Selasa, 12 Oktober 2010

Penerima jantung mekanikal Winnie Chen alami strok, mati otak

BERNAMA

KUALA LUMPUR – Winnie Chen yang menggunakan jantung mekanikal lebih dua tahun lalu dilaporkan mati otak selepas mengalami strok Khamis lalu.

Menurut Institut Jantung Negara (IJN), beliau menjalani rawatan strok d Unit Rawatan Rapi institut berkenaan.

Pusat Sumber Transplan Nasional yang diketuai Datin Dr Lela Yasmin telah melakukan ujian kematian otak terhadapnya hari ini.

Winnie, 25, sebelum ini telah berpesan supaya mendermakan organnya kepada orang lain dan ini telah dipersetujui oleh ahli keluarganya untuk menderma paru-paru, mata, hati dan buah pinggangnya.

Kenyataan IJN menyebut, organ Winnie boleh diperolehi pada 7 malam hari ini.

IJN menyanjung tinggi ketabahannya mengharungi hidup menerusi jantung mekanikalnya dan mengucapkan terima kasih kepada keluarga yang sanggup menderma organ Winnie kepada orang lain.

Tiada ulasan: