Isnin, 4 Oktober 2010

P.G.D.K UNTUK PENJENAYAH?

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

PINGAT Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) semakin tidak berharga apabila ramai penjenayah telah menerimanya termasuklah Mafia Labuan, Datuk Goh Kian Guan @ Goh Swee Hing (2002) dan terbaru, bekas Tahanan ISA kerana sabotaj terhadap ekonomi Negara, Freedy Lim Nyuk Sang (2 Oktober 2010).

Datuk Goh Kian Guan @ Goh Swee Hing semakin menjadi kontroversi di Majlis Kurniaan Pingat Kebesaran Negeri Sabah di Istana Negeri pada 27 Oktober 2007 merupakan tokoh yang paling dikenali di Labuan, melebihi populariti Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana terlibat dalam penyeludupan dan penggubahan wang haram setelah menerima Pingat S.P.D.K bersama-sama dengan Mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Panglima Ahmad Said Hamdan.

Freedy salah seorang tertuduh dan masih dalam ikat jamin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dengan jenayah penggubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan bersama ‘The Untouchable’ Michael Chia Tien Foh merupakan pengarah sebuah syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) iaitu Kretam Holdings Berhad.

Freedy turut memiliki sebuah jet peribadi Falcon 20 yang telah digunakan (disewa) Michael Chia untuk melarikan diri ke Hong Kong ketika SPRM melancarkan operasi penangkapan semua suspek termasuk Freedy sebelum dipintas oleh Tentera Udara DiRaja Malaysia dan dipaksa mendarat di KLIA.

Selain daripada kes yang sedang disiasat SPRM, Freedy juga diserbu Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kastam Di Raja Malaysia berhubung pelbagai kesalahan lain dan kini sedang dalam proses pendakwaan.

Jika Admond Looh terus meletakkan jawatan daripada Lembaga Pengarah Java Incorporated Berhad sebaik sahaja diberkas SPRM, namun Freedy masih berbangga dengan kedudukannya dan enggan meletakkan jawatan di syarikat BSKL dan GLC (Sabah Softwood Sdn.Bhd) sehingga membahayakan pemegang saham kerana kes perbicaraan yang bakal dihadapinya akan melibatkan nama baik syarikat berkenaan.

Pada 2 Oktober 2010, Freedy menerima pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) bersama 52 penerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk termasuk (ADUN) Inanam Johnny Goh; ADUN Bingkor, Justin Guka; Pengarah Pelajaran Sabah, Dr Muhiddin Yussin; Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri, Abdul Jaffear Henry; Presiden Persatuan Jururawat Sabah, Bibi Florina Abdullah; Ketua UMNO Sepanggar, Jumat Idris; Penasihat Teknikal Tabung Hidupan Liar (WWF) Bagi Program Borneo, Dr Junaidi Payne; Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah, Mariati Robert Abdullah.

Tiada ulasan: