Khamis, 21 Oktober 2010

Mkini diberikan pas media AGM Umno

MALAYSIA KINI


Buat kali pertama, Umno akhirnya mengeluarkan pas media kepada Malaysiakini bagi membolehkan wartawannya membuat liputan sempena perhimpunan agung parti itu.

Bagaimanapun, hanya dua pas dikeluarkan kepada portal berita bebas itu walaupun sebanyak 15 permohonan dibuat untuk empat seksyen berlainan bahasa dan laman videonya.

Difahamkan beberapa lagi akhbar dalam talian turut diberikan pas yang sama pagi ini.

Bagaimanapun, bagi media arus perdana, difahamkan hampir kesemua yang membuat permohonan telah diberikan pas berkenaan.

Semakan dengan sekretariat Umno memberikan gambaran tiada lagi pas media akan dikeluarkan kepada Malaysiakini.

Pas itu diperoleh apabila insiden terbabit dilaporkan beberapa media semalam. Manakala Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin pula berkata akan membangkitkan isu itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi.

Semalam, lapan wartawan Malaysiakini diminta keluar dari bilik media di perhimpunan agung Umno kerana tidak memiliki pas media yang dikeluarkan oleh sekretariat parti itu.

Semua mereka diberitahu tidak dibenarkan menggunakan kemudahan bilik media oleh seorang pegawai sekretariat perhimpunan itu, seperti diarahkan oleh setiausaha agung

Menurut pegawai terbabit, arahan tersebut dikeluarkan terus dari setiausaha agung Umno.

Tiada ulasan: