Ahad, 24 Oktober 2010

Pantun Siam dalam perhimpunan Umno

Umno7_thumb2 Oleh Muda Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Barangkali pemidato dalam perhimpunan agung Umno yang paling mencuit hati ialah wakil Terengganu, Raja Arif Raja Ali.

Beliau menggunakan tiga bahasa – bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa Thailand dalam ucapannya selama kira-kira 30 minit.

Wakil Terengganu juga menggunakan dua dialek – Terengganu dan Kelantan – menambahkan lagi kemeriahan ucapannya.

Beberapa perkataan dari dialek Kelantan dan Terengganu digunakan yang mungkin hanya difahami oleh mereka dari negeri itu sahaja.

Gelagatnya itu menimbulkan riuh gamat di kalangan perwakilan dan pemerhati yang berada di perkarangan PWTC tersebut.

Pensyarah universiti itu menggunakan bahasa Inggeris menceritakan pengalamannya di England dan politik Australia.

Raja Arif berpantun menggunakan bahasa Thailand menambahkan gamat di kalangan orang ramai.

Berikutan beliau banyak menggunakan dialek Kelantan menyebabkan pengerusi persidangan Datuk Badruldin Amiruddin bertanya "Macam mana orang Terengganu bercakap Kelantan?"

Raja Ali menjawab "Orang Terengganu kahwin orang Besut."

Menariknya wakil Terengganu itu menterjemah pantun empat kerat itu ke dalam bahasa Malaysia.

Dalam ucapannya itu, Raja Ali mencadangkan diwujudkan sekolah 1Malaysia yang hanya mempunyai satu pentadbir.

Katanya, sekolah tersebut hendaklah dibina setiap kawasan parlimen dan ranking diumumkan selepas lima atau enam tahun.

Tiada ulasan: