Isnin, 18 Oktober 2010

Calon Batu Sapi; PKR dalam dilema


pkr Oleh Micheal Kaung

SANDAKAN: Ketua Cabang PKR Batu Sapi Hasnar Ibrahim hari ini mempertikaikan cara Pakatan Rakyat (PR) memilih calon untuk pilihan raya kecil(PRK) Batu Sapi.

Menyifatkannya sebagai tidak mengikut cara yang betul dan menimbulkan pelbagai persoalan, beliau memberi amaran kepada pemimpin PR mengenai kesan serius jika mereka mahu menampilkan calon pilihan dan terus mengenepikan calon tempatan.

Beliau berkata, PKR Sabah minggu lalu mengadakan satu pertemuan tertutup untuk menentukan calon bagi kawasan Parlimen tersebut.

Selian dirinya sendiri, Hasnar mendakwa PKR Sabah mempunyai empat calon lain yang berada dalam senarai, selain diberikan mandat untuk menentukan calon sendiri bagi Batu Sapi.

Mereka adalah Ketua PKR Sabah Thamrin Jaini, Ketua Cabang Tuaran, Ansari Abdullah, Christina Liew (Kota Kinabalu) dan Kong Hong Ming (Tawau).

Bagaimanapun namanya dan Ansari dikatakan telah disingkirkan dan digantikan dengan penyandang Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Kalakau Untol.

Hasnar juga kecewa apabila tidak dimaklumkan daripada menghadiri mesyuarat Sekretariat PR Sabah pada tengahari semalam di Hotel Sandbay.

Berhenti layan kami seperti boneka

Beliau juga mendakwa Thmarin telah membatalkan perjumpaan mesyuarat seperti yang dijadualkan namun meneruskannya di tempat lain tanpa pengetahuannya.

Malah, beliau juga diberitahu mesyuarat tersebut kekurangan korum.

"Ini tidak betul dan kami terutamanya Cabang PKR Batu Sapi tidak mengalu-alukan Jeffrey dan Kalakau," katanya yang menyifatkan kedua-dua pemimpin itu mempunyai ‘fikiran tajam’ dan sukar dijangka.

Hasnar percaya namanya dan Ansari digugurkan daripada senarai asal calon Batu Sapi disebabkan percaturan yang menginginkan Thamrin dicalonkan mewakili parti itu.

"Saya mendapat maklumat terdapat seseorang dalam jawatankuasa yang mencalonkan Thamrin, namun ia bertentangan dengan kehendak ahli dan penyokong PKR Batu Sapi yang lain," katanya yang turut mendakwa ada beberapa nama calon yang lebih layak menjadi pilihan cabangnya.

Bekas tahanan ISA yang ada kaitan dengan pendedahan krisis kad pengenalan palsu rakyat Malaysia pada awal tahun 90-an itu turut mengingatkan pemimpin PR supaya menghormati janji untuk mengembalikan kuasa autonomi kepada pemimpin PR Sabah untuk menentukan isu tempatan.

"Berhenti melayan kami seperti boneka," tegas beliau.

Beliau juga menggesa pemimpin PKR Pusat agar berhati-hati terhadap pemimpin yang menjadi ‘gunting dalam lipatan’ parti itu.

18 ulasan:

samm berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
samm berkata...

apa yang sedang berlaku dalam PKR ini adalah tidak baik untuk parti itu sendiri. malah sekarang ini PAS juga mendesak untuk bertanding mewakili PR di Batu Sapi.

Tanpa Nama berkata...

PKR ni tak habis2 dgn kemelut mereka, jika begini bagaimana mereka nk mendapat sokongan rakyat.

nurfatihah berkata...

Sebaiknya calon tempatan adalah yang terbaik. Seperti juga dengan apa yang dipinta oleh rakyat Kunak sebelum ini.

nurfatihah berkata...

Walaubagaimanapun, aspek kepimpinan juga perlu dititikberatkan. Namun melihat kepada situasi di atas, masih menunjukkan parti tidak matang untuk memimpin. Masih tidak bersikap profesional.

Anak Sabah berkata...

Yang penting adalah memilih calon yang terbaik berdasarkan kebolehan.

Anak Sabah berkata...

Dilema PKR berpunca daripada perebutan kerusi antara parti komponen yang lain.

evan medhousky berkata...

kita boleh lihat sendiri, PKR tidak habis2 dengan isu2 yang melibatkan masalah dalaman parti mereka. tidak mustahil mereka akan mengulangi kekecohan yang sama seperti sebelum ini.

evan medhousky berkata...

ada baiknya PKR teruskan konflik itu supaya dapat memberi ruang kepada parti lain untuk membuat persiapan dan bersaing.

Hamdan Hadillah berkata...

Utamakan orang tempatan kerana meeka lebih faham dengan rakyat. Inilah PR sudah bergabung bermacam-macam telah berlaku. Ketua cabang digugurkan nama bagi senarai calon PR oleh PKR. Jadi apa ahli PKR rasa sekarang, baru tahu macammana PR memimpin. Ansari pun ikut serta digugurkan namanya.

Hosie Masie berkata...

Alangkah bagus jikalau PR terus dengan konflik, tunjukkan bahawa PR tidak layak untuk memimpin. Hanya mahu 1 jawatan Batu Sapi pelbagai masalah telah timbul bagi PR.

madd berkata...

konflik yang berlaku dalam PKR ini hanya memberikan kesan buruk kepada parti itu.

Tanpa Nama berkata...

PKR perlu tingkatkan kepimpinan mereka, kepimpinan yan tidak telus inilah punca kepada kekecohan dalam parti.

Paquin berkata...

Ya jieah. Bukan saja tidak baik malah akan timbulkan pandangan -ve bahawa PKR ni tak sistematik... huhu

Paquin berkata...

Ya ba kan ferlo. Macam mana juga rakyat nak sokong kalau dorang sendiri tak menyokong antara satu sama lain.

Paquin berkata...

Tapi kalau boleh utamkanlah calon tempatan yang benar2 layak utk bertanding.

Paquin berkata...

Menang atau tak tu, terpulanglah pada pengundi kerana saya yakin pengundi tahu apa yang terbaik utk mereka.

Paquin berkata...

Apapun all the best kepada calon2 yang bakal bertanding.