Rabu, 13 Oktober 2010

Ibrahim Ali: ‘Panggil saya Saudara Ibrahim, tiada masalah’

KUALA LUMPUR— Seolah-olah menggambarkan yang beliau tidak ‘kecil hati’ dengan keputusan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V melucutkan gelaran “Datuk”, Datuk Ibrahim Ali berkata, “anda masih boleh memanggil saya Datuk.”

Kata beliau lagi, jika tidak mahu panggil sebagai “Datuk”, orang ramai boleh memanggilnya “saudara.”

Presiden Perkasa ini berkata, beliau mempunyai dua lagi gelaran “Datuk” yang dikurniakan oleh Melaka dan Selangor.

“Boleh, anda masih boleh panggil saya Datuk. Saya masih ada pingat (Datuk) yang diterima daripada negeri lain,” kata beliau.

“Jika saya tiada gelaran Datuk, OK, tak mengapa. Saya rela dipanggil sebagai Saudara Ibrahim Ali. Jika anda tidak panggil saya Datuk, OK. Ia perkara kecil sahaja,” katanya lagi.

Turut dilucutkan gelaran Datuk ialah bekas setiausaha kerajaan negeri Datuk Wan Hashim Wan Daud.

Ia disahkan oleh Pengelola Istana Datuk Abdul Halim Hamad.

Ahli Parlimen Pasir Mas ini menjelaskan, beliau menerima Datuk Paduka Mahkota Selangor dari Selangor dan Darjah Mulia Seri Mahkota dari Melaka.

Katanya, beliau juga ada ditawarkan darjah kebesaran oleh beberapa negeri lain tetapi tidak mengisi borang berkaitan.

“Bagi saya bukan isu besar. Sekarang ini, mereka yang tiada Datuk pun dipanggil Datuk,” katanya lagi.

Ibrahim berkata, beliau tidak terkejut dengan perkembangan terbaru ini.

Katanya, keputusan itu kemungkinan diambil ekoran krisis Istana Kelantan.

“Saya tidak tahu sebabnya. Ia tidak dijelaskan kepada saya,” katanya lagi.

“Saya telah mengunjungi Sultan Kelantan sebelum ini sebagai kawan kerana baginda kegeringan, ia kali pertama saya menghadap kunjung baginda sejak baginda pulang dari Singapura.

“Dan, baginda rapat dengan saya sebagai kawan karib, jadi itu sebabnya saya mengunjungi baginda... baginda telah bertanya tentang saya. Saya dan baginda berbual macam biasa dan kemudian hari ini darjah kebesaran ini ditarik balik,” katanya lagi.

Tiada ulasan: