Jumaat, 22 Oktober 2010

BN Sabah Bersedia Bersemuka Dengan Calon Lawan

BERNAMA

SANDAKAN: Barisan Nasional (BN) Sabah yakin dengan persediaan dan gerak kerja semua parti komponen BN negeri dalam menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi pada 4 November ini.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata jentera BN sudah beroperasi dan bersedia untuk bertembung secara bersemuka dengan pencabar dari parti lawan.

"Apa yang penting sekarang adalah kerjasama semua pihak dan memastikan bahawa sesiapa sahaja yang terpilih sebagai calon BN akan mencapai kemenangan bagi memberi khidmat kepada rakyat," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, Jumaat.

Musa merupakan pengarah operasi BN bagi pilihan raya kecil itu.

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, dari BN, dalam satu kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 26 Oktober ini sebagai hari penamaan calon dan 4 November ini sebagai hari pengundian jika ada sebarang pertandingan.

BN dijangka mengumumkan calonnya di sini pada Ahad ini.

Pada Khamis, Parti Maju Sabah (SAPP) telah menyatakan hasrat untuk mengumumkan calonnya, Sabtu walaupun diminta tidak berbuat demikian oleh Parti Keadilan Rakyat(PKR) bagi memastikan pertemuan satu lawan satu antara pakatan pembangkang dan BN.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BN mungkin lebih berpeluang untuk menang di Batu Sapi. namun usaha dan persiapan rapi perlu dilakukan bagi memastikan calon BN memenangi PRK kali ini.

Tanpa Nama berkata...

BN perlu membuat persediaan rapi untuk menghadapi piliharaya Batu Sapi.

evan medhousky berkata...

tidak salah untuk yakin sebab itu sebahagian dari pencetus semangat supaya terus berusaha.. tapi jangan terlalu yakin sehingga lupa untuk berkerja..

evan medhousky berkata...

sebenarnya banyak kelebihan dipihak BN untuk terus mengekalkan kerusi Batu Sapi, tapi itu bukan jaminan untuk menang.. selain membuat persiapan, BN juga perlu berhati2 dengan isu2 yang dibawa oleh pihak pembangkang.

Leo berkata...

Kemungkinan besar BN akan menang kerana kedua-dua parti pembangkang tersebut tidak akan bersatu untuk bertanding.

Leo berkata...

Apapun, saya berharap calon yang terbaik akan dipilih.

nurfatihah berkata...

Jangan pandang rendah dengan orang Sabah..

mike berkata...

jentera BN sudah bergerak..berbanding dengan pihak pembangkang yang mana masih timbul keraguan akan kewajaran PKR mewakili PR dalam PRK batu sapi.

mike berkata...

peluang kemenangan kepada BN dilihat lebih cerah berbanding dengan calon lain lebih2 lagi dengan adanya SAPP dan PR..apa pun terpulang kepada pendekatan yang digunakan untuk mendapatkan sokongan dan undi rakyat.

mike berkata...

diharap PRK batu sapi akan berjalan dengan lancar..selamat berjaya kepada BN.