Isnin, 18 Oktober 2010

Muhyiddin minta anggota UMNO bahas isu penting demi parti

BERNAMA

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta anggota UMNO menggunakan kesempatan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2010 untuk membincang dan membahaskan isu-isu penting demi masa depan parti dan Barisan Nasional (BN).

"Ini perhimpunan agung yang penting... dan akan memberi ruang dan kesempatan bagi anggota parti membahaskan perkara-perkara yang dianggap penting demi masa depan UMNO, BN, bangsa, agama dan negara,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO di Parlimen, di sini hari ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN berkata, adalah amat penting bagi anggota parti untuk mendengar dan membahaskan Ucapan Dasar Presiden oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis ini.

Semua persiapan untuk perhimpunan itu, yang berlangsung mulai esok hingga Sabtu ini, sudah disusun dan dijadual berjalan lancar, katanya.

Tiada ulasan: