Sabtu, 16 Oktober 2010

Pemuda Umno Sabah Harap Anak Tempatan Jadi Calon Parlimen Batu Sapi

BERNAMA

SANDAKAN: Pemuda UMNO Sabah mahu seorang anak tempatan dan berjiwa rakyat diketengahkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi bulan depan.

Ketuanya Azman Ruslan berkata calon tersebut perlu memiliki kualiti danmampu memberi perkhidmatan yang baik untuk penduduk di kawasan tersebut.

Bagaimanpun, katanya Pemuda UMNO Sabah akan menyerahkan kepada kepimpinan BNbagi menentukan calon pilihan.

"Tidak kira siapa yang dicalonkan nanti, kami akan memastikan beliau menangpada pilihan raya kecil itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas bersama Pemuda UMNO Bahagian Batu Sapi di sini malam ini.

Katanya pihaknya akan melaksanakan strategi yang sesuai bersama partikomponen BN yang lain bagi mendekati pengundi di kawasan Batu Sapi.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Sapi, Khairul Firdaus,berkata pihaknya akan akur dengan pemilihan calon oleh pucuk kepimpinan BN dan akan memastikan kemenangan dengan majoriti lebih besar.

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya DatukEdmund Chong Ket Wah dalam nahas jalan raya di Kota Kinabalu, Sabtu lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan 26 Oktober ini bagitarikh penamaan calon dan hari pengundian pada 4 November ini untuk pilihan raya kecil kawasan itu.

19 ulasan:

joey berkata...

calon yang akan bertanding dalam PRK itu nanti perlulah seorang yang disukai rakyat dan berjiwa rakyat.

mandau berkata...

sebaiknya calon yang bertanding biarlah anak tempatan, anak tempatan lazimnya lebih memahami keadaan penduduk. tp yng penting pilihlah calon yang disukai rakyat.

Jason berkata...

Bukan sahaja anak tempatan, tetapi mesti berkelayakan dan berdedikasi tinggi.

Leo berkata...

Diharapkan pengundi akan memilih calon yang terbaik untuk daerah mereka kerana ia melibatkan masa depan mereka.

Hamdan Hadillah berkata...

Betul cadangan pemuda umno sabah. Biarlah anak tempatan yang berkelayakkan menjadi calon perlimen batu sapi. Ini kerana calon anak tempatan lebih faham dengan masalah dan senang untuk menyelesaikan masalah, pada masa yang sama juga memudahkan untuk berkomunikasi antara penduduk.

Hosie Masie berkata...

bagilah peluang kepada anak tempatan itu sendiri yang mempunyai kelayakkan untuk menjadi calon. Biar anak tempatan membuktikan kebolehan untuk memimpin penduduk tersebut. semoga UMNO/BN dapat kejayaan dalam PRK batu Sapi ini.

Sanih Alias berkata...

Harap calon BN adalah calon terbaik untuk PRK Batu Sapi ini. Buktikan kepada pembangkang PR dan SAPP yang BN/UMNO tetap kuat dengan sokongan dari penduduk. Memang pasti BN akan tetap memerintah Sabah pada PRU 13 akan datang.

evan medhousky berkata...

lakukan tinjauan di kawasan Batu Sapi untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang apa sebenarnya menjadi pertimbangan penduduk di kawasan berkenaan untuk membuat pemilihan dalam PRK akan datang.

evan medhousky berkata...

kesilapan memilih calon boleh membawa padah kepada BN. oleh itu, berhati2 semasa membuat keputusan walaupun Batu Sapi merupakan kubu kuat BN.

Anak Sabah berkata...

Memang baik jika anak tempatan menjadi calon, tapi yang penting calon tersebut mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk memimpin kawasan Batu Sapi jika menang.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan pengundi Batu Sapi akan memilih calon yang terbaik! Selamat berjuang.

Tanpa Nama berkata...

tak kisah calon mana sekalipun, yang penting dia adalah calon yang baik dan berjiwa rkyat.

zam berkata...

apa yang penting adalah calon yang bertanding perlulah mempunyai komitmen yang tinggi dan sanggup bekerja untuk rakyat.

mike berkata...

sebaik-baiknya anak tempatan akan menjadi calon parlimen batu sapi. namun tidak bererti calon luar tidak baik..yang penting biarlah calon itu benar2 layak. BN haruslah bijak memilih calon mereka.

mike berkata...

atau beri peluang kepada ahli akar umbi di kawasan parlimen batu sapi bagi menentukan calon BN dalam PRK batu sapi nanti. namun terpulang kepada kebijaksanaan pemimpin BN.

mike berkata...

bagi mendapat sokongan pengundi batu sapi, BN haruslah menunjukkan ketelusan mereka.. 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' haruslah dijadikan sebagai strategi utama BN..ini adalah kerana rakyat sentiasa memperhatikan sejauh mana BN mempraktikkan konsep yang diilhamkan oleh PM ini kepada kesejahteraan hidup rakyat terutama di kawasan batu sapi.

mike berkata...

diharapkan parti komponen Bn negeri akan memberikan sokongan dan komitmen penuh bagi memastikan batu sapi terus kekal kepada BN..

mike berkata...

diharapkan SPR akan melakukan tugas mereka dengan telus bagi memastikan PRK batu sapi berjalan dengan lancar...demikian juga kepada pengundi2 di kawasan tersebut agar menjalankan tanggungjawab mereka kerana masa depan terletak di tangan sendiri..

Brendan berkata...

wowowwieee...i thought only PAS want to lobby the seat...another contender from the other side of the town try to make themselves visible....dude, Shafie Apdal & Musa Aman has said that PBS will going to choose their candidates, so for the sake of the coalition, buzz off & never again release a 'bonking' statement...