Isnin, 25 Oktober 2010

Isu tanah: Umno BN mesti ditumbangkan

PAS Tawau

SANDAKAN: Kekejaman dan ketidakadilan dalam urus tadbir tanah di Sabah menjadi satu bukti kukuh mengapa Umno dan Barisan Nasional (BN) mesti ditumbangkan.

Umno BN yang menjanjikan "Sabah Baru" dan membawa perubahan dalam tempoh 100 hari melalui manifesto yang mereka canangkan pada pilihanraya lalu berubah menjadi mimpi ngeri yang tidak pernah dibayangkan oleh rakyat di negeri ini.

Rumah penduduk pribumi dibakar, kampung halaman dimusnahkan dan tanah yang telah diusahakan puluhan tahun dirampas.

Inilah menjadi sebab utama Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah (HEMPAS) berjaya menarik ribuan rakyat Sabah hadir di Dewan Hakka Sandakan, semalam.

Program yang dianjurkan oleh Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Sabah telah dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Mengikut Islam, kerajaan adalah pemegang amanah bukan pemilik tanah kerana dalam Islam yang memiliki tanah hanya Allah SWT ,” katanya dalam ucapan perasmian.

Menurutnya, di dalam Islam, barangsiapa yang meneroka, membuka tanah, sama ada mendirikan rumah kediaman, kedai atau bercucuk tanam, maka wajib kerajaan memberikan geran tanah kepada mereka.

Kecuali, katanya kalau ada kepentingan umum seperti mahu dibina jalan raya atau membina hospital dan sebagainya, maka bolehlah ianya diambil dan digantikan dengan yang tanah lain atau nilai yang setimpal.

“PAS akan melaksana hukum ini dan meminta parti parti lain dalam Pakatan Rakyat mengikut hukum ini jikalau dapat memerintah negara kelak,” ujarnya.

AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman pula berkata: Kita berhimpun pada hari ini untuk menyalurkan maklumat dan memberi kesedaran kepada rakyat Sabah agar bangun berjuang untuk menuntut hak dan membuktikan komitmen PAS dan Pakatan Rakyat dalam membela nasib rakyat Sabah dalam menuntut hak dan keadilan buat semua yang telah teraniaya”.

Katanya, jkalau majoriti rakyat Sabah berani untuk berjuang, kerajaan yang zalim akan dapat ditumbangkan dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Tambahnya lagi, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang menjangkakan himpunan itu tidak akan berjaya dan kononnya hanya akan dihadiri sekitar 200 orang.

“Rakyat Sabah buktikan sebaliknya dengan kehadiran memeranjatkan dari seluruh Sabah sebagai tanda sokongan dan perjuangan mereka menentang kerajaan yang zalim,” ujarnya.

Dari Sandakan hingga ke Nabawan, dari Tawau hingga ke Pensiangan, penduduk pribumi diperlakukan seperti makhluk yang tiada nilai dan status kemanusiaan.

Di Sandakan, Kampung BDC yang diasaskan oleh Pertubuhan Islam (USIA) yang dahulunya dipenuhi hutan paya bakau akhirnya berkembang menjadi sebuah penempatan penduduk pribumi dengan keluasan melebihi 100 ekar dengan jumlah penduduk dianggarkan tidak kurang 20,000 orang telah dimusnahkan sekelip mata oleh kerajaan Umno BN pada tahun 2002.

Tanah yang telah diusahakan berpuluh tahun sejak tahun 80-an di Ulu Landau dan Cenderamata Merotai Tawau dirampas pada awal tahun ini.

Turut dimusnahkan ialah Kg Lupak Meluas, Kg Sundang, Kg Gas, Kg Koyah di Kinabatangan, perkampungan penduduk pribumi di Semporna, Kunak, Lahad Datu, Beluran, Ranau, Kg Labuan dan Kg Wakap di Kota Belud, Kg Bakau dan Kg Telipok di Kota Kinabalu.

Ini merupakan sebahagian kes yang pernah berlaku di Sabah.

Sehubungan itu, perhimpunan itu telah mencatatkan sejarah yang gemilang dan berjaya membuka mata rakyat Sabah diharap dapat menjadi senjata ampuh dalam menghadapi pilihan raya kecil Batu Sapi pada 4 November nanti dan pilihanraya umum ke-13 yang akan datang.

24 ulasan:

madd berkata...

rakyat kena membuat penilaian dengan bijak..kaji baik dan buruk setiap yang diperkatakan terlebih dahulu..

Tanpa Nama berkata...

isu tanah mmg merupakan satu isu yang timbul diSabah, kerajaan harus menyelesaikan segera isu ini dgn baik.

Anak Sabah berkata...

Rakyat perlu pandai membuat pilihan terbaik untuk mereka sendiri.

Leo berkata...

Isu tanah ini telah membuat ramai orang kehilangan kepercayaan mereka terhadap UMNO BN. Oleh itu, BN haruslah mencari penyelesaikan kepada masalah tersebut.

Leo berkata...

Kemungkinan UMNO BN akan menghadapi masalah dalam mendapat undian. Dah tiba masanya untuk UMNO BN tingkatkan usaha mereka.

Sanih Alias berkata...

Memang pembangkang hanya akan mencari kelemahan UMNO/BN. Isu tanah merupakan isu hangat di Sabah. Apa pun BN harus mencari jalan menyelesaikan isu ini. Pembangkang saja menggunakan isu tanah sebagai senjata mereka. Tapi adakah pebangkang akan berjaya nanti.

Hosie Masie berkata...

BN tidak akan tumbang begitu saja. Rakyat lebih memilih BN berbanding Pembangkang. Rakyat boleh berfikir sendiri semua ini hanyalah mainan politik untuk PKR. Bila sudah menang tinggal semua janji mereka. Rakyat bukan budak-budak lagi.

evan medhousky berkata...

“Mengikut Islam, kerajaan adalah pemegang amanah bukan pemilik tanah kerana dalam Islam yang memiliki tanah hanya Allah SWT ,”

tau pun.. tapi kenapa PAS rampas tanah orang asli seluas lebih 30 ribu hektar di hulu kelantan? ni la yang dikatakan cakap tak serupa bikin..

evan medhousky berkata...

PAS tidak berhak mempertikaikan kerajaan negeri/pusat jika negeri2 PR sendiri masih berhadapan dengan masalah2 rakyat serta masalah pembangunan dan ekonomi. selesaikan masalah2 itu sebelum menimbulkan masalah2 pihak lain..

evan medhousky berkata...

diharapkan pengundi Batu Sapi tidak mudah terpedaya dengan janji2 mereka, kerana mereka sendiri tidak mampu menunaikan janji itu. untuk kebaikan penduduk Batu Sapi, pilihan mestilah berdasarkan prestasi dan kemampuan parti, bukan berdasarkan janji2 yang belum tentu boleh mereka tunaikan.

Hosie Masie berkata...

Kita harapkan PKR janganlah memberikan janji yang bukan-bukan terhadap rakyat. Rakyat pun janganlah mudah terpedaya dengan semua janji yang diberikan.

azman berkata...

bila dekat pilihan raya macam-macam isu ditimbulkan. apa pun kerajaan sentiasa cuba untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

sebaiknya kerajaan segera menyelesaikan isu tanah ini, isu ini menjadi senjata pembangkang untuk menjatuhkan BN.

kb girl berkata...

Isu tanah Sabah mesti diambil berat oleh kerajaan BN. Isu ini secara langsung mempengaruhi kehidupan rakyat Sabah yang bergantung hidup dengan tanah.
Jika isu ini diabaikan, ia dijadikan senjata mudah oleh pembangkang mengkritik kerajaan BN.

Unknown berkata...

Komen boleh diberi dan hak ini mesti dilindungi.
Akan tetapi samada BN mesti ditumbang atau tidak, rakyat yang membuat keputusan.

Unknown berkata...

Isu tanah ini dapat diselesaikan. Tidak perlu menumbangkan BN.
Lihat Galas Kelantan, tanah rakyat diambil kerajaa negeri dan dijadikan Estat Rakyat tetapi pemilik asas tanah tidak semestinya dapat manfaat.

Paquin berkata...

Episode tunding jari kini bermula... hmmmm

Paquin berkata...

Tapi saya tak nafikan isu tanah ni memang masih berleluasa.. Entah bila baru selesai.

Paquin berkata...

Saya harap kerajaan akan beri perhatian serius terhadap hal ni. Pastikan jabatan tanah buat kerja dengan cekap, sebelum saya pun tergolong dalam kelompok yang 'panas' dengan jabatan tanah!

Paquin berkata...

Tapi saya yakin hal ni pasti dapat diselesaikan jika semua pihak serius utk selesaikan masalah ini.

Paquin berkata...

Apapun, saya harap para pengundi tidak terpengaruh dengan taktik mereka ini. Biasalah kalau pilihan raya kan, mcm2 ada.. hehhee

Unknown berkata...

Isu tanah di Sabah sangat rumit. Bukan senang nak selesaikan dalam masa singkat.
Tumbangkan BN tidak bermakna isu ini guranti selesai.

captain berkata...

Kerajaan negeri sudah mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah tanah Sabah. Masalah ini bukan boleh diselesaikan dalam sekelip mata.

Unknown berkata...

Metulkah isu tanah Sabah dapat diselesaikan jika UMNO/BN ditumbangkan?
Mungkin keadaan lebih tenat pambangkang menjadi kerajaan.