Sabtu, 23 Oktober 2010

KEADILAN Yakin Mendapat Sokongan Padu Rakyat Batu Sapi

Oleh Dzulkarnain Taib
SK-3_copySANDAKAN - Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yakin mengatasi Barisan Nasional dan Parti Maju Sabah (SAPP) dalam pilihan raya kecil Batu Sapi atas respons memberangsangkan dari penduduk tempatan terhadap perjuangan parti yang mahu menegakkan keadilan.

Ketua Cabang Tanjung Karang, Mohd Yahya Mat Sahri berkata daripada lawatan dan pertemuan rakyat di beberapa buah kampung telah menampakkan perubahan sokongan rakyat kepada KEADILAN berdasarkan isu-isu relevan yang diperjuangkan.

"Kami melawat Kampung Sundang, Kampung Air, Kampung Bokara, Kampung Gas, Kampung Nenas, Kampung Bahagia, Kampung Batu Sapi dan penduduk di situ melihat KEADILAN memperjuangkan isu asas dan keperluan rakyat seperti NT (native title, tanah pribumi), pendidikan dan perumahan.

"Kami berdialog dengan mereka berhubung isu tekanan kehidupan seperti kenaikan harga barang yang tidak diambil perduli oleh pemimpin BN," IMG_3224kata Mohd Yahya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat, Aminuddin Harun yang bersama-sama mengikuti rombongan membentuk jentera pilihan raya Batu Sapi berkata penduduk di sini juga membangkitkan isu Amanah Yayasan Sabah (AYS) yang ditelah dirampas oleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran Parti Bersatu Sabah (PBS).

Jelas Aminuddin, AYS yang dikenali sebagai Amnanah Saham Tun Mustapha telah ditubuhkan oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun untuk membantu rakyat negeri ini melalui pemberian unit saham.

"PBS telah mengambilalih saham tersebut sejak 1980an yang berjanji akan menggantikan dengan saham baru namun sehingga hari ini mereka gagal menunaikan janji.

"Jadi pada PRK ini rakyat mahu menghukum PBS yang dijangka menurunkan calon bagi mewakili BN," kata beliau.
IMG_3221
PRK P185 Batu Sapi diadakan berikutan kematian Ahli Parlimennya, Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam satu kemalangan jalanraya di Tanjung Aru pada 9 Oktober lalu.

Kawasan parlimen mempunyai 26,004 pengundi berdaftar yang mana pengundi Bumiputera Islam merangkumi 60 peratus, Cina (38 peratus), dan lain-lain (2 peratus).

Hari penamaan calon adalah pada 26 Oktober manakala hari mengundi 4 November depan.

32 ulasan:

zam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zam berkata...

mana-mana parti yang bertanding pun akan menyatakan pekara yang sama iaitu mereka yakin akan mendapat sokongan daripada rakyat..

evan medhousky berkata...

maknanya KEADILAN telah berjaya mempengaruhi minda penduduk Batu Sapi kononnya KEADILAN memperjuangkan isu asas dan keperluan rakyat sedangkan perjuangan seumpama itu tidak berlaku di negeri2 pembangkang.

evan medhousky berkata...

penduduk Batu Sapi perlu sedar dan membuat pilihan yang terbaik berdasarkan kemampuan bertindak sesebuah parti, bukannya kemampuan berjanji.. sekiranya pembangkang menang di Batu Sapi, adakah Batu Sapi akan maju? mampukah mereka menyediakan peruntukan untuk pembangunan?

evan medhousky berkata...

PBS/BN juga perlu giat menggerakkan jentera di Batu Sapi bagi menepis segala cubaan pembangkang menjatuhkan populariti BN. buat masa ini, jangan terlalu yakin kerana pendirian rakyat boleh berubah bila2 masa. beri tumpuan dan teruskan usaha...

Anak Sabah berkata...

Adalah bagus jika ada keyakinan, tapi hanya rakyat sahaja yang berdaya menetukan kemenangan sebuah parti. Baik kita tunggu dan lihat.

Anak Sabah berkata...

Semoga PRK ini akan berjalan lancar, adil dan bersih. Selamat berjuang.

Sanih Alias berkata...

PKR mula sudah berangan-angan. PKR tidak ada sambutan dari rakyat, tetapi PAS yang sangat berpengaruh dalam PR berbanding PKR. Sebelum ini PKR sendiri takut kalah kerana SAPP bertanding. Sekarang mahu tunjuk belang mengatakan penduduk lebih menyokong PKR berbanding BN dan SAPP. Harap penduduk janganlah tertipu dengan janji-janji yang PR berikan. Ini semua hanya muslihat PKR untuk menipu penduduk.

Hosie Masie berkata...

Rakyat Batu Sapi memberikan sokongan padu dengan PKR??saya rasa itu hanya psikologi kepada BN dan SAPP. Tapi sebaliknya mungkin berlaku. PKR tidak begitu mendapat sokongan tetapi PAS yang mendapat sokongan. BN dan SAPP tidak perlu risau ini semua hanya mainan politik.

Bujang Senang berkata...

PKR memperjuangkan isu tanah pribumi, pendidikan dan perumahan. Mungkin ini hanya satu tipu muslihat PKR. Menjadikan isu ini sebagai alat memperdayakan rakyat penduduk batu sapi supaya percaya dengan semua ini. Kita sebagai rakyat harus perfikiran matang dan bijak dalam politik. Kita tahu politik jadi mesti ini hanya sementara, janji sementara. Hanya bila PRK saja baru PKR menjanjikan semua ini tapi kenapa tidak dari dulu lagi memberikan semua ini.

joey berkata...

penduduk Batu Sapi pasti tahu parti mana yanng terbaik untuk mereka. mereka pasti memilih parti yang selama ini berbakti kepada mereka.

mandau berkata...

PKR begitu yakin bahawa mereka mendapat sokongan rkyat BAtu Sapi, tapi amat risau apabila SAPP mengatakan ingin bertanding dalam pilihanraya ini.

Tanpa Nama berkata...

PKR jgn terlalu yakin, kerana SAPP dan BN akan memberi saingan yang amat hebat.

nurfatihah berkata...

Para penduduk jangan mudah terpedaya, paling senang lihat negeri2 di bawah pimpinan pembangkang sekarang ini, lihat apa komen mereka mengenai pemerintahan PKR. Jangan biarkan kamu terpedaya dengan janji-janji manis..

nurfatihah berkata...

Mungkin semua ini hanya rekaan semata-mata..

nurfatihah berkata...

Keyakinan itu penting, tetapi terlalu yakin akan membawa padah..

mike berkata...

rakyat harus sedar bahawa hanya kerajaan sahaja yang boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat seperti air dan elektrik..jika pembangkang bising pasal isu rakyat, apa yang mereka boleh buat? pembangkang hanya boleh bising dengan mempolitikkan isu2 rakyat dan bukannya menyelesaikannya kerana tidak mempunyai kuasa..

mike berkata...

rakyat tidak harus mudah percaya kepada kata2 pembangkang kerana hanya kerajaan sahaja yang mampu memberikan apa yang rakyat mahu..

mike berkata...

calon BN harus bekerja keras agar keyakinan rakyat/pengundi kepada kerajaan BN tidak luntur..rakyat harus diyakinkan bahawa kerajaan benar2 mahu membantu rakyat seiring dengan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.'

mike berkata...

namun, keputusan terletak di tangan pengundi..dalam dunia politik, macam2 boleh berlaku..oleh itu, usaha berterusan mendekati rakyat harus dijadikan sebagai amalan.

mike berkata...

diharap PRK batu sapi akan berjalan dengan lancar.

Paquin berkata...

Semua parti pun pasti yakin dapat sokongan rakyat sebab tu lah mereka bertanding kan..

Paquin berkata...

Keputusannya nanti terpulang lah pada pengundi BS utk tentukan. Saya yakin mereka lebih tahu apa yang terbaik utk BS.

Paquin berkata...

Suatu yg pasti PRK BS betul2 sengit dan menarik.. hehhee

Paquin berkata...

Ditambah lagi Datin Linda pun ada bertanding.. waaa..... bestnya. hehe

Paquin berkata...

Good luck kepada semua yang bertanding nanti. Bertandinglah dengan cara bersih supaya tak timbul kontroversi di kemudian hari.

kb girl berkata...

Lawatan dan pertemuan rakyat salah satu cara meramal tahap penerimaan rakyat kepada parti tetapi tidak semestinya tepat.

Unknown berkata...

BN dilihat dapat mengekalkan sokongan padu dari rakyat bumiputera Islam Batu Sapi.

Unknown berkata...

BN, PR dan SAPP sama-sama ada penyokong. Siapa yang dapat sokongan paling tinggi?

Unknown berkata...

Sebelum undi semua parti yakin dapat sokongan padu dari rakyat.
Akhir nanti cuma satu parti yang akan menang.

captain berkata...

Setakat ini tiada parti bertanding yang mengatakan mereka kurang sokongan.

Unknown berkata...

Rakyat Batu Sapi, siapa akan kamu sokong dan undi? Undilah yag terbaik buat kamu.