Isnin, 11 Oktober 2010

"Mansuhkan dasar berasaskan kaum" – Chua


lek Oleh Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR: Ucapan pembukaan pada mesyuarat agung tahunan MCA oleh Presiden Dr Chua Soi Lek di sini hari ini masih berbaur perkauman.

Beliau merayu supaya kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Umno menghapuskan dasar-dasar berasaskan ras bagi mengembalikan keyakinan masyarakat Cina terhadap parti itu dan BN.

Chua berkata, kerajaan harus melaksanakan reformasi jika mahu menarik balik keyakinan para pengundi Cina yang kini semakin terhakis dengan melaksanakan sosio-ekonomi yang berdasarkan merit.

Bekas menteri kesihatan itu berkata demikian di depan tetamu khas Perdana Menteri Najib Tun Razak, ribuan perwakilan termasuk pegawai tinggi kerajaan kerana MCA kini dilihat tidak mampu menyuarakan aspirasi masyarakat Cina.

Ini berikutan kenyataan yang kontroversial dan berterusan daripada MCA kepada Umno bahawa parti berasaskan kaum Cina itu tidak boleh lagi bersikap pasif dalam pakatan. MCA harus dilihat sebagai sebuah parti yang mewakili kedua terbesar dari segi etnik para pengundi.

Para pengundi Cina mahu kerajaan bertindak lebih adil dalam menghadapi para pengundi yang semakin sofistikated, termasuk memansuhkan dasar-dasar berasaskan kaum.

"Kerajaan perlu mengkaji semula sasaran 30% ekuiti Bumiputera dalam sektor-sektor tertentu tapi MCA tidak bercadang merompak Ali untuk diberikan kepada Chong untuk membayar Ali.

"Objektif kita jelas dan ikhlas – untuk memastikan transformasi ekonomi boleh capai," kata presiden bersuara lantang itu.

Chua mengulangi apa yang beliau beritahu Najib sebelum ini – untuk menambah penyertaan bukan Melayu dalam perniagaan berkaitan kerajaan dan menghapuskan kuota berdasarkan kaum.

"Dengan ini, anda dapat mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi tahunan sebanyak 6% bagi merealisasikan hasrat Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020"

Ucapannya juga merupakan ulangan dari cadangan-cadangan beliau yang awal supaya kerajaan memperkenalkan dasar-dasar yang jelas berdasarkan keperluan dan merit berbanding kaum.

Tiada ulasan: