Rabu, 27 Oktober 2010

Pelantar Jeti Roboh Petanda Tidak Baik Bagi Umno-BN

Oleh Dzulkarnain Taib

pulai_apiSANDAKAN - Kejadian keruntuhan pelantar tangga jeti di Pulau Api-Api di sini tengahari yang menyebabkan tiga individu jatuh ke laut termasuk calon Parti Keadilan rakyat (KEADILAN), Ansari Abdullah membuktikan kegagalan Barisan Nasional mentadbir negeri Sabah sejak 47 tahun lalu.

Menceritakan detik-detik kejadian, Ansari berkata pelantar tersebut roboh apabila tiga individu termasuk beliau, pembantunya dan seorang wartawan stesen televisyen ntv7 berada di atas pelantar tersebut untuk naik ke atas bot.

"Saya dapat mandi jubub percuma hari ini," kata beliau secara berjenaka pada sidang media petang tadi di Bilik Gerakan Utama KEADILAN.

Beliau berkata sebelum itu rombangannya melawat Pulau Api-Api untuk membuat tinjauan mengenai kehidupan dan masalah yang dihadapi oleh penduduk di pulau itu.

"Dari jauh ketika menghampiri jeti tersebut, kita nampak bendera Umno dan Barisan Nasional berkibar di atas jeti. Mungkin bendera berat sebab itu pelantar tangga roboh. Mujur air laut ketika itu hanya paras pinggang dan kami tidak cedera tapi saya tetap basah kuyup termasuk kopiah saya, kamera ntv7 juga tidak rosak. Saya lihat ini sebagai petanda baik bagi Pakatan Rakyat dan buruk bagi Umno dan BN kerana
bendera mereka dipasang di atas jeti ketika kejadian berlaku," ujar beliau lagi.

Ditanya media mengenai kerugian yang dialami Ansari berkata talipon Blackberry Storm model terkini serta kameranya rosak akibat terjatuh dalam air masin.

"Saya tidak risau sangat pasal kamera dan talipon tetapi maklumat serta gambar-gambar semasa berkempen yang terkandung dalam 'memory card' tersebut. Saya juga berharap Yang berhormat Ahli Dewan Undangan Sekong mengarahkan semua agensi kerajaan yang terbabit supaya memeriksa dan menyelenggara semua jeti di pulau-pulau di Sandakan bagi menjamin keselamatan pengguna," kata Ansari.

Ansari juga membangkitkan isu masalah kos pengangkutan yang tinggi yang menyebabkan ramai kanak-kanak di Pulau Api-Api tidak bersekolah.

"Kami sempat berjumpa dengan tiga kanak-kanak antara umur 13 hingga 14 tahun. Mereka berkata tambang feri satu hala ka bandar adalah RM5 seorang. Ini bermkna pergi balik adalah RM10 dan mana mungkin ibu bapa mereka yang bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan
RM200 hingga RM300 sebulan mampu menanggung kos pengangkutan yang tinggi.

"Di pulau itu juga tidak ada sekolah menengah jadi kanak-kanak di sana tidak melanjutkan pelajaran selepas darjah enam. Pulau itu juga tidak ada bekalan air bersih dan bekalan elektrik.

"Bagaimana keadaan ini boleh terjadi dalam negeri Sabah yang merupakan negeri terkaya dari segi sumber semulajadi tetapi 23 peratus penduduknya di bawah paras kemiskinan. Ketua Menteri dari Sandakan, Timbalan Ketua Menteri juga dan timbalan menteri pusat. Apa mereka semua buat? Jelas mereka semua gagal melaksanakan tanggungjawan menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat," tegas Ansari lagi.

16 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Masih awal lagi untuk menentukan apa-apa. Kita hanya akan tahu keputusan akhir selepas undian dikira.

Anak Sabah berkata...

Tak sabar aku mahu melihat keputusan pilihan raya kecil Batu Sapi bila 4 Nov nanti. Lebih kurang 9 hari lagi.

mantra berkata...

pelantar jeti itu perlu dibaiki semula. dalam piliharaya ini, sukar nak menentukan parti mana yang menang.

joey berkata...

hasil PRK ini nanti akan ditentukan oleh undian rakyat. Terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan.

Hamdan Hadillah berkata...

Bukan BN yang tidak baik, tapi nasib PKR yang ada petanda malang. Selama ini orang lain lalu disana tidak ada pun yang jatuh, tapi bila PKR yang lalu terus runtuh. Ini menandakan PKR dalam nasib tidak baik sekarang.

Sanih Alias berkata...

Tidak perlulah PKR mahu buat andaian sendiri. PKR tahukah bahawa PKR tidak polular di Sabah. jadi mungkin itu petanda bagi PKR. Harap PKR bersabar nantikan pada 4 nov ni.

evan medhousky berkata...

sebenarnya jeti itu roboh disebabkan PKR terlalu tertekan. jadi tekanan itu terpaksa ditanggung sama oleh jeti tempat mereka berpijak sehingga menyebabkan jeti itu roboh. disebabkan tekanan itu juga, PKR hilang pertimbangan sehingga sanggup menuduh BN menjadi punca mereka jatuh dari jeti... patutkah jeti roboh dipolitikkan, dan calon PKR jatuh pun dipolitikkan...

evan medhousky berkata...

petanda yang sebenar.. dengan robohnya jeti itu setelah dipijak oleh calon PKR, maka roboh lah PKR di Sabah tidak lama lagi. apa2pun, kerajaan perlu membaik pulih mana2 jeti yang difikirkan tidak selamat..

Tanpa Nama berkata...

pelantar itu roboh, tapi yang terjatuh adalah calon PKR, ini adalah petanda bahawa calon PKR akan kalah dan mendapat undian paling sedikit.

zam berkata...

calon PKR yang terjatuh tapi mengatakan petanda tidak baik bagi BN pula. keputusannya nanti ditentukan oleh pilihan pengundi. biarlah penduduk Batu Sapi membuat pilihan mereka.

kb girl berkata...

Saya tidak percaya dengan apa yang dikatakan petanda tidak baik.
Tetapi adalah tanggung jawap kerajaan memastikan infrastruktur yang dibina selamat diguna.

Unknown berkata...

Kalau jeti itu sudah lama dibina dan uzur, tidak hairanlah ia roboh.
Nasib baik tiada yang cedera.

Unknown berkata...

Kejadian ini akan dijadikan isu pembangkang mengkritik kelemahan perlaksanaan projek kerajaan.

Unknown berkata...

Sekali lagi terbukti kelemahan kerajaan.

captain berkata...

Jeti roboh lagi dan Ansari jatuh ke dalam laut buat kali kedua.

Unknown berkata...

Penyelengaraan yang tidak baik mengakibatkan kemalangan ini. Pihak berkuasa tempatan harus bertanggungjawap.