Jumaat, 15 Oktober 2010

Muslimat PAS mahu Bajet 2011 mesra wanita

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mahu Bajet 2011 bersifat mesra wanita dengan memberikan peruntukan ke arah pembentukan modal insan dan kemahiran kepada wanita dalam semua sektor.

Timbalan ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, kerajaan tidak harus membelakangkan peruntukan untuk wanita kerana wanita merupakan golongan yang memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan negara.

"Harapan kita kepada bajet yang akan dibentangkan petang ini ialah bajet mesra wanita dan mengambil kira kepentingan wanita di semua sektor sebab kita lihat sumbangan wanita kepada pembangunan negara cukup penting.

"Kita mahu wanita Malaysia juga dapat bersaing dalam memacu pembanguann negara jadi kita harap bajet ini memberikan penekanan yang khusus terutama dalam isu-isu melibatkan kemahiran wanita," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, bajet yang lepas bersifat kebajikan secara umum, tetapi tidak menjurus kepada kebajikan wanita.

"Kita tengok bajet lepas ia tidak menjurus kepada kepentingan wanita dari semua jurusan. Ia hanya dari sudut kebajikan, sedangkan bajet ke arah memperkasakan wanita tidak diutamakan," katanya lagi.

Menurutnya juga, kerajaan harus prihatin terhadap nasib wanita yang terpaksa berhadapan dengan masalah kemiskinan akibat mengambil alih tugas suami atau menjadi ibu tunggal.

"Kita mahu bajet ini menekankan modal insan wanita itu sendiri di samping kemahiran yang perlu digarap kepada wanita kerana kita tengok kemiskinan yang tinggi adalah di kalangan wanita.

"Terutamamya di kampung-kampung yang melibatkan ibu tunggal, atau wanita yang terpaksa membantu suami yang tidak dapat bekerja dan menanggung anak yang ramai," katanya.

Di samping itu, beliau turut berharap agar bajet kali ini memberikan kelebihan kepada semua pihak, tidak hanya menguntungkan kakitangan awam atau golongan korporat sahaja.

"Bajet kali ini diharapkan mengambil kira golongan marhain. Kita tidak mahu pelepasan cukai dan sebagainya hanya dapat dinikmati oleh golongan korporat atau bonus kepada kakitangan awam sahaja sedangkan golongan lain seperti petani terus dihimpit tekanan hidup," katanya.

Beliau juga menyeru rakyat khususnya wanita tidak terpengaruh dengan pengumuman seperti pemberian bonus kerana rakyat akan terus dihimpit dengan kenaikan kos sara hidup.

"Saya menyeru wanita Malaysia jangan terbuai dengan mimpi indah ada bonus dua bulan gaji dan sebagainya. Sebenarnya walaupun kita dapat bonus dua bulan gaji tetapi kita akan berdepan dengan kenaikan harga barang yang tinggi dan kos lain yang semakin meningkat. Jadi tidak ada ertinya pemberian bonus dengan beban hidup yang semakin meningkat," katanya.

Bajet 2011 akan dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jam 4.00 petang ini.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bajet yang diumumkan oleh PM diharapkan akan mampu meningkatkan lagi kemampuan ekonomi negara kita untuk menjadi lebih baik. bajet ini juga diharap akan dapat memberi manfaat kepada semua golongan termasuklah golongan wanita.

Hamdan Hadillah berkata...

Bajet untuk menaikkan modal insan memang telah diperuntukkan. Jadi janganlah risau. Itu bukan untuk lelaki saja. Malahan wanita juga sekali.

Jason berkata...

Women are just as important as men in the society. Therefore, the 2011 budget should benefits women too.

Tanpa Nama berkata...

dalam bajet 2011, kerajaan telah memperuntukkan RM30 juta untuk pembangunan wanita. ini menunjukkan bahawa golongan ini tk diabaikan.

jsiput berkata...

PAS tidak perlu risau kerana Bajet 2011 adalah "mesra wanita". Berdasarkan Bajet 2011, kerajaan akan memperuntukkan 30 juta ringgit untuk pembangunan wanita. Sesiapa yang hendak membaca teks ucapan Bajet 2011, sila layari ke laman web ini: http://www.treasury.gov.my/

evan medhousky berkata...

- kerajaan memperuntukkan RM30 juta bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan.

- kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjalankan pelbagai program kebajikan dan kemasyarakatan dalam membantu golongan kurang bernasib baik.

- RM166 juta diperuntukkan untuk program bantuan kebajikan warga emas, yang dijangka meningkat melebihi 15 peratus daripada jumlah penduduk negara menjelang 2030..

sebelum PAS bersuara, kerajaan telahpun siap merancang..

evan medhousky berkata...

sepatutnya apa2 cadangan perlu dikemukakan lebih awal. bukannya setelah diumumkan.

Unknown berkata...

Apakah PAS tidak prihatin terhadap Bajet 2011 yang diumumkan semalam atau cadangan ini sebenarnya dikeluarkan sebelum Bajet 2011 dibaca?

Unknown berkata...

Wanita juga sama penting dalam pembangunan negara. Dan kita bernasib baik kerajaan tidak terlepas pandang tentang perkara ini.

langsat berkata...

kalau di SM, wanita yang tidak bekerja selalunya menjalankan perniagaan kecil-kecilan yang modalnya boleh didapati melalui jabatan-jabatan kerajaan yang telah dilantik spt. Jab Pertanian, RISDA, FAMA dll. kalau bukan berbentuk wang, mereka juga boleh dapat dalam bentuk peralatan bagi memerlukan modal. So what more do you expect???????

langsat berkata...

saya rasa wanita itu sendiri kena perkasakan dirinya sendiri barulah kerajaan tahu bagaimana nak bantu dia. takkanlah duit ditabur depan mata baru wanita mahu bergerak. saya rasa Pn. Siti agaknya kurang mengambiltahu hal sekeliling dan hanya suka bercakap tanpa ada fakta kukuh!

langsat berkata...

isu ibu tunggal ni, sememangnya adalah isu penting yang perlu ditangani. dan kerajaan sememangnya sudah memperbanyakkan peruntukan untuk para wanita di negara ini. juga ada disebut dalam bajet tentang peranan wanita dalam SME....syarikat swasta juga telah menyeru lebih ramai wanita dapat memegang jawatan tertinggi oleh PM sendiri???

Anak Sabah berkata...

Kalau tidak salah, PM Najib telah menyatakan sokongan beliau terhadap pembagunan oleh wanita semalam.

Anak Sabah berkata...

Wanita memang patut diberikan sokongan. Mereka juga berkemampuan menyumbang kepada negara.