Rabu, 27 Oktober 2010

Ku Li Tak Akan Sertai Mana-mana Ceramah Utama Kempen PRK

KELAB GREENBOC

Ku Li Jelaskan Tidak Iring Calon

GUA MUSANG: Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan ketiadaannya mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Ab Aziz Yusoff ke dewan pusat penamaan calon pada Selasa bukan sesuatu yang pelik.

Ini kerana, kata Pengarah Pilihanraya Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas itu kerana beliau berkumpul dan meluangkan masa bersama penyokong di luar dewan itu.

Amalan itu tambah beliau, merupakan amalan tradisinya selama 35 tahun sebagai Ahli Parlimen kawasan ini.

"Secara tradisinya begitu, malah sewaktu saya sendiri bertanding, sayahanya menghantar ejen bagi mengemukakan borang pencalonan dan semua dokumen yang berkaitan kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya).

"Malah pernah sekali dahulu saya minta orang asli menjadi ejen sayasemasa bertanding di kerusi Parlimen," katanya dalam satu temuramah dikediamannya pada Selasa malam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai ketiadaannya bersama calon, pemimpin Umno dan BN yang lain di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang semalam.

Ketiadaan Ku Li menimbulkan pelbagai spekulasi terutamanyaberkaitan dengan calon yang dipilih BN bagi menentang PAS dalampertandingan dua penjuru itu.

Bagaimanapun Pengarah Pilihan Raya BN bagi pilihanraya kecil DUN itu dilihat turut berkumpul bersama calon, pengundi dan penyokong BN di luar pusat penamaan calon namun tidak turut serta masuk ke pusat penamaan calon.

Pilihan raya kecil DUN Galas yang akan diadakan pada 4 November depan itu menyaksikan saingan satu lawan satu antara Ab Aziz daripada BN menentang calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed.

Mengulas lanjut, Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata beliau mempunyai formulanya yang tersendiri semasa berkempen iaitu memilih untuk bersama-sama dengan pengundi dan rakyat.

Jelas beliau, pilihan raya kecil ini sepatutnya berkaitan dengan rakyat dan bukannya hanya sekadar faktor calon.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut menjelaskan bahawa pemilihan Ab Aziz sebagai calon dilakukan oleh Umno Bahagian Gua Musang dan kepimpinan tertinggi BN.

"Calon ini bukan saya 'hand-picked', tapi dipilih dan dipersetujui oleh ramai pihak dan kepimpinan tertinggi," katanya.

Ditanya strategi kempen yang akan digunakannya bagi memastikan kerusi DUN Galas kembali menjadi milik BN, Ku Li berkata beliau memilih untuk turun padang berjumpadengan rakyat.

"Saya tidak akan menyertai mana-mana ceramah utama semasa proses kempen ini, saya lebih gemar berjumpa rakyat dari rumah ke rumah," katanya.

Sementara itu Tengku Razaleigh turut menyifatkan bahawa pelihan raya kecil ini merupakan satu pertandingan 'kekeluargaan' dan mengarahkan agar jentera partinya tidak menyerang peribadi lawan.

"Sebab saya anggap pilihan raya ini hanya pertandingan kekeluargaan ialah kerana landskap politik di Kelantan tidak akan berubah walaupun mana-mana pihak menang.

"PAS perlu tanding kerana pada pilihan raya umum 2008 mereka menang di DUN Galas manakala Umno pula perlu bertanding di sini kerana kerusi ini milik BN sebelum ini... mana-mana pihak yang menang pun tak akan memberi perubahan kepada suasana politik di Kelantan," katanya. -mstar

Tiada ulasan: