MALAYSIA KINI | ||
|
Timbalan Pengerusi DAP Perak, M Kulasegaran akan menunggu 'formula perpaduan' bagi menyelesaikan krisis kepimpinan parti itu di Perak sebelum memberi keputusan muktamad berhubung peletakan jawatannya itu.
"Memadai saya memaklumkan bahawa keputusan muktamad saya akan bergantung kepada hasil mesyuarat yang akan diadakan tidak lama lagi yang akan mencari formula perpaduan untuk DAP Perak...parti didahulukan dan Kulasegaran perkara kedua," katanya kepada pemberita di Wisma DAP di Ipoh hari ini.
Sidang akhbar hari ini merupakan yang pertama selepas Kulasegaran membatalkan majlis yang sama pada 2 Okt lepas untuk mengumumkan peletakan jawatan dalam DAP Perak selepas didakwa kecewa dengan pelbagai krisis dalaman di bawah pimpinan Datuk Ngeh Koo Ham sebagai pengerusi negeri.
Naib Presiden DAP itu dikatakan mahu mendedahkan segala punca yang membawa kepada krisis kepimpinan dalam DAP Perak selepas mesyuarat khas pada 1 Oktober di Kampung Simee di Ipoh gagal mencari jalan perdamaian dalam sidang media Sabtu lalu itu.
"Namun begitu, saya dengan Ngeh tidak pernah bermusuh, kerana beliau masih lagi pengerusi saya," katanya.
Katanya beliau juga akan bertemu dengan penasihat DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan Ngeh serta semua pemimpin utama DAP dalam satu majlis makan malam yang akan berlangsung di Sungkai esok.
Selain itu, beliau turut mencabar Ngeh berdebat secara terbuka mengenai dasar-dasar kepimpinan dan pentadbiran semasa pakatan pembangkang itu mentadbir Perak selama 11 bulan.
"Sudah tiba masanya parti politik di negara ini membincangkan hal-hal dalaman dan dasar parti secara terbuka. Biarlah para pengundi membuat keputusan dengan isu-isu berkenaan," katanya.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan