Isnin, 11 Oktober 2010

BN Batu Sapi tingkat persiapan hadapi pilihan raya kecil

THE MALAYSIAN INSIDER

SANDAKAN — Barisan Nasional (BN) Batu Sapi akan meningkatkan persiapan menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, yang akan diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam nahas jalan raya semalam.

Pengerusinya Datuk Samsudin Yahya berkata semua parti komponen BN di kawasan Parlimen itu sudah mengenal pasti kempen yang sesuai untuk mendekati pengundi dan ia akan diperkemaskan lagi.

“Kami yakin tiada masalah untuk mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi kerana ia merupakan kubu kuat BN,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian di Kota Kinabalu semalam, Edmund yang juga Bendahari Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) meninggal dunia selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam nahas jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Coastal, Tanjung Aru.

Samsudin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong yakin pucuk pimpinan BN akan meletakkan calon yang berjiwa rakyat dan mampu menyambung tugas Edmund untuk berkhidmat kepada rakyat di Parlimen Batu Sapi.

Mengenai kematian Edmund, Samsudin menyifatkan BN Batu Sapi kehilangan seorang pemimpin yang baik dan berjiwa rakyat.

“Saya kehilangan seorang rakan khususnya dalam perjuangan BN di Batu Sapi. Beliau merupakan seorang Anggota Parlimen yang bekerja kuat untuk parti dan prihatin dengan kebajikan rakyat,” katanya.

Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Edmund dan berharap isteri serta anak-anaknya bersabar menghadapi dugaan itu.

Parlimen Batu Sapi mempunyai dua DUN iaitu Sekong diwakili Samsudin dari Umno dan DUN Karamunting diwakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Peter Pang En Yin yang kini wakil rakyat Bebas menyokong BN selepas keluar dari Parti Liberal Demokratik pada bulan lepas. — Bernama

15 ulasan:

zam berkata...

takziah kepada keluarga Datuk Edmund Chong Ket Wah..

kepada BN dan PR bersainglah dengan sihat dalam pilihan raya nanti..

Hamdan Hadillah berkata...

Semoga bersaing dengan cara yang baik dan bersih untuk meyandang kerusi Batu Sapi Sandakan.

mandau berkata...

mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah adalah pemimoin yang berjiwa rlkyat. semoga rohnya akan diberkati. BN kena pastikan mereka benar2 bersedia untuk PRK Batu sapi.

Hosie Masie berkata...

Tidak kira siapa yang bertanding dalam piliharaya kecil batu sapi yang penting sekali bertanding untuk kepentingan rakyat dan bukan kerana nama.

Tanpa Nama berkata...

benar, BN tidak menghadapi masalah di Batu Sapi tapi masih perlu berkerja keras dan jangan terlalu yakin untuk menang..

takziah kepada keluarga Datuk Edmund Chong Ket Wah..

Anak Sabah berkata...

Takziah diucapkan kepada keluarga Datuk Edmund Chong.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan pilihan raya kecil ini berjalan lancar.

Hosie Masie berkata...

Semoga PRK ini berjalan dengan lancar. Semua parti haruslah membuat persediaan untuk ketibaan PRK Batu Sapi ini.

Tanpa Nama berkata...

walaupun kawasan Batu Sapi sebelum ini kawasan BN. namun, BN tidak boleh leka, kena benar2 bersedia menghadapi pilihan raya ini. PRK ini mungkin berlangsung dgn sengit.

joey berkata...

rakyat kena memilih pemimpin yang terbaik untuk mewakili mereka. buatlah penilaian sebaiknya pemimpin mana yang patut dipilih.

mike berkata...

Bn perlu mengatur strategi pilihanraya yang boleh memenangi hati rakyat..walaupun Batu Sapi merupakan antara kubu kuat BN namun jika bersikap sambil lewa, tidak mustahil BN akan kehilangan kerusi parlimen ini.

mike berkata...

calon yang akan dipilih oleh BN biarlah seorang yang benar2 bertanggungjawab serta mempunyai latar belakang politik yang baik agar tidak akan menimbulkan keraguan di kalangan pengundi nanti.

mike berkata...

BN perlulah bersedia dengan apa jua strategi yang akan digunakan oleh pihak pembangkang..pembangkang akan menggunakan apa jua isu yang belum diselesaikan sebagai cara untuk mereka mendapatkan sokongan pengundi.

mike berkata...

apa pun selamat maju jaya kepada Bn pada PRK Batu Sapi kelak.

mike berkata...

diharapkan PRK itu nanti akan berjalan lancar..pengundi haruslah menunaikan tanggungjawab mereka dan bijak memilih wakil mereka nanti.