Selasa, 26 Oktober 2010

Ku Li Pulang Awal Semasa Proses Penamaan Calon PRK Galas

Oleh Suara Keadilan

ku-li1GUA MUSANG - Tindakan Pengarah Pilihan raya Umno BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) tidak turut serta masuk ke pusat pusat penamaan menimbulkan tanda tanya.

Menurut Harakahdaily, Ku Li dan Datuk Ahmad Shabery Cheek telah beredar kira-kira pukul 10.00 pagi sebelum tamat proses penamaan calon.

Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed memberikan alasan bahawa Ahli Parlimen Gua Musang itu lebih selesa dan mahu bersama rakyat di luar pusat penamaan calon tersebut.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menganggap ianya satu signal positif dan akan memberi kelebihan kepada calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad.

Tiada ulasan: