Selasa, 12 Oktober 2010

Jangan percaya rayuan Najib, tolak Umno BN

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: PAS menyeru rakyat Malaysia jangan terima rayuan Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat memberi mandat kepada Umno BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Sebaliknya, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyeru rakyat menggemblengkan tenaga untuk menolak kerajaan Umno BN.

“Ini kerana sudah cukuplah setengah abad, kehidupan rakyat semakin tenat dengan tekanan hidup yang memuncak,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Najib mengajak rakyat berkongsi impiannya untuk menjadikan Malaysia negara kelas pertama bertaraf dunia pada abad ke-21.

Kata Najib, kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.

Bagi Idris, indeks pengguna semakin menekan rakyat terutama yang berpendapatan rendah yang tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan Umno BN jujur dan amanah dalam mentadbir negara.

Menurutnya, pemimpin Umno BN pada hari ini merasa tidak berdosa dengan pengkhianatan amanah yang diberikan kepada mereka.

Sepatutnya, kata beliau pemimpin Umno BN merasa malu kenapa negara jiran seperti Singapura walaupun tidak mempunyai khazanah alam tetapi mampu memacu ekonomi setaraf dengan negara maju.

Rakyat perlu bangkit menolak BN untuk membentuk kuasa politik baru dengan meninggalkan kerajaan yang ada pada hari ini.

17 ulasan:

madd berkata...

adakah PAS telah berjaya memacu ekonomi Kelantan dengan cemerlang???? rasanya lebih baik jika PAS memberi fokus untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukannya asyik bercakap tentang UMNO/BN.

Jason berkata...

PAS memang gemar bercakap yang bukan-bukan tentang UMNO/BN. Inilah adalah satu sifat yang tidak patut diamalkan oleh mana2x parti. Sebaik-baiknya, PAS memberi tumpuan kepada parti mereka dan menjalankan tanggungjawab mereka kepada rakyat.

Jason berkata...

Tidak perlu PAS menyeru rakyat. Rakyat boleh menilaikan sendiri. Kita tunggu dan lihat sahajalah parti mana pilihan rakyat.

Anak Sabah berkata...

PAS, rakyat berhak memilih mana-mana parti yang dimahukan. Kita adalah negara demokrasi. Tiada sesipa pun yang boleh mengarah rakyat untuk memilih ataupun tidak memilih parti yang mereka mahukan. Biarlah rakyat sendiri sahaja yang menentukannya.

Anak Sabah berkata...

Tidak kira BN ataupun PKR pun tidak berhak menyuruh rakyat mengundi. Rakyat sendiri akan menilai siapa yang layak.

tombolo berkata...

PAS sering menyeru rkyat untuk menolak UMNO, rakyat ada hak untuk memilih parti politik yang disukai.

evan medhousky berkata...

seolah2 PAS terlalu bijak dalam memacu ekonomi negara. tapi adakah FDI yang masuk ke Kelantan? majukah Kelantan dari segi ekonomi dan sosial? jangan hanya pandai mempertikaikan usaha pihak lain sedangkan PAS sendiri tidak mampu melakukannya malah tunduk bila berhadapan dengan DAP dan PKR walaupun ada perkara2 tertentu yang dilakukan oleh kedua2 parti itu bertentangan dengan konsep perjuangan PAS.

evan medhousky berkata...

rakyat juga semakin tertekan dan semakin muak dengan isu2 yang dibawa oleh PAS. tiada satupun isu2 itu membawa pembangunan ekonomi dan sosial untuk Malaysia melainkan menyeru rakyat menyokong PAS berulang2 kali.

Unknown berkata...

Kenapa PAS berkata demikian. Apa hak PAS untuk menyeru rakyatberbuat demikian. PAS takut dengan kekalahan sekarang. Mereka menbhasut rakyat dengan pelbagai cara.

Tanpa Nama berkata...

lebih baik jika PAS menyeruh rkyat untuk bekerjasama membantu kerajaan membangunkan ekonomi dan pembangunan negara.

Unknown berkata...

"Sepatutnya, kata beliau pemimpin Umno BN merasa malu kenapa negara jiran seperti Singapura walaupun tidak mempunyai khazanah alam tetapi mampu memacu ekonomi setaraf dengan negara maju."

Namun apabila ada cadangan membina kasino di Sabah ditentang habis-habisan pula.

mike berkata...

mengapa pula harus ditolak kerajaan sekarang sedangkan mereka menjalankan kerja mereka dengan baik? belum pun transformasi kerajaan berfungsi sepenuhnya namun telah dikecam habis-habisan..

mike berkata...

PAS yang harus ditolak kerana konsep negara Islamnya itu adalah tidak relevan dengan malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan..lagi pun, kerajaan sekarang cukup berpengalaman mengendalikan pentadbiran dalam dan luar negara..jika PAS/ PR menerajui negara, nescaya akan berlaku kekecohan..

mike berkata...

kerajaan sekarang sentiasa berusaha untuk memperbaiki khidmat mereka kepada rakyat..kerajaan sentiasa optimis agar kesejahteraan negara dapat dipelihara.

Unknown berkata...

PM bercita-cita besar ingin membawa transformasi pada Malaysia.
PAS pula mempunyai seribu sebab dan agenda berbeza.
Mana pilihan rakyat kenalah sabar dan tunggu hingga PRU 13 akan datang.

captain berkata...

Saya masih mampu menilai pihak mana yang mampu membangunkan Malaysia serta membela hak rakyat Malaysia.

Unknown berkata...

Jelas PAS akan mengimplikasikan Hukum Hudud jika PAS berkuasa.
Apakah hukum ini akan dilaksanakan terhadap bukan Muslim?