Sabtu, 30 Oktober 2010

Final Piala Malaysia: Calon BN ramal Kelantan, Khairy pilih NS

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR - Kedua-duanya mahu memastikan Barisan Nasional (BN) menang di Galas, tetapi apabila tiba giliran bola sepak, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan calon mereka Abdul Aziz Yusoff mempunyai pilihan berbeza.

Abdul Aziz, Setiausaha Umno Gua Musang ketika ditemui di Galas berkata, beliau akan bersama-sama penyokong di sekitar DUN Galas bagi menyaksikan perlawanan berkenaan malam ini.

Beliau meramalkan kemenangan 2-0 pasukan Red Warriors ke atas Negeri Sembilan.

“Malahan bagi mereka yang tidak berpeluang ke Kuala Lumpur, peminat di Galas boleh menyaksikan perlawanan itu di skrin besar yang disediakan BN di dataran Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) 8.30 malam ini,” kata beliau.

Dalam pada itu, Khairy pula berkata, keputusan tahun lepas yang memihak kepada Negeri Sembilan akan berulang.

“Malam ini final Piala Malaysia. Negeri Sembilan lawan Kelantan. ‘Repeat’ tahun lepas, keputusan pun pasti ‘repeat’,” kata Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau, Negeri Sembilan dalam mesej ‘Twitter’ hari ini.

Final Piala Malaysia edisi ke-84 merupakan ulangan pertemuan tahun lalu di mana Negeri Sembilan menundukkan Kelantan 3-1 untuk merampasnya selepas kali terakhir menang 61 tahun lalu.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim mencadangkan “gencatan senjata” selama 90 minit pada kempen pilihan raya kecil DUN Galas bagi memberi laluan kepada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dengan Kelantan.

Beliau berkata, jentera kempen parti yang bertanding perlu bertenang seketika dan memberi sokongan kepada pasukan yang bertanding.

Malam ini perlu ada “gencatan senjata” untuk tengok perlawanan akhir, lepas itu kita sambung kembali berkempen,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan 17 bas yang membawa lebih 700 penyokong bola sepak Kelantan ke Stadium Bukit Jalil di Gua Musang hari ini.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan meminta para penyokong agar tidak mempamerkan kain rentang atau bendera parti politik pada perlawanan akhir itu.

Beliau berkata, elemen politik tidak sepatutnya dicampur aduk dengan sukan.

“Amat menyedihkan kalau dimasuki elemen politik dalam perlawanan akhir ini, yang lebih penting penyokong memberikan sokongan kepada pasukan negeri,” katanya.

Sementara itu, PAS dilaporkan akan merehatkan sementara jentera pilihan rayanya di Galas bagi menyaksikan perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Penasihat Pilihan Raya Kecil PAS DUN Galas Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, pihaknya menyediakan skrin di setiap kawasan peti undi.

“Kami akan menyediakan televisyen skrin besar di seluruh Kelantan termasuk di setiap daerah mengundi di Galas.

“Kita fokus pada bola dulu, lepas menang, kita balik pada kempen pilihan raya,” kata beliau semalam.

PAS menyediakan lima bas untuk membawa penyokong Kelantan ke Bukit Jalil bagi menonton perlawanan

Tiada ulasan: