Jumaat, 22 Oktober 2010

Perwakilan Umno: Tahan golongan persoal perlembagaan


Umno Perhimpuna Agung Umno Ke 61

Oleh Muda Muhd Noor

KUALA LUMPUR: Wakil Melaka, Datuk Mohd Said Yusof memberitahu Perhimpunan Agung Umno supaya menahan golongan yang mempersoalkan perlembagaan negara.

"Bangkit sahaja….. (isu perlembagaan) tangkap macam Tun Dr Ismail (Abdul Rahman) buat, kerana memberi amaran sudah tidak main lagi. Tangkap dan dakwa di bawah Akta Hasutan.

"Kita beri warning (amaran) kepada DAP, mereka kena faham perlembagaan. Perlembagaan ini kena faham oleh orang Melayu dan kaum-kaum lain," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di PWTC hari ini.

Mohd Said menegaskan mempertahankan orang Melayu bukan perkauman dan menghasut.

Dalam ucapannya, Mohd Said juga menyentuh mengenai perpecahan yang berlaku dalam parti itu.

Menurutnya, perpecahan yang berlaku kerana disebabkan oleh pemimpin parti itu sendiri.

Masalah pemimpin

"Masalah Umno bukan ahli, tetapi pemimpinnya. Akhir-akhir ini kita lihat pemimpin kita, dia cukup suka dengar angin syurga oleh pengampu, orang hipokrit. (Tetapi) Orang macam ni yang pemimpin kita kayakan.

"Bila kaya tak turun bahagian, bantu cawangan pun tidak. Ini masalah kita," katanya.

Mohd Said berkata, bagaimanapun, bukan semua pemimpin kita semua begitu tetapi cuma segelintir, seorang dua sahaja.

Sementara wakil Kelantan pula mahu Umno mempertahankan akidah Islam dalam perjuangan parti itu.

Mohd Alwi Ahmad berkata, walaupum Umno telah berjuang memertabatkan Islam tetapi PAS yang mendapat nama.

"Oleh kerana PAS selalu memanipulasikan isu mengenai Islam, kita mahu semua sekali dalam Umno ini melawan PAS," katanya.

Tiada ulasan: