Jumaat, 22 Oktober 2010

Mampukah Malaysia selesaikan hutang RM101.65 bilion dalam 3 tahun?

Oleh Neo Chee Hua

Kerajaan Malaysia dijangka berdepan dengan saat-saat gentingnya untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM101.65 bilion dalam tempoh tiga tahun, iaitu dari tahun 2010 hingga 2012, apabila Sekuriti kerajaan Malaysia (bon kerajaan) dan Sukuk yang berjumlah ratusan bilion ringgit ini sampai tarikh tebusannya.

Nilai yang mencakupi 30% daripada jumlah hutang awam dalam negeri ini tidak termasuk hutang negeri asing yang bernilai RM6.2 bilion dan pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berjumlah RM7.2 bilion, juga perlu diselesaikan dalam tempoh tersebut.

Di samping itu, menurut perangkaan dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, KWSP menjadi "khazanah" terbesar untuk kerajaan persekutuan, apabila membekalkan pinjaman sejumlah RM56.59 bilion kepada kerajaan persekutuan dan GLC (Syarikat berkaitan kerajaan). Badan-badan ini masih berhutang RM48.36 bilion daripada KWSP sehingga hari ini.

Seandainya jumlah ini ditambah pula dengan RM93.11 bilion yang dilaburkan oleh KWSP ke atas bon kerajaan, maka jumlah dua angka ini mencakupi 40% daripada jumlah dana yang ada dalam KWSP. Dengan kata lain, KWSP menggunakan 40% wang pencen yang disimpan oleh pekerja Malaysia untuk menampung perbelanjaaan kerajaan persekutuan atau GLC.

Hutang RM101.6 bilion perlu dijelaskan

Perhitungan kasar MerdekaReview mendapati hutang sekuriti kerajaan Malaysia dan Sukuk yang sampai ke tarikh tebusannya antara tahun 2010 hingga 2012 berjumlah RM101.65000 bilion, iaitu 30% daripada jumlah hutang awam dalam negeri. Jumlah hutang dalam negeri telah mencecah paras RM348.6 bilion pada hujung tahun 2009.

Menurut Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, hutang Bil Perbendaharaan yang bernilai RM10 bilion akan tiba tarikh tebusannya pada tahun ini, namun kerajaan persekutuan masih belum menjelaskan RM4.32 bilion daripadanya. Selain itu, hutang sukuk yang bernilai RM5.0 bilion yang harus dijelaskan pada tahun 2012, masih dihutang RM4.9 sehingga kini.

Sementara itu, Sekuriti Kerajaan Malaysia bernilai RM92.4 bilion yang belum dijelaskan akan sampai ke tarikh tebusannya, mulai tahun ini hinggalah tahun 2012. Apa yang menarik, bon yang bakal sampai tarikh tebusan ini diterbit oleh kerajaan Malaysia antara tahun 2001 hingga 2009, dan melibatkan angka yang besar.

Akibat daripada pembaziran 10 tahun lalu

Ia sebenarnya mencerminkan pembaziran dan kekurangan disiplin ketika kerajaan mengendalikan kewangan negara sejak kemelut ekonomi pada tahun 1997. Sepanjang 10 tahun yang lalu, kerajaan persekutuan tidak bersungguh-sungguh untuk mengurangkan defisit dan hutang yang dipikul, menjurus kepada akibat hari ini, di mana kita berada pada saat genting untuk membayar hutang dalam tiga tahun ini.

Kerajaan Malaysia sebenarnya berpeluang untuk mencapai keseimbangan belanjawannya dalam tempoh 10 tahun yang lalu, namun kerajaan masih memilih untuk mengekalkan defisit pada paras 4.3% secara puratanya. Pada masa yang sama, hutang kerajaan persekutuan melonjak secara mendadak selepas kemelut ekonomi Asia, dari RM90 bilion (atau 32% berbanding KDNK) pada tahun 1997, kepada RM306.4 bilion (atau 41.5% berbanding KDNK) pada tahun 2008.

Pada ketika angka defisit dan jumlah hutang semakin melambung, kerajaan mengemukakan pakej ransangan ekonominya dengan RM67.0 bilion. Defisit kewangan terus melonjak dari 4.8% pada tahun 2008 kepada 7.4% pada tahun 2009. Pada masa yang sama, hutang kerajaan persekutuan berkembang dari RM306.4 bilion (atau 41.5% berbanding KDNK) pada tahun 2008, kepada RM362.5 bilion (atau 52.4% berbanding KDNK) pada tahun 2009.

Menurut seorang juruaudit, kerajaan Malaysia agak bermasalah dalam disiplinnya ketika mengendalikan kewangan. Pada hakikatnya, kerajaan Malaysia berupaya untuk menyeimbangkan belanjawannya pada ketika harga pasaran antarabangsa minyak melonjak. Namun, kerajaan persekutuan telah terlepas peluang keemasan ini.

Ekonomi Malaysia telah menurun, jikalau dibandingkan dengan beberapa tahun yang lalu. Kini, kerajaan bukan sahaja berdepan dengan masalah kekurangan pendapatan, malah perlu mengekalkan perbelanjaan yang besar untuk merangsang ekonomi. Jadi, adalah sukar untuk kerajaan mencapai matlamat menyeimbangkan belanjawan.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.

13 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Malaysia merupakan negara yang kaya sebenarnya, ada balak, ada petroleum, banyak lagi hasil semula jadi yang ada... bagaimana kita boleh menghadapi masalah hutang pula?

Anak Sabah berkata...

Diharapkan kerajaan negara berjaya melangsaikan hutang ini secepat mungkin supaya tidak terus membebankan negara kita.

evan medhousky berkata...

Ireland = $2.25 trillion
United Kingdom = $9.12 trillion
Switzerland = $1.191 trillion
Netherlands = $2.44 trillion
Belgium = $1.253 trillion
Denmark = $607.818 billion
Sweden = $893.86 billion
Austria = $809.2 billion
France = $5.23 trillion
Portugal = $537.85 billion
Hong Kong = $678.29 billion
Finland = $383.7 billion
Norway = $558.4 billion
Spain = $2.40 trillion
Germany = $4.97 trillion
Greece = $557.4 billion
Italy = $2.456 trillion
Australia = $1.037 trillion
Hungary = $224.36 billion
United States = $13.92 trillion

Malaysia = RM101.65 billion


negara2 lain sampai angka trillion relek ja.. ni baru RM101 bilion..

samm berkata...

pengurusan kewangan yang cekap dan ekonomi yang semakin berkembang pasti negara boleh menguruskan kewangan dengan baik.

evan medhousky berkata...

hutang2 ni pun bukan dari pemimpin sekarang. semua dari tahun2 sebelumnya. sudah tentu PM mengambil berat dengan masalah ini dan akan melakukan yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. beliau baru berapa tahun memegang jawatan no 1 Malaysia.. tiada pemimpin yang mahu negara bankrap.. oleh itu berikan PM kita masa dan ruang untuk beliau mentranformasikan negara berdasarkan pemikiran beliau.

Bujang Senang berkata...

Betul juga, Negara lain releks saja dengan hutang mereka. Sampai jumlah trillion lagi. Inikan pula Malaysia cuma RM101billion. Tapi apa pun kerajaan harus menyelesaikan hutang, itu adalah perlu untuk menyelesaikan hutang yang terdapat. Tidak kira sampai bila-bila pun yang penting dapat bayar.

Sanih Alias berkata...

Hutang??harap kerajaan lebih menumpukan kepada kepentingan rakyat dan negara. Bukannya pembangunan. Hutang mesti diselesaikan. Harap kerejaan akan mampu menunjukkan kebolehan kerajaan dalam menyelesaikan masalah negara.

mandau berkata...

jika kerajaan menumpukan kepada pengurusan kewanan dan ekonomi yang cekap, hutang tersebut akan dpt dilangsaikan.

Unknown berkata...

evan medhousky, informasi anda sangat bagus namun kalau boleh sertakan sekali link dari mana info tersebut anda dapat.

Hutang RM101bilion, bagaimana nak laksanakan Bajet 2011 ni?

madd berkata...

suasana ekonomi negara semakin baik dan ini akan membolehkan negara mengurus kewangan negara dengan baik.

Logop berkata...

Besarnya jumlah hutang Malaysia. Saya harap hal ini tidak akan menyebabkan bajet 2011 lambat dilaksanakan.

halimah berkata...

Negara kalau banyak hutang boleh bangkrap dan rakyat akan tergadai !

Berfikiran biar baik, jangan ikut lajak pemimpin yang kemaruk dengan kemewahan peribadi dan bercakap yang muluk2 kepada rakyat.

Jangan sorong kepala ke mulut harimau sarkas . Nyawa adalah jadi pertaruhan !.

Mohd Ishak berkata...

Harap kerajaan mampu selesaikan hutang negara kita ini.