Ahad, 24 Oktober 2010

"Malangnya, orang sudah lupa usaha Umno"

FREE MALAYSIA TODAY

Umno7_thumb2 KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin mencadangkan penjenamaan semula Umno supaya usaha usaha-usaha yang telah dibuat oleh parti melekat di hati rakyat.

Katanya, perjuangan Umno seperti penubuhan yayasan Bumiputera dan amanah saham adalah perjuangan Umno.

"Malah menjadikan Islam agama rasmi juga adalah usaha dan perjuangan Umno.

"Malangnya orang sudah lupa usaha Umno, dan kita perlu ingatkan mereka semula," katanya berucap di majlis penggulungan dalam perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau turut mencadangkan penubuhan pasukan pemikir Umno yang seterusnya menjadi pemikiran rakyat.

Menurutnya, beliau mahu melihat umno menang dalam persaingan minda orang muda dan penubuhan itu boleh mendapatkan sokongan orang muda.

"Saya berharap Datuk presiden mempertimbangkan kewujudan `titik sentuh’ ini untuk kerajaan dan Umno.

"KIta bukan perlu menjadi pelengkap kerajaan tetapi menjadi titik antara kerajaan dan rakyat," katanya.

Khairy sekali lagi mengulagi Pemuda akan menghambat saudagar mimpi dari memporak perandakan negara.

Sementara itu, Ketua Puteri, Datuk Rosnah Rashid Shirlin menegaskan beliau akan membersihkan pergerakan itu dari kudis.

"Saya berharap ayahanda merestui ketegasan untuk membersihkan Puteri," katanya.

Tiada ulasan: