Ahad, 17 Oktober 2010

Hishammuddin Tidak Peduli Lebih 14,000 Kes Individu Hilang

Oleh Suara Keadilan

lks5SHAH ALAM - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang membidas sikap tidak peduli Menteri Dalam Negeri berhubung lebih 14,000 kes kehilangan individu sejak tahun 2000 hingga kini yang merupakan 40 peratus daripada jumlah mereka yang hilang.

Kit Siang berkata Datuk Seri Hishammuddin Hussien mendabik dada dalam Parlimen Isnin lalu apabila berbangga dengan kejayaan pihak polis di Malaysia yang berjaya menyelesaikan 21,344 daripada 35,473 kes hilang sejak 10 tahun lalu.

Bagaimanapun apa yang tidak diberitahu Hishammuddin, di Australia pasukan polisnya lebih cekap dan pantas menjumpai 99 peratus daripada kes hilang daripada sejumlah 30,000 kes dan hanya kurang daripada satu peratus yang tidak dapat ditemui.

Pecahannya adalah seperti berikut:

86 peratus dijumpai dalam tempoh seminggu,
7 peratus ditemui antara 8 dan 31 hari dan
6 peratus diselesaikan setelah satu bulan

"Hishammuddin sungguh bangga di dalam Parlimen dengan statistiknya yang menunjukkan hanya 60 peratus kes orang hilang di Malaysia berjaya di selesaikan sejak 10 tahun lalu. Ini bermakna 14,129 orang masih hilang.

"Jika dibuat perkiraan, lebih tiga orang hilang setiap hari yang tidak dapat ditemui sejak 10 tahun yang lalu. Perkara ini adalah serius yang menunjukkan bagaimana lemahnya sistem undang-undang dinegara ini tetapi ia tidak sedikit menyentuh perasaan sang Menteri!

"Ke mana 14,129 orang yang hilang sejak 10 tahun menghilang dan mengapa pihak polis tidak merasa bertanggungjawab terhadap masalah ini?

"Situasi ini amat memalukan dan saya mendesak agar Hishammuddin memberi penjelasan di Parlimen mengnai langkah yang akan diambil berhubung isu ini," tegas Kit Siang ketika berucap, pada forum "IGP Bertukar: Institusi Polis Berubah?" anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Dewan Perhimpinan Cina KL/Selangor Khamis lalu.

Berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik Dastuk Sosilawati Lawiya, beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyebut tragedi itu boleh elakkan sekiranya pihak polis bertindak secara profesional.

Ini termasuk tindakan segera dan penyiasatan menyeluruh terhadap beberapa laporan polis berkaitan kes individu hilang sebelum ini

Tiada ulasan: