Isnin, 25 Oktober 2010

BN perlu siasat punca 'majlis Batu Sapi dipulau'

Joseph Sipalan

BN perlu mengenal-pasti mengapa sekumpulan penyokongnya memulaukan majlis parti itu ketika calon mereka - Datin Linda Tsen Thau Lin dikemukakan bagi bertanding di kerusi parlimen Batu Sapi pada pilihan raya kecil 4 November ini.

Naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sebarang rungutan akar umbi perlu ditangani tetapi pada masa yang sama cuba tidak memperbesarkan tindakan sekumpulan penyokong bumiputera yang meninggalkan majlis berkenaan.

“Kali terakhir, mendiang Edmund (Chong) berada di sana sebagai calon juga, tetapi kita mesti kenal-pasti apa sebab mereka berbuat demikian,” katanya hari ini di sebuah majlis Tabika Kemas di Kg Gas, Batu Sapi.

Pemulauan besar-besaran itu dilakukan ketika pengerusi BN Sabah yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman mengumumkan Tsen sebagai calon.

Sebelum kejadian itu, kira-kira 50 penyokong bumiputera melancarkan protes di tempat meletak kereta di sebuah hotel, pengumuman itu dibuat. Sambil membawa sepanduk dan kain rentang, mereka mendesak, calon bumiputera diketengahkan pada pilihan raya kecil berkenaan.

Shafie, yang juga adalah ahli parlimen Semporna dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, mengakui tidak mudah memuaskan hati semua pihak tetyapi pada masa yang sama agak luar biasa bagi mereka memprotes.

“Mungkin ada rungutan di kalangan akar umbi, ia perkara lazim dalam politik. Kita tidak akan dapat (sokongan) 100 peratus tetapi kita mesti selesaikannya.

“... Saya yakin kita ada sokongan. Konsep perkongsian kuasa BN telah diamalkan dengan baik di Sabah, tidak seharusnya ada masalah.”

Beliau juga melahirkan keyakinanya bahawa BN akan mengekalkan kerusi berkenaan.

Semalam, balu Datuk Edmund Chong Ket Wah yang berusia 54 tahun itu dinamakan sebagai calon BN. Beliau adalah timbalan ketua Wanita PBS Elopura.

Pilihan raya kecil itu, diadakan berikutan kematian Chong dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil ini akan diadakan Selasa ini dan pengundian pada 4 November.

Chong memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 3,708 undi, dengan menewaskan calon Bebas, Chung Ong Wing. Edward memperolehi 9,479 undi manakala Chung mendapat 5,771 undi.

Kerusi parlimen Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi yang terdiri daripada 24,047 biasa dan 1,535 undi pos - dengan 15,099 atau 59.02 peratus pengundi bumiputera-Muslim, 689 bukan bumiputera-Muslim (2.69 peratus), 9,737 Cina (38.06 peratus) dan 57 lain-lain kaum (0.22 peratus).

25 ulasan:

evan medhousky berkata...

yup, BN perlu mencari punca kenapa hal ini boleh berlaku. jangan sesekali menganggap rungutan dikalangan akar umbi sesuatu yang lazim. walau bilangannya sedikit tapi ianya mampu memberi kesan yang besar kepada parti.

evan medhousky berkata...

sebaik2nya cari penyelesaian kepada masalah itu dan jangan berpuashati dengan sokongan yang ramai sehingga mengabaikan kumpulan akar umbi yang masih tidak berpuashati.

Hosie Masie berkata...

Mungkin mereka mengharap boss mereka menjadi calon. Itu kita tidak tahu siapa. Oleh kerana calon adalah wanita iaitu Datuk Linda Tsen dan tidak dijangka sama sekali maka mereka kecewa dan tidak berpuas hati. Apa pun seharusnya mereka meyokong tidak kira siapa pun calon yang BN kemukakan untuk bertanding.

Tanpa Nama berkata...

BN kena mengenal pasti punca hal ini dan selesaikan agar ia tidak berulang lagi.

Unknown berkata...

Betul itu, cara kenapa perkara ini boleh berlaku. Ini akan menyebabkan kelemahan pada parti itu sendiri jika satu perkara tidak diingini berlaku. Cari penyelesaian berhubung masala dipulaukan ini.

Sanih Alias berkata...

Perlu siasat majlis yang berlangsung di Batu Sapi dipulaukan...Memang kita tidak meyangka perkara ini berlaku. Inilah politik, bukan senang mahu menawan hati rakyat, mengikut kemahuan mereka. Kita tidak tahu apa yang mereka mahukan sebenarnya. Jadi sebagai penyokong BN tidak kira siapa pun yang dicalonkan pastikan terima seadanya. Calon lain tapi parti tetap BN.

Leo berkata...

Siasatan harus dibuat untuk mengetahui punca sekumpulan penyokong memulaukan majlis parti itu. Adakah kerana mereka tidak puas hati dengan calon yang dipilih oleh BN?

Leo berkata...

Tidak dinafikan bahawa ia tidak mudah untuk memuaskan hati semua pihak tetapi BN kenalah berusaha mengambil hati mereka.

madd berkata...

memang sukar untuk memuaskan hati semua pihak. sebaiknya penyelesaian dicari berhubung pekara ini. sebaiknya jika semua pihak menyokong calon yang dikemukakan, yang penting calon tersebut boleh berkhidmat dengan baik.

Unknown berkata...

Mungkin sebilangan kecil penunjuk perasaan tersebut diupah..mana kita tahu kan? Dekat2 masa pilihan raya ini macam2 boleh berlaku.

Anak Sabah berkata...

BN ada alasan sendiri memilih Datin Linda Sen sebagai calon.

Antanum berkata...

Siapa pun calon yang bertanding, rakyat di batu sapi lebih mengetahui siap yang benar2 layak.

Unknown berkata...

Jangan anggap kekecohan kecil sebegini akan mengugat kekuatan yang telah terbina sekian lama. Kuatkan jentera untuk memenangi pilihanraya kecil ini.

Tanpa Nama berkata...

ada pihak yagn tidak berpuas hati dgn pemilihan Linda Tsen sebagai calon dalam PRK Batu sapi. hal ini perlu diselsaikan agar ia tidak menjadi duri dalam daging BN dalam piliharaya ini.

azman berkata...

pekara tersebut perlu diambil perhatian. apa pun rakyat perlulah menyokong calon yang mampu dan sedia untuk berkhidmat kepada mereka.

evan medhousky berkata...

jika benar ada yang tidak berpuashati terhadap pencalonan Datin Linda, semuanya akan terbukti selepas 4 Nov. kita tunggu dan lihat sejauh mana rakyat sabah khususnya Batu Sapi memutuskan pilihan mereka berdasarkan kaum. bagi saya bukan kaum menjadi ukuran, tetapi prestasi dan kemampuan beliau membawa penduduk Batu sapi kearah yang lebih baik.

Paquin berkata...

memang betul, pimpinan BN harus cari sebab kenapa hal ni berlaku.. Mana tau sabotaj...

Paquin berkata...

Tetapi sekarang ni BN kena tumpukan perhatian utk kembalikan keyakina rakyat supaya para pengundi mengundi calon BN.

Paquin berkata...

Walaupun ada ketegangan yang timbul, saya yakin para pengundi cukup matang membuat pilihan...

Paquin berkata...

Jadi kita tunggu & lihat saja apa yang bakal berlaku nanti.

Paquin berkata...

Semoga Datin Linda dapat melakukan yang terbaik. All the best.

mike berkata...

BN mengamalkan konsep perkongsian kuasa..oleh itu, datin linda sebagai calon Bn pada PRK bt. sapi seharusnya diterima dan disokong oleh ahli2 akar umbi..mungkin dirasakan oleh satu pihak bahawa calon bumiputera harus dipilih namun keputusan pucuk pimpinan ada rasional dan alasannya mengekalkan calon berbangsa Cina seperti mana sebelumnya.

mike berkata...

kejadian yang berlaku itu tidak mengambarkan kedudukan dan senario politik dalam BN..ini mungkin disebabkan oleh segelintir ahli yang mengharapkan keputusan yang berbeza dari apa yang telah diputuskan..sikap atau budaya "kelompok" seperti ini harus ditangani agar tidak menjadi parah pada masa akan datang.

mike berkata...

kumpulan tersebut harus menyelesaikan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan pucuk pimpinan dalam parti kerana perkara ini adalah urusan dalaman parti..tidak seharusnya perkara ini diperbesarkan kerana tentu sekali akan ada pihak yang mengambil kesempatan..kepentingan parti harus diutamakan berbanding kepentingan peribadi.

mike berkata...

diharapkan punca berlaku perkara ini dikenal pasti dan seterusnya diselesaikan demi kepentingan parti..