Ahad, 24 Oktober 2010

Kerajaan Pusat Nafi Hak Rakyat Selangor

SELANGOR KINI


SHAH ALAM– Sebanyak RM100 juta yang sewajarnya diberikan kepada Kerajaan Negeri Selangor, bagi membangunkan prasarana di kawasan luar bandar dinafikan dan sebaliknya disalur terus kepada Jabatan Persekutuan negeri Selangor.

Apa yang mengejutkan adalah peruntukan RM100 juta itu telah jabis digunakan oleh agensi persekutuan, namun kerajaan negeri mendapati ke mana dan di mana wang itu dibelanjakan tidak diketahui.

Exco Selangor, Yaacob Sapari berkata, wang RM100 juta itu disalurkan kepada JPNS melalui Kementerian Luar Bandar. TV Selangor difahamkan wang itu sepatutnya digunakan untuk membangunkan prasarana awam di kawasan-kawasan luar bandar.

Namun Yaacob Sapari berkata, pembangunan di kawasan-kawasan luar bandar nampaknya digerakkan peruntukan daripada kerajaan negeri.

“Sepatutnya luar bandar di bawah Kementerian Luar Bandar, walaupun tidak pasti apa yang kementerian itu buat,” kata Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Luar Bandar, Dr Yaakob Sapari.

Menurut Yaacob, bagi tahun ini sahaja, sebanyak RM8 juta diperuntukkan bagi membangunkan prasarana dan kemudahan awam, khususnya di enam daerah, iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor, Klang, Kuala Selangor dan Gombak.

Yaacob menjelaskan, peruntukan kecil ini tidak memadai untuk membangunkan prasarana dan kemudahan dengan giat di kawasan-kawasan luar bandar.

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan negeri dengan cermat memastikan RM8 juta yang diperuntukkan, digunakan sebaik mungkin untuk kerja-kerja pembaik pulih jalan yang rosak, penyelenggaraan dewan dan pembersihan longkang dan parit.

“Tak cukup, tetapi memadai untuk memperbaiki kawasan yang rosak, seperti jalan, longkang, dawai-dawai yang rosak, khususnya kawasan pinggir bandar, terutama kampung tradisi yang semenangnya banyak masalah,” katanya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggeri itu.

Sebelum ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas tindakan Kerajaan Pusat yang cuba mewujudkan dua kerajaan dalam satu negeri dengan melantik ketua-ketua kampung tajaan Pusat, meskipun perkampungan serata Selangor sudah memilih ketua kampung masing-masing.

Tiada ulasan: