Khamis, 7 Oktober 2010

Keputusan permohonan kebenaran rayuan Dr Asri ditetapkan 28 Disember

BERITA HARIAN ONLINE

SHAH ALAM: Mahkamah Rayuan Syariah di sini, hari ini menetapkan 28 Disember ini sebagai tarikh keputusan permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang membenarkan semakan kehakiman Pendakwa Raya Syarie untuk memindahkan kes bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang didakwa mengajar agama tanpa tauliah, ke Mahkamah Tinggi.

Panel tiga Hakim Syarie yang dipengerusikan Tan Sri Ibrahim Lembut menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak iaitu pemohon, Dr Mohd Asri dan pihak responden, Pendakwaan Syarie Selangor.

Ibrahim berkata, panel Hakim Syarie itu memerlukan sedikit masa untuk membuat keputusan membabitkan permohonan itu.

Tiada ulasan: