Isnin, 25 Oktober 2010

Islam Batu Sapi dan Umno Galas bantah calon BN

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Ketika penyokong BN yang mewakili 60.1 peratus pengundi Bumiputra Islam di Batu Sapi membuat bantahan secara terbuka terhadap BN kerana memilih calon bukan di kalangan mereka, penyokong Umno di Galas memprotes dalam diam pemilihan orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon di situ.

Di Sandakan, 500 ahli PBS dari bahagian Sekong membantah pencalonan Linda Tsen Thau Lin, balu Edmund Chong Ket Wah, bakas anggota Parlimen, sebagai calon BN di Batu Sapi.

Mereka datang dengan beberapa buah bas yang penuh dengan bendera dan banner mendesak agar calon di kalangan Bumiputra Islam dipilih sebagai calon. Ini kerana, Batu Sapi mempunyai 60.1 peratus pengundi di kalangan Bumiputra Islam.

Mereka mendakwa, mendiang Edmund tidak pernah memperdulikan mereka sejak dipilih sebagai wakil rakyat Batu Sapi pada tahun 2004 lalu.

"Bagaimana mungkin seorang perempuan pula mahu masuk ke kawasan kampung air kami kalau sebelum ini lelaki pun tidak menjenguh kami," kata salah seorang dari mereka yang membuat bantahan itu.

Terdapat 26,000 pengundi di Batu Sapi dengan pecahan pengundi Melayu 32 peratus, Cina 38 peratus India 0.5 peratus, Bumiputera Islam Sabah 26 peratus, Bumiputera Sarawak 0.5 peratus dan lain-lain 2.6 peratus.

Umno lawan Ku Li


Di Gua Musang, penentangan secara senyap mula berjalan di kalangan Umno Gua Musang yang semakin bimbang dengan beberapa tindakan penyokong Ku Li dari kalangan bekas Semangat 46 itu.

Bantahan ini dibuat ekoran pemilihan Setiausaha Umno Gua Musang, Abdul Aziz Yusof atau lebih dikenali dengan nama Aziz Limau (kerana berasal dari Limau Kasturi) sebagai calon BN.

Dalam pemilihan bahagian tahun lepas, bekas Ketua Bahagian Umno Saufi Deraman yang memberikan laluan kepada Ku Li untuk menjadi ketua bahagian selepas menyertai semula Umno, dikalahkan oleh orang kuat Ku Li dalam pertandingan merebut timbalan ketua bahagian.

Namun begitu, penyokong asal Umno ini kekal menguasai Wanita dan Pemuda Umno Bahagian. Ketua Wanita Umno bahagian, Datuk Wan Hazani Wan Yusof dan Bazlan Baharudin, Ketua Pemuda Umno Bahagian Gua Musang. Kedua-duanya penyokong Umno negeri dan pusat serta tidak bersama Ku Li.

Di samping kedua-duanya, ada 11 AJK Bahagian yang menjadi penyokong mereka. Pendek kata, terdapat garisan yang jelas dalam Umno Gua Musang antara penyokong Ku Li dan penyokong Umno.

"Kami nak Saufi Deraman bekas Adun kami bertanding sekali lagi. Lagipun dia yang bertungkus lumus berjuang untuk Umno sebelum ini ketika Ku Li memimpin Semangat 46. Tapi selepas Ku Li dipilih sebagai pengarah, orang dia juga jadi calon, " kata seorang ahli Umno yang ditemui di bandar Gua Musang.

Beliau merujuk tindakan Saufi, yang ketika itu menjadi ketua bahagian, memberikan laluan untuk Ku Li menjadi Ketua Umno bahagian Gua Musang apabila Ku Li kembali semula ke dalam Umno.

Pada asalnya, Saufi sebagai ketua bahagian dilantik sebagai timbalan ketua bahagian. Namun dalam mesyuarat agung yang lalu, orang Ku Li telah melawan beliau dan seterusnya mengalah Saufi untuk jawatan timbalan ketua bahagian.

Luka itu berdarah sejak pilihan raya umum 2008 lagi apabila Saufi menjadi satu-satu pemimpin Umno Gua Musang yang kalah dalam pilihan raya tersebut. Mereka syak Saufi ditikam dari belakang oleh penyokong Ku Li.

Saufi kalah kepada Chek Hashim Sulaima dari PAS. Che Hashim meninggal baru-baru ini menyebabkan pilihan raya kecil akan diadakan pada 4 November nanti.

"Kalau Saufi tidak diterimapun, Datuk Hazani kito atau Bazlan pun boleh jadi calon," kata pemimpin Umno berkenaan.

Dr Zul kalahkan Ku Li di Galas

Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, calon PAS, Dr Zulkefli Muhamad (gambar) mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah sebanyak 317 undi untuk Dun Galas dalam pertembungan mereka untuk merebut kerusi Parlimen Gua Musang.

Namun Ku Li memenangi kerusi itu selepas menang lebih besar di dua Dun lagi iaitu Paloh dan Nenggiri yang juga terletak di bawah Parlimen Gua Musang.

Menurut kajian sebuah badan bebas, pengaruh peribadi Ku Li hanya 30 peratus sahaja di Gua Musang. Selebihnya adalah sokongan daripada Umno. Jika Ku Li bukan calon dalam pilihan raya ini, bermakna pengaruh peribadi itu akan hilang.

Seramai 11,553 pemilih layak mengundi dalam pilihan raya ini dengan Melayu berjumlah 7,123 atau 61.67 peratus dari jumlah pemilih itu. Cina 2317 (20.06 peratus), Orang Asli 1,889 (16.35 peratus) manakala India 185 (1.6 peratus).

32 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BN harus memilih calon yang terbaik dan disenangi ramai.

madd berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
madd berkata...

memang sukar memuaskan hati semua pihak. namun, yang penting calon yang telah dipilih adalah berdasarkan persetujuan ramai dan yang boleh bekerja untuk rakyat.

Brendan berkata...

guest who wrote this articles? Journalist from PAS sponsored Harakah Daily...seems like they really like to use the religion factor in writing their articles...nothing wrong with it if the article wrote within the peninsular context, which i think everybody knows the level of sensitivity in relation to religion & race factor...but when writing these two factor in Sabah context, one should realize that the religion & race sentiment is not as big as in peninsular, & a journalist should not see the situation here is the same as its in Peninsular...

500 people?it is only a mere 50 people who turned up voicing their dissatisfaction...it was also reported that these 50 people is also the same people who create havoc when PKR announce their candidates...

Pas should stop lobbying for the seat & not sabotaging others for their own good...Pas should pack their bag & move away from Sabah..

maya berkata...

Apa yang penting ialah calon yang dipilih mendapat sokongan rakyat.

maya berkata...

Jangan libatkan agama dalam politik.

evan medhousky berkata...

sebelum bermulanya PRK, PR sudah mula menuduh umno/BN menggunakan isu2 sensitif untuk meraih sokongan. tapi apa yang kita lihat sekarang, PR lah yang sebenarnya cuba bermain2 dengan isu sensitif. jangan cuba memisahkan rakyat Sabah dengan agenda politik perkauman PR, jangan cuba serapkan politik perkauman PR ke Sabah.

evan medhousky berkata...

PR sering memutar belitkan isu dan sering mengelirukan rakyat. jika BN memilih calon yang beragama Islam, pasti akan tetap menjadi isu kononnya tidak memberi peluang kepada kaum cina bla,bla,bla.. yang pasti PR dalam keadaan terdesak dan tertekan sehingga hilang kewarasan untuk membezakan soal sensitiviti. kepada penduduk Batu Sapi, jika PKR memerintah, akan hilang lah perpaduan dan keharmonian kaum di Sabah.

azman berkata...

berpolitiklah dengan adil dan bersih..semoga semuanya akan berjalan dengan lancar...

evan medhousky berkata...

saya harap pengundi Batu Sapi tidak mudah terpedaya dengan janji dan politik putar belit pembangkang. untuk kebaikan penduduk Batu Sapi, pilihan mestilah berdasarkan prestasi dan kemampuan parti.

Leo berkata...

Adalah penting calon yang dipilih disokong oleh rakyat kerana mereka lah yang akan mengundi nanti.

Hamdan Hadillah berkata...

Walau beliau wanita saya percaya walau kampung kamu di atas air atau di seberang laut pasti beliau akan pergi untuk membantu. Itu adalah tugas beliau supaya membantu dan menyelesaikan masalah rakyat. Kita mesti yakin bahawa beliau akan berlaku adil dengan semua dan akan melakukan tugas dengan sebenarnya.

Bujang Senang berkata...

dari perbincangan semua ahli BN telah memilh Datuk Linda sebagai calon. Mungkin ini adalah yang terbaik untuk semua. Datuk Linda mesti memimpin dengan cara yang adil dan saksama dengan semua. Kami sebagai rakyat Sandakan meminta Datuk Linda akan memberikan yang terbaik kepada kami nanti.

Leo berkata...

Walaubagaimanapun, saya berpendapat faktor kaum tidak patut diambil kira bila memilih calon.

Bujang Senang berkata...

Agama dan bangsa itu tidak penting, apa yang penting..Kerja yang dilakukannya adalah adil kepada semua. Sebagai pemimpin akan berusaha membantu menyelesaikan masalah rakyat itu adalah perkara penting. Kita yakin datuk Linda akan mampu untuk melakukannya. Tidak kira agama islam, kristian dan sebagainya yang penting belian memperjuangkan hak semua bangsa dan agama.

Tanpa Nama berkata...

perasaan tidak puias hati bias berlaku dalam pemilihan, yang penting kita bijak dalam mengawal hal ini.

Unknown berkata...

Ini membuatkan saya semakin tidak akan memenangkan PR kerana menggunakan sentimen keagamaan! Saya harap PR tidak akan dapat 1 kerusi pun dalam Sabah. Orang Sabah tidak mahu sentimen keagamaan dan perkauman dimulakan di sini!

Unknown berkata...

Tak sangka pula pencalonan BN tersebut dipertikaikan juga. Bukankah ia dipilih berdasarkan undian ramai?

POP berkata...

Memang sial....mengecewa pula manusia ni.

kb girl berkata...

BN harus cari jalan menyelesaikan masalah musuh dalam selimut ini.

Unknown berkata...

Masyarakat Islam Batu Sapi telah menyatakan sokongan mereka terhadap calaon BN selepas satu mesyarat dengan TSR Pairin.

Unknown berkata...

Sejauh mana kesahihan kenyataan ini?
Keputusan pilihanraya akan membuktikan.

Paquin berkata...

Betul ka ni? Ingatkan aman damai pemilihan yang dibuat... hhmmm, entahlah, kalau saya asalkan layak saya sokong ja, belakang kira apa jantinanya ataupun agamanya ataupun bangsanya... hehhee

Paquin berkata...

Ya zaimi.. bukan senang mahu puaskan hati semua pihak jadi dalam ketidakpuasan hati tu pun agak-agak juga la ya.. ketepikan saja rasa tidak puas hati yang berunsur isu sensitif.. hhee

Paquin berkata...

Kalau betul tekaan ko Brendan, susahlah kalau terus macam ni. huhuhu
Agama tidak sepatutnya dikaitkan dengan politik!!!

Paquin berkata...

Sokong evan medhousky. Sabahan tidak seteruk yang digambarkan dalam artikel ni. Mungkin betul fahaman politik berbeza, tapi Sabahan hidup aman damai tanpa sengketa kerana tidak pernah mempertikaian soal agama..

Paquin berkata...

Jadi hentikanlah taktik seperti ni. Tak baik diteruskan kerana ia hanya merosakkan keharmonian yang wujud di Sabah!

Anak Sabah berkata...

Saudara Brendan, saya bersetuju dengan komen anda, perkara ini bukan semudah ini, sepatutnya di Sabah tiada masalah perkauman. Sesetengah fakta juga disensasikan untuk menjadikan isu ini lebih besar.

Anak Sabah berkata...

Tidak menolak bahawa PAS terlibat dalam hal ini. Mereka memang beriya-iya mahu bertanding di Batu Sapi tapi tidak dibenarkan oleh PKR. Nasib baiklah, jika tidak perpaduan antara semua orang Sabah berlainan kaum akan dirosakkan.

Unknown berkata...

Ini cuma spekulasi yang wujud semasa pilihanraya. Macam-macam tekaan dan tangapan yang tidak berasas.

captain berkata...

Betulkah golongan Islam di Batu Sapi dan UMNO Galas membantah calon BN? Apa buktinya?

Unknown berkata...

Segelintir pengundi yang membantah. Ia dapat diselesaikan dengan membuat penjelasan kepada mereka.fingly