Selasa, 26 Oktober 2010

Galas dan Batu Sapi terima lima borang, tiada calon Bebas

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER

GUA MUSANG — Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan menyaksikan hanya dua orang — dari Barisan Nasional dan PAS mengemukakan borang penamaan calon pagi ini.

Kedua-dua mereka ialah calon BN Abdul Aziz Yusoff dan Dr Zulkefli Mohamad dari PAS, yang telah pun diumumkan sebelum ini.

Kini proses penamaan calon dibuka untuk bantahan. Ia akan berakhir 11 pagi.

Dalam pada itu, pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi juga tidak menyaksikan sebarang perubahan dengan hanya tiga orang memfailkan borang penamanaan calon di Dewan Komuniti Sandakan.

BN diwakili oleh Datin Linda Tsen Thau Lin manakala Parti Maju Sabah (SAPP) mencalonkan presidennya Datuk Yong Teck Lee dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula meletakkan peguam Ansari Abdullah.

22 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Diharapkan calon yang terbaik akan muncul sebagai pemenang. Selamat berjuang Batu Sapi dan Galas.

Anak Sabah berkata...

Pilihan raya kecil ini semakin hampir, diharapkan semua calon dan pengundi akan bersedia.

samm berkata...

nampaknya tiada calon bebas yang bertanding..maka, persaingan yang berlaku hanya melibatkan parti-parti utama yang berpengaruh..

Hosie Masie berkata...

BN diwakili oleh Datin Linda Tsen Thau Lin manakala Parti Maju Sabah (SAPP) mencalonkan presidennya Datuk Yong Teck Lee dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula meletakkan peguam Ansari Abdullah. Memang satu pesaingan sengit untuk BN di Batu Sapi.

Hamdan Hadillah berkata...

Kita mengharapkan BN akan dapat buat yang terbaik untuk semua. Pertahankan kerusi batu Sapi dan Tawan kerusi Galas. Sekiranya BN dapat membuktikan kemenangan maka tidak dinafikan lagi kata PM bahawa rakyat meyokong kerajaan sekarang.

Unknown berkata...

Memang calon Bebas tidak akan bertanding ini kerana mereka mahu melihat sendiri calon kerajaan dan pembangkang bersaing. Harapan ialah semoga bertanding dengan cara yang bersih. Semoga setiap calon berjaya.

evan medhousky berkata...

pengundi perlu fikir semasak2nya sebelum membuat keputusan. sudah tentu parti2 yang bertanding dan calon yang diketengahkan tidak kurang hebatnya. pilihlah yang terbaik dikalangan mereka untuk kebaikan masa depan kawasan masing2.

evan medhousky berkata...

ada baiknya juga jika tidak ada calon bebas yang bertanding. jika ada calon bebas pun, parti politik seperti PR, SAPP dan BN tetap menjadi tumpuan..

tombolo berkata...

calon2 yang bertanding mempunyai straegi dan kekuatan tersendiri. apapun rkyat menentukan keputusannya.

Tanpa Nama berkata...

calon-calon yang bertanding perlulah menunjukkan komitmen mereka untuk membuktikan bahawa mereka adalah calon yang paling sesuai untuk dipilih oleh rakyat.

Tanpa Nama berkata...

rkyat ken bijak semasa mngundi, pastikan pilihan yang dibuat benar2 tepat.

kb girl berkata...

Borang yang berlebihan dibeli mungkin bertujuan sebagai penyediaan sekiranya ada kesilapan berlaku.

Unknown berkata...

Selalunya calon bebas tiada pengaruh langsung, lebih baik tiada calon bebas.
Tetapi sesiapa pun ada hak untuk jadi calon.

Paquin berkata...

Setuju Jonny. Semoga pemenangnya adalah yang terbaik utk rakyat.

Paquin berkata...

Walaupun PRK ni agak sengit, namun saya harap calon bertanding dengan cara bersih dan jangan cuba menganiaya pihak lain.

Paquin berkata...

Setiap calon yang bertanding mempunyai kelebihan masing-masing.. Jadi terpulanglah pada rakyat untuk membuat pilihan yang terbaik.

Paquin berkata...

Tapi, pengundi haruslah berfikiran rasional semasa membuat pilihan. Jangan sampai tersalah pilih pula. hehe

Paquin berkata...

Apapun, sama2 lah kita nantikan apakah kesudahannya nanti.

Unknown berkata...

Calon bebas tidak mampu mengugat BN atau PR. Dari kehilangan wang deposit, lebih baik tidak bertanding.

Unknown berkata...

walau ada calon bebas yang berniat tetapi tidak berani cuba kerana BN dan PR terlalu kuat.

captain berkata...

Saipa mahu kehilangan wang deposit?
Bukan senang cari wang zaman sekarang.

Unknown berkata...

Calon bebas selalunya memainkan peranan sebagai 'pelakon bantu' dalam drama pilihantraya.