Isnin, 4 Oktober 2010

KUBU UMNO/BN DI TENOM MULA REPUT

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

KEPIMPINAN Cabang PKR Tenom meneruskan misi kempen menambah keanggotaan PKR Cabang Tenom. Hari ini bertempat di Kg Lalandang Enubai Tenom di kediaman Tangian dan mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk kampung, sedangkan pilihanraya masih jauh.

Kata Tangian (Tuan Rumah), bahawa mereka yang tinggal di kampung ini rata-rata menolak UMNO dan BN kerana kami sudah jemu dengan janji-janji BN selama 47 tahun dan maka kerana itulah mereka memilih PKR.

Penduduk kampung tersebut yang hadir bersama orang ramai yang ingin menyertai PKR Tenom menandakan keinginan rakyat Tenom untuk melakukan perubahan pentadbiran Kerajaan.

Selaku Ketua Cabang, Halik Zaman mengalu-alukan kehadiran rakyat Sabah yang begitu berminat untuk menganggotai PKR Tenom dan sempat menyuntik semangat dengan memberikan rangsangan dan kefahaman mengenai hala-tuju dan motif perjuangan PKR yang lebih menitik-beratkan kebajikan rakyat dari kepentingan diri sendiri.

“Berubahlah sekarang kalau tidak, bila lagi kita mahu merubah penghidupann anak cucu kita,” kata Halik Zaman.

Turut hadir di perjumpaan ini ialah Hj Razali Danis yang turut menyumbangkan buah fikirannya kepada hadirin yang berpandangan betapa perlunya rakyat untuk berubah bagi memperbaiki kehidupan rakyat Tenom terutamanya bagi penduduk di pedalaman.

18 ulasan:

zam berkata...

UMNO/BN perlulah meningkatkan usaha untuk terus mendapat sokongan rakyat. PKR juga jangan terlalu yakin kerana rakyat juga sentiasa membuat penilaian.

Leo berkata...

Nampaknya UMNO/BN kenalah lebih berusaha untuk memenangi hati rakyat.

Leo berkata...

Apa2x pun ia terpulang kepada rakyat Tenom untuk membuat keputusan dalam undian mereka. Selamat berjuang!

Tanpa Nama berkata...

PR bersungguh-sungguh mendapatkan sokongan rakyat tenom, BN jgnlah mendiamkan diri, BN kena tmpil dalam mendapatkan lagi sokongan rakyat tenom.

Anak Sabah berkata...

Ada juga dilaporkan bahawa PKR di Semporna reput. Kita hanya akan mengenal pasti keputusan terakhir bila PRU-13 nanti.

Hosie Masie berkata...

Anggap ini sebagai penaik semangat UMNO/BN dengan tindakkan PKR ini. UMNO/BN haruslah lebih berusaha dengan semua ini. Sama ada ini khabar angin atau tidak, Ahli UMNO mesti bertindak untuk membantu penduduk tenom.

Unknown berkata...

Ahli UMNO di Tenom harus memberikan komitmen kepada masalah rakyat tenom. Ini supaya mereka memberikan sokongan yang penuh kepada UMNO.

Mahsiran berkata...

Saya tidak percaya dengan semua ini. Tidak pasti ini hanya mainan dari PKR semata-mata untuk menggugat UMNO di Tenom. Rakyat pasti akan kekal menyokong UMO/BN. Harap, rakyat tidak akan termakan janji manis dari PR.

Tanpa Nama berkata...

setelah PKR berhadapan dengan pelbagai kekecohan, rakyat Tenom masih boleh meletakkan kepercayaan mereka kepada PKR.. takpa itu pilihan mereka dan biarlah PKR meneruskan perjuangan mereka.

Tanpa Nama berkata...

sebelum ini ketua cabang PKR sendiri mengakui bahawa PKR di Tenom tidak seberapa gah dari segi pentadbiran, strategi, berlakunya ketidak-sefahaman sesama sendiri serta perebutan kuasa yang memangkin faktor PKR dilihat sebagai sebuah parti yang lemah. kelemahan2 ini masih dapat dilihat sehingga hari ini dan faktor2 tersebut sepatutnya menjadi pertimbangan rakyat untuk membuat keputusan yang tepat.

joey berkata...

BN perlu terus berusaha untuk mendapat sokongan rakyat. rakyat pasti mampu menilai mana yang terbaik untuk mereka.

orangkampong berkata...

UMNO/BN ditolak oleh rakyat kerana sikap pemimpin-pemimpinnya. Dasar perjuangan UMNO/BN cukup bagus, tetapi pemimpinnya yang tak bagus.

Rakyat akan melihat kepada pemimpin parti. Kalau bagus mereka pasti sokong !

Tanpa Nama berkata...

BN Tenom harus peka terhadap keadaan penduduk Tenom, jika tak, sokongan rkyat akan beralih kepada PKR yang kini sedang giat dalam mendapatkan sokongan penduduk tenom.

Unknown berkata...

Apalagi BN, bertindaklah.

Unknown berkata...

Penambahan ahli PKR tidak bermakna kubu BN/UMNO mula reput.
Ada penambahan ahli dalam PKR Tenom pada masa yang sama juga ada penambahan ahli dalam UMNO dan parti komponen BN yang lain juga.

Unknown berkata...

Lebih baik UMNO juga sentiasa mengumumkan jumlah ahli baru yang diterima.

captain berkata...

UMNO Sabah masih mantap dan kuat.

Unknown berkata...

Berasaskan apa mereka mengatakan kubu BN Tenom reput?
Penambahan ahli PKR??