Khamis, 21 Oktober 2010

DESAK BERI MANDAT KEPADA KETUA CABANG

Oleh : ZIELAH.A.

BAHANG pilihanraya kecil Parlimen Kawasan P-185 Batu Sapi yang kini telah sampai ke tahap kemuncak bagi menghadapi Pilihanraya Kecil menampakkan kematangan barisan kepimpinan PKR Batu Sapi yang telah dipilih pada 25 Oktober 2010.

Seramai 21 daripada 28 Ahli jawatankuasa yang berjaya dalam pertandingan bersama AJK yang dilantik oleh Ketua Cabang telah memberi mandat kepada OKK Hassnar Bin Haji Ebrahim untuk memilih calon yang sesuai bagi mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihanraya Kecil bakal diadakan pada 04 November 2010 akan datang.

Ketua Pemuda PKR Batu Sapi, Suffian Bin Haji Jamal ketika dihubungi oleh Krew Sabahkini.net, memaklumkan dalam suratnya yang dialamatkan kepada Ketua Cabang, menyatakan dia memberi mandat kepada OKK Hassnar Bin Haji Ebrahim atas keyakinan bahawa nama yang dicadangkan adalah calon terbaik untuk penduduk kawasan Pilihanraya P-185 Batu Sapi.

“Seluruh pemilih dalam kawasan Pilihanraya Kecil P-185 Batu Sapi tentu sekali akan menyokong penuh calon yang dicadangkan”.

Turut menyokong cadangan OKK Hassnar Bin Haji Ebrahim ialah Ketua Wanita (PKR) yang baru, menurut Puan Sahara Bin Haji Ombra, nama yang dicadangkan amat dikenali oleh seluruh penduduk Kawasan Pilihanraya Kecil P-185 Batu Sapi.

“Sebagai seorang yang berpengalaman luas, mustahil calon yang dicadangkan boleh ditewaskan. Jika dibanding antara calon-calon yang hendak ditampilkan, wakil yang dicadangkan sebagai wakil calon adalah terbaik,” tambah Sahara lagi

25 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Parti yang bertanding perlu melantik calon yang terbaik untuk mewakili parti masing-masing. Tak sabar menunggu pendedahan calon pada ahad ini.

Anak Sabah berkata...

Calon yang dipilih itu haruslah memenuhi semua syarat dan berkemampuan memimpin kawasan Batu Sapi jika menang. Adalah penting membuat pilihan secara teliti.

zam berkata...

parti-parti yang bertanding tidak kira sama ada BN atau PR, pasti akan menghantar calon yang terbaik bagi mereka. apa pun harap PRK ini akan berjalan dengan lancar.

Sanih Alias berkata...

Tidak pasti siapa yang terbaik untuk rakyat. Apa pun bertandinglah dengan cara yang bersih.

mantra berkata...

setiap parti yang bertanding kena membuat persiapan rapi bagi menghadapi pilihanraya yang akan berlangsung tak lama lagi.

Sanih Alias berkata...

Orang tempatan lebih berbisa berbanding dengan calon luar. jadi itu terpulang dengan PKR mahu membuang nama Ketua Cabang PKR BatU Sapi atau tidak. apa pun selamat berjuang.

Hosie Masie berkata...

Mari kita nantikan calon-calon yang akan bertanding di Batu Sapi. Siapakah yang akan dihantar oleh PKR, BN dan SAPP untuk bertanding di PRK Batu sapi.

Hamdan Hadillah berkata...

Jikaboleh pilihlah calon yang lebih memahami penduduk. Itu yang terbaik bagi pemilihan calon. BN akan memberikan saingan yang hebat kepada pembangkang. 26okt ini adalah penamaan calon, jadi kita nantikan masa yang ditunggu-tunggu.

evan medhousky berkata...

bagi PKR calon itu adalah yang terbaik, tapi bagi rakyat?.. perkataan 'terbaik' itu datang dari PKR, bukannya dari penduduk Batu Sapi. rakyat yang menentukan samada calon itu terbaik atau tidak. jadi jangan dulu berpuas hati selagi belum sampai kepenghujungnya..

evan medhousky berkata...

parti2 lain yang bertanding juga sudah tentu akan menurunkan calon yang terbaik.. tapi sebaik manapun calon dari pembangkang, tetap tidak mampu membawa pembangunan ke Batu Sapi. yang mampu membawa pembangunan dan kemajuan hanya parti pemerintah iaitu BN.

kb girl berkata...

Siapa agaknya calon yang akan dipilih? Sapp sangat berminat bertanding.

joey berkata...

mana-mana parti pun pasti akan berusaha untuk menag dengan menghantar calon yang mereka rasakan sesuai. tepi segalanya bergantung dengan undian rakyat. kita tunggulah hasilnya nanti.

Unknown berkata...

Saranan memberi peluang kepada calon tempatan berlaku di semua parti.

Unknown berkata...

Ketua cabang patut diberi peluang kerana beliau paling dikenali di sana dan beliau juga mengenali kawasan sendiri.

Unknown berkata...

Rasanya PKR akan lantik calon impot. Ansari mungkin diberi peluang.

mike berkata...

calon yang dilantik haruslah seorang yang benar2 berkelayakan dan bukan berdasarkan kroni semata-mata.

mike berkata...

diharap PRK batu sapi akan berjalan lancar.

captain berkata...

YTL sah wakil SAPP. PKR pasti hantar calon 'heavy duty' bertanding.

Unknown berkata...

Tidak semestinya ketua cabang dapat menang. Rakyat sekarang tidak memandang pada asal usul kita malah keupayaan kita.

Paquin berkata...

esok kita tau la tu siapakah calon-calonnya.. hehe

Paquin berkata...

Samalah Jonny, saya pun excited mahu tau. hehehe

Paquin berkata...

Saya cuma harap siapapun calon yang bakal bertanding nanti, bertandinglah dengan cara adil k:)

Paquin berkata...

Semoga pendundi dapat membuat pilihan yang tepat bagi masa depan yang lebih cerah :)

Paquin berkata...

Apapun, saya harap semuanya berjalan lancar sepanjang proses PRK berlangsung.

Paquin berkata...

Apapun, saya harap semuanya berjalan lancar sepanjang proses PRK berlangsung.