Isnin, 25 Oktober 2010

Dalang Kecoh ‘Usik’ Pentadbiran Negeri

SELANGOR KINI

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M.Manoharan menyifatkan tindakan pihak tertentu membuat kecoh menjelang dan semasa bazar Deepavali adalah sebagai ‘mengusik’ pentadbiran kerajaan negeri .

Beliau percaya kumpulan berkenaan didalangi oleh musuh Pakatan Rakyat (Pakatan).

Ini kerana kelompok minoriti serta individu yang sama sering sering kelihatan membuat kecoh pada setiap kali Deepavali.

“Kumpulan berkenaan merupakan kelompok yang tidak perlu dilayan kerana semua sedia maklum perangai mereka setiap kali diadakan Bazar Deepavali.

Kita juga tidak faham apa yang mereka ingin kerana MPK dilihat memberi yang terbaik namun masih belum dapat memuaskan hati mereka,” katanya.

Terdahulu, laporan sekumpulan peniaga tidak berpuas hati dengan perjalanan bazar Deepavali yang dikatakan berat sebelah disiarkan di salah sebuah akhbar tempatan.

Ronnie Liu

Sementara itu, Selangor Kini meminta pandangan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan juga Adun Pandamaran, Ronnie Liu mengenai isu ini.

Katanya, tidak perlu diperbesarkan isu tersebut kerana ia telah diselesaikan dengan cara adil seperti tahun lalu juga.

Jesteru, belia menggesa para peniaga di situ supaya lebih bertolak ansur dan mempunyai persefahaman sesama mereka agar kejadian tersebut tidak berulang kembali lagi.

“Secara tradisinya, keutamaan berniaga di bazar Deepavali diberi kepada peniaga-peniaga lama, kerana tapak yang disediakan adalah terhad dan sistem pengundian dibuat terhadap peniaga baru mendapatkan tapak mereka dilihat sebagai cara penyelasaian yang adil setakat ini,” katanya.

Tiada ulasan: