Selasa, 5 Oktober 2010

Pembantu peribadi nafi Sultan Ismail Petra akan dibawa ke negara jiran

Pembantu peribadi Sultan Ismail Petra menafikan khabar angin mendakwa ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V itu akan dibawa ke negara jiran hingga kawalan ketat terpaksa dilakukan di pintu sempadan Rantau Panjang-Sungai Golok di sini, semalam.

Kolonel Zahari Bakri, berkata tiada sebab Sultan Ismail Petra perlu di bawa ke luar negara kerana sedang menjalani rawatan fisioterapi di Istana Mahkota.

“Memang ada khabar angin disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), tetapi tiada perancangan membawa Sultan Ismail Petra ke mana-mana. Sultan pun tidak mahu ke mana-mana,” katanya, semalam.

Khabar angin kembali melanda keluarga Diraja Kelantan apabila Sultan Ismail Petra dikatakan akan dibawa secara rahsia ke Bangkok menggunakan pintu sempadan Kelantan-Thailand menyebabkan pintu sempadan di kawal ketat.

Sementara itu, Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad ketika dihubungi enggan mengulas lanjut. -HMetro

Tiada ulasan: