Selasa, 26 Oktober 2010

ETP bermula dengan pelaburan RM30 bilion

FREE MALAYSIA TODAY

jibKUALA LUMPUR: Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang menyasarkan nilai pelaburan sebanyak RM1.3 trilion bermula dengan baikapabila termeterainya sembilan perjanjian bernilai RM30 bilion di antara pihak kerajaan dengan sektor swasta pada hari pelancarannya semalam.

"Kejayaan awal ini akan memberi keyakinan kepada mereka yang masih ragu-ragu," kata Perdana Menteri Najib Tun Razak ketika melancarkan ETP – A Roadmap for Malaysia, yang bertujuan untuk mentransformasi Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata, perjanjian-perjanjian ini menunjukkan permulaan yang baik untuk sembilan projek titik permulaan (EPP) dan kita akan mengesahkan beberapa pelaburan lagi dalam tempuh beberapa bulan lagi.

Syarikat-syarikat yang menandatangani perjanjian itu ialah LFoundary dari Jerman, St Regis, Mydin Group, Mubadala dari Abu Dhabi, WCT Bhd, firma minyak dan gas Schlumberger, Asia e-university, Premium Renewable Energy Sdn Bhd dan Genting Bhd.

Berdasarkan rekod pencapaian, 53 EPP dengan nilai pelaburan berjumlah US$97 billion (RM300.7 billion), hampir 45% dari sasaran pelaburan, telah berjalan dalam pelbagai peringkat aktiviti.

Dari sembilan perjanjian itu, pelaburan awal sebanyak RM214 juta untuk tujuan penempatan semula dan pembinaan logi fabrikasi wafer di Taman Teknologi Tinggi Kulim, datang dari firma Jerman tersebut.

Mydin pula komited untuk melabur dengan menubuhkan 14 cawangan lagi dalam tempuh tiga tahun akan datang dengan nilai RM1 bilion manakala hotel sebanyak 208 bilik dan 160 unit kediaman akan diuruskan oleh St. Regis.

Tiada ulasan: