rakyatnya dari Parti Maju Sabah bertindak sebagai anggota Bebas akhir 2008.

12 ulasan:

zam berkata...

yang penting rakyat ingin melihat persaingan berlaku secara adil dan bukannya dengan kekecohan atau memburuk-burukkan pesaing masing-masing.

mandau berkata...

PKR akan ikut bertanding dalam piliharaya kecil di Batu Sapi. PRK ini nampakya menarik, harap ia berlaku dgn lncar dan adil, rkyat yng menentukan calon mana yg menang.

Tanpa Nama berkata...

jangan terlalu yakin dan lakukan persiapan sebaik2nya. diharapkan pilihan raya kecil ini dapat berjalan dengan lancar tanpa dicemari oleh kekecohan...

Unknown berkata...

Tidak ada larangan untuk bertanding. yang penting bertanding secara adil dan bersih itu mesti ada.

Anak Sabah berkata...

Apa-apa pun, diharapkan pilihan raya ini dijalankan secara adil dan bersih. Semoga calon terbaik akan muncul sebagai pemenang.

Anak Sabah berkata...

Selamat berjuang kepada calon dan juga pengundi Batu Sapi.

Hamdan Hadillah berkata...

lagi ramai yang bertanding lagi bagus kepada ahli semua. Banyak juga pilihan. mari penduduk batu sapi kita pilih siapa yang lebih baik untuk penduduk. BN tetap menang dihati rakyat.

Tanpa Nama berkata...

PKR juga akan ikut bertanding dalam pilihanraya Batu Sapi. walaupun kawasan Batu Sapi sebelum ini kawasan BN. namun, BN tidak boleh leka, kena benar2 bersedia menghadapi pilihan raya ini.

joey berkata...

bertandinglah dengan baik dan jangan menggunakan taktik kotor. apa pun rakyat kena memilih siapa yang paling sesuai untuk memimpin mereka.

mike berkata...

nampaknya PKR juga bersiap sedia untuk menghadapi PRK batu sapi itu nanti. BN juga seharusnya bersedia mempertahankan kerusi parlimen tersebut.

mike berkata...

pengundi2 di kawasan tersebut haruslah bijak memilih wakil mereka.

mike berkata...

diharapkan agar PRK itu nanti akan berjalan dengan lancar dalam susana yang aman..selamat maju jaya diucapkan kepada yang akan bertanding.