Selasa, 5 Oktober 2010

Dun Galas: Umno tergila-gilakan Ku Li, Ku Li jual mahal

WarkahDaily

Apa kalut sangat puak-puak Umno nak sangat Ku Li jadi calon kat Dun Galas? Ku Li calon hebatlah, Ku Li calon tepat dan pilihan rakyatlah dan macam-macam lagi. Tapi tuan punya badan ntah tahu ntah tidak pujian tak ikhlas puak-puak Umno tu.

Ku Li bukan setahun dua berpolitik. Beliau dah banyak pengalaman yang dilalui dalam kerajaan dan pakatan pembangkang. Pernah juga menjadi Menteri Kewangan. Bukan calang-calang orang tu.

Jadi usahlah memperbodohkan orang yang dah banyak lalui pelbagai keadaan pahit manis tentang politik ampu mengampu.

Penulis dapat merasakan, puak-puak Umno ni termasuk pemimpin mereka, bukan mahu sangat Ku Li menang di Dun Galas jika Ku Li bersedia untuk bertanding mewakili BN. Semuanya kerana mahu menguji pendirian Ku Li terhadap Umno-BN.

Siapa tidak tahu stail Umno-BN yang akan menggunakan pilihanraya untuk menjatuhkan karier politik orang tidak disukainya. Mereka akan meletakkan orang yang tidak disukainya bertanding di kawasan yang memang didapati susah hendak menang. Dengan kata lain, bagi kawasan maut untuk dipertandingkan.

Kalau menang, untung Umno-BN kalau kalah, depa gembira juga sebab dah boleh nyahkan orang yang tidak disukai dari karier politik.

Cuba bayangkan, orang yang dah sampai status menteri kanan (pernah bertanding untuk presiden Umno) diberi tempat sekadar untuk bertanding di kerusi dun sahaja. Memang betullah kata orang, Umno ingin merendah-rendahkan kedudukan Ku Li sebagai orang yang berpengalaman dan status keturunan raja.

Cuba bayangkan kalau mantan PM, contoh Pak Lah atau Mahathir diberi laluan di kerusi Dun untuk bertanding. Nampak sangat mahu merendah-rendahkan tokoh yang masih disegani Ibrahim Ali tu. Seorang negarawan hanya diberi tempat di peringkat dun sahaja.

Penulis cuba mengolah kekalutan Umno untuk mencalonkan Ku Li sebagai calon di Dun Galas ni bukan apa-apa pun. Semuanya gara-gara tengok puak-puak Umno ni terlalu beriya nak sangat Ku Li jadi calon. Dahle nak lantik jadi Ku Li jadi ketua jentera pilihanraya Dun Galas tanpa pengetahuan Ku Li. Ku Li pun tak cakap apa-apa tapi dah bising, Ku Li setuju.

Sekarang sibuk nak letak Ku Li jadi calon pulak. Apa merapu sangat depa ni. Semuanya nak diberi kepada Ku Li. Penulis mahu lihat, bagaimana perasaan puak-puak Umno yang berhempas pulas mahu Ku Li bertanding di kawasan itu, tiba Ku Li cakap tak nak. Kelakau bagi Tengku Adnan kerana beriya cakap Ku Li setuju. Hehehe.

Bagi PAS, letak Perdana Menteri sebagai calon pun , PAS tetap bertanding. Jadi tiada masalah sedikit pun.

Tiada ulasan: