Isnin, 11 Oktober 2010

Perwakilan: Tetap 'berjaya' walau gagal singkir Teng

Susan Loone

Perwakilan yang menyokong usul tidak percaya terhadap Teng Hock Nan mendakawa mereka mendapat "kemenangan moral" walaupun gagal menang dalam pengundian usul tidak percaya yang menyebabkan pengerusi GERAKAN Pulau Pinang itu mengekalkan status quo.

Naib Presiden GERAKAN negeri H'ng Khoon Leng, salah seorang yang mendokong mesyuarat agung luat biasa hari ini bagi membawa usul itu, berkata Teng tidak boleh mengabaikan jumlah tinggi perwakilan yang mengundi menentangnya hari ini.

"Fakta menunjukkan 145 orang mengundi menentang Teng, menunjukkan ramai hilang kepercayaan kepadanya," kata H'ng selepas keputusan itu diumumkan.

"Teng sekarang harus mengetengahkan pelbagai isu yang dibawa oleh perwakilan," tambanya.

Di akhir proses pengundian hari ini, 155 daripada 322 perwakilan mengundi untuk meluluskan usul tidak percaya, manakala 174 lagi menentangnya dan satu undi rosak.

Secara teknikalnya, hanya 55 peratus perwakilan mahu Teng kekal, manakala jumlah yang hampir sama mahukan perubahan kepimpinan bagi membolehkan parti berubah.

"Tetapi sekarang tiada apa yang boleh dilakukan kerana perwakilan telah menyatakan hasrat mereka. Proses pengundia lancar dan kita kena hormati keputusan itu. Perwakilan mahu kekalkan status quo," katanya.

"Kami tahu ia selalu sangat sukar mengalahkan penyandang (Teng); jadi tiada apa boleh kita lakukan sekarang," tambahnya.

Tiada ulasan: