Jumaat, 22 Oktober 2010

Menara Warisan Merdeka 100 tingkat di Kampung Baru?

Lim Hong Siang

【Dikemaskini pada 3.50pm】Bahang bantahan terhadap pembinaan Menara Warisan Merdeka 100 tingkat semakin terasa, apabila hampir 100,000 orang menyertai kumpulan dalam laman sosial facebook untuk menyatakan pendirian mereka. Malah, Angkatan Muda Keadilan, bersama sayap pemuda dalam Pakatan Rakyat telah mengumumkan bahawa mereka akan berkempen untuk mengumpul tandatangan sebagai protes terhadap projek mega yang membazir ini, semalam.

Perwakilan UMNO bagaimanapun mempertahankan keputusan tersebut, ketika usul ekonomi dicadang dan disokong dalam Perhimpunan Agung UMNO, hari ini.

Razali Ibrahim: "Dia jual dulu..."

"Ada pemuda di kalangan kita nak buat demonstrasi menentang. Mereka ni tahu tentang saja. Dulu kita bina Putrajaya, dia (pembangkang) kata apa? Dia nak jual Putrajaya kalau dia jadi kerajaan. Hari ni dah lupa. Nak berlumba-lumba ke Putrajaya. Yang bina Putrajaya tu kita. Yang dia nak jual dulu, tapi hari ini dia pulak kata nak pergi Putrajaya," kata Razali Ibrahim, yang mewakili Pergerakan Pemuda.

Naib Ketua Pemuda UMNO (gambar kiri) meneruskan, "Dulu kita bina Jambatan Pulau Pinang, 'Oh! Bangkrap negara.' Hari ini dia minta Jambatan kedua. Dulu kita bina SIC (Litar Sepang Antarabangsa). Hari ini yang kata SIC ni bagus, tu, yang dituankan, Singapura mengatakan bahawa Singapura sepatutnya dah ada track litar dari dulu lagi sepatutnya. Jadi ini pengiktirafan. Tapi masa nak cadang tu memanglah susah, tapi janganlah bakar benda yang kami cadang. Dah-lah dia tak buat. Dia nak hapuskan. (Apabila) dah berjaya, dia kata dia pula nak."

Razali Ibrahin yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan menambah, "Yang ini kita kena pastikan bahawa Menara ini ada banyak maknanya. Yang buat ni PNB, bukan duit kerajaan. Dia bentangkan ketika itu lebih kurang 200 berapa bilion tu, tak sebut pun perbelanjaan itu. Yang nak maksud ini, negara maju, banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak swasta. Bukan kerajaan lagi."

Awang Adek: Cuma Malaysia yang menentang bangunan tinggi

Sebelum ini, Awang Adek Hussin sebagai pencadang usul ekonomi cuba menjustifikasikan pembinaan menara 100 tingkat ini dengan alasan untuk menyediakan infrastruktur agar memenuhi keperluan perkembangan sektor perkhidmatan.

"Perlunya infrastruktur ini akan menjadi lebih terdesak, terutamanya selepas liberalisasi sektor perkhidmatan menjelang 2015. Sebab itulah kita perlu ada projek MRT, KLIA2, Pusat Kewangan Baru, Pembangunan Sg, Buloh dan Menara Merdeka PNB."

Timbalan Menteri Kewangan (gambar kanan) ini berkata, "Kita jangan tertipu dengan pembangkang kerana mereka memang tidak mahu melihat kadar pertumbuhan ekonomi kita tinggi, supaya mereka boleh menghasut rakyat untuk benci kepada kerajaan. Perlu diingatkan, di negara-negara maju, tidak ada pun orang yang mempersoalkan projek-projek besar. Bangunan pencakar langit, bukan satu atau dua, bahkan hampir semuanya adalah bangunan-bangunan tinggi. Tak ada masalah pun!"

"Cuma di Malaysia saya kita dengar cerita-cerita seperti ini. Dulu tak setuju dengan Jambatan Pulau Pinang, Bangunan berkembar Petronas dan Putrajaya. Sekarang bukan saja rakyat perlu kepada jambatan kedua Pulau Pinang, tetapi pembangkang pula tak sabar-sabar nak masuk Putrajaya."

Ahli Majlis Tertinggi yang juga wakil Bahagian Bachok, Kelantan ini berkata, "Inilah hipokritnya sikap pembangkang. Cakap tak serupa bikin. Kita tak boleh, mereka tak apa."

Kira-kira 100,000 orang pengguna laman sosial facebook telah menyertai satu kumpulan untuk membantah pembinaan Menara Warisan Merdeka. Kumpulan ini disertai lebih daripada 80,000 orang dalam masa 144 jam, menuntut agar suara mereka didengar seandainya Perdana Menteri Najib Razak berpegang kepada slogan 1Malaysia-nya, "Rakyat didahulukan".

Menara 100 tingkat di Kampung Baru?

Di samping itu, ketika wakil Wilayah Persekutuan, Johari Abdul Ghani membahaskan usul ekonomi, beliau mencadangkan agar Menara Warisan Merdeka dibina di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sebelum mengakhiri ucapannya, perwakilan dari Bahagian Titiwangsa ini meminta agar Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Najib Razak untuk mempertimbangkan cadangan ini, walaupun tidak perlu membuat keputusan pada hari ini.

Johari Abdul Ghani (gambar kanan) melontarkan cadangannya yang disambut dengan tepukan, "Apalah salahnya Menara Warisan Merdeka 100 tingkat ini, dinaikkan di tengah-tengah tanah orang Melayu di Kampung Baru?"

"Kerana PNB mempunyai tanah di stadium itu 22 ekar. Di Kampung Baru, kita mempunyai 230 ekar. Jadi, 10% daripada tanah itu saya percaya orang-orang Melayu di Kampung Baru ini akan bersetuju sungguh kalau YAB dapat memikirkan membawa Menara Warisan Merdeka 100 tingkat ke Kampung Baru, supaya dia menjadi mercu kejayaan orang Melayu di Tanah Melayu."

Johari Abdul Ghani menyambung, "Seperti mana hari ini kita lihat KLCC menjadi satu kebanggaan. Seluruh kawasan tanah KLCC menjadi mahal. Hari ini dengan wujudnya mercu Menara Warisan Merdeka ini saya percaya 220 ekar tanah Kampung Baru ini dalam masa 10, 30, 40 tahun akan datang, menjadi satu harga yang ternilai bagi orang Melayu."

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga kerjaan melakukan apa yang terbaik untuk rakyat..

Leo berkata...

"Bahang bantahan terhadap pembinaan Menara Warisan Merdeka 100 tingkat semakin terasa, apabila hampir 100,000 orang menyertai kumpulan dalam laman sosial facebook untuk menyatakan pendirian mereka."

Nampaknya, ramai tidak bersetuju dengan pembinaan bangunan tersebut. Diharapkan PM akan mempertimbangkan hal ini kerana sokongan rakyat adalah penting.

Leo berkata...

Daripada membina bangunan tersebut, adalah lebih baik menggunakan duit tersebut untuk kebaikan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan kena pastikan seluruh rkyat mendapat manfaat daripada pembinaan menara tersebut.

evan medhousky berkata...

pembangkang hanya tahu membangkang, habis semua dibangkang.. mungkin mereka lebih selesa jika Malaysia tetap mundur dan tidak ada kemajuan. lihat la kesan pembangkang selama ini, negara kita makin kebelakang. kalau pembangkang benar2 bijak, kenapa negeri2 pembangkang tetap mundur? mungkin jika mereka mempunyai kuasa wang, mereka juga akan membina yang lebih tinggi dari 100 tingkat.

evan medhousky berkata...

sebelum ini PM ada menjelaskan rasionlnya pembinaan menara itu. selain menjana untung kepada PNB dan seterusnya kepada rakyat melalui ASNB, ianya juga dapat menjadi mercutanda terbaru KL dan seterusnya boleh menarik pelancong datang ke negara kita. Selain itu juga ianya dapat mengatasi masalah kekurangan tanah di KL untuk pembinaan pejabat2 atau ruang niaga yang baru. Dapat juga menjadi pusat sehenti peniaga2 bumiputra yang hendak berniaga di sana. PNB juga akan memindahkan semua pejabat2nya yang berselerak di serata Lembah Klang ke satu tempat. Bangunan PNB yang ada di Jalan tun Razak sekarang sudah tidak cukup lagi untuk menampung operasinya.

nurfatihah berkata...

Tidak disangkal pembinaan menara 100 tingkat ini ada keuntungannya, tapi pada fikiran saya, beliau menyuarakan pendapat ini pada masa yang salah, sedangkan sudah berapa ramai rakyat2 sudah mula bangkit dari dipijak. Rakyat kampung2 mahu diberi bantuan, seperti yang dijanjikan pada setiap pilihanraya, dan inilah yang kerajaan terlepas pandang.

nurfatihah berkata...

Kepada yang berkata, rakyat kampung jangan hanya menunggu bantuan, berusahalah sendiri, adalah orang yang sudah lupa akan bantuan yang pernah diterima dari kerajaan secara langsung atau tidak langsung. Fikir-fikirlah.

langsat berkata...

sebenarnya, projek-projek mega yang telah dibina di negara kita telah menjadikan malaysia pada hari ini. Tun Mahathir adalah betul, walaupun ada bantahan keras ramai orang, semua projek mega tetap diteruskan. akhirnya Malaysia telah menjadi salah satu destinasi pilihan para pelabur kerana projek mega metropolitannya melambangkan malaysia negara yang punyai politik yang stabil, ekonomi yang kukuh dan mantap...

langsat berkata...

semua warga malaysia harus memandang ke hadapan dan tidak berfikiran sempit. cuma saya agak heranlah...ada segolongan orang yang berfikiran sempit dan tidak berwawasan....

langsat berkata...

sedih lihat monyet-monyet yang membantah pembinaan projek mega tetapi bila dah siap tempat tu, dia adalah orang yang paling awal booking tempat tu...peliklah. sikap macam tu adalah sikap monyet...tiada pendirian..

maya berkata...

Sepatutnya pembinaan Warisan Merdeka 100 tingkat di Kampung Baru mendapat sambutan oleh semua pihak kerana saya percaya pembinaan ini akan memberi manfaat kepada rakyat.

maya berkata...

Kalau bantahan tersebut daripada pihak pembangkang tidak perlulah dihiraukan sangat. Ini adalah taktik mereka untuk mempengaruhi rakyat dan terus membenci kerajaan. Apa pun adalah lebih baik sekiranya kerajaan dapat mengkaji semula pembinaan ini, mungkin ada kekurangan atau pun sebagainya yang perlu disediakan.

mike berkata...

"Razali Ibrahin yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan menambah, "Yang ini kita kena pastikan bahawa Menara ini ada banyak maknanya. Yang buat ni PNB, bukan duit kerajaan. Dia bentangkan ketika itu lebih kurang 200 berapa bilion tu, tak sebut pun perbelanjaan itu. Yang nak maksud ini, negara maju, banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak swasta. Bukan kerajaan lagi."

kena dipastikan kalau bukan duit dari kerajaan maka patut tiada 1 sen pun dari kerajaan..PNB bukan slah satu GLC?

mike berkata...

kalau dah 100 tingkat tu, macam melampau pula..mungkin perlu dalam 40 tingkat sahaja..biar semua ruang itu dapat digunakan..harus buat susulan rancangan projek mega ini.

mike berkata...

namun harus didengar pendapat semua pihak termasuk pembangkang kerana mereka juga adalah rakyat malaysia..perlukah menara 100 tingkat? kalau perlu, mengapa 100 tingkat?

mike berkata...

hanya mereka yang mempunyai kuasa kerajaan persekutuan sahaja yang boleh menentukan hala tuju negara..itulah yang diimpikan oleh pembangkang.

mike berkata...

oleh itu, kerajaan haruslah benar2 mempraktikkan transformasi kerajaan dengan semangat '1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.'