Isnin, 25 Oktober 2010

Bilik Gerakan Utama KEADILAN Mula Beroperasi

Oleh Dzulkarnain Taib

IMG_3349SANDAKAN t - Bilik Gerakan Utama (BGU) Parti Keadilan Rakyat Cabang Batu Sapi sudah bersedia mengalas tanggungjawab menjadi nadi pengerak jentera pilihan raya kecil kawasan parlimen P185 dengan segala persiapan dan tenaga kerja semua peringkat parti siap siaga berdepan dengan hari penamaan calon esok.

Pengarah BGU Zainuddin Hassan berkata pusat yang juga menjadi pejabat tetap KEADILAN Cabang Batu Sapi di Ramai-Ramai telah diubah suai untuk menyesuaikan dengan kegunaan bagi tujuan PRK.

"Kita baru saja membeli pejabat ini dan telah membuat renovasi dengan memasang pendingin hawa dan pendawaian baru. Kemudahan peralatan pejabat dan internet tanpa wayar pun disediakan bagi memudahkan komunikasi dan penghantaran maklumat," jelas Zainuddin.

Beliau berkata aspek keselamatan juga diberi keutamaan terutamanya memastikan kebajikan dan maklumat tidak terlepas kepada pihak lawan.

"Kita juga menyediakan makanan dan minuman bagi petugas KEADILAN yang berjumlah kira-kira 100 orang yang akan melakukan pelbagai gerakIMG_3352 kerja seperti penginputan dan pemeriksaan daftar pengundi. Malah belum penamaan calon sudah ramai pengundi Batu Sapi yang mula datang untuk menyemak nama mereka dalam daftar pengundi," ujar beliau.

Semalam Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Ketua Cabang Tuaran, Ansari Abdullah sebagai calon Pakatan Rakyat dalam PRK Batu Sapi 4 November depan.

Barisan Nasional meletakkan balu mendiang Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin sebagai calonnya manakala Parti Maju Sabah (Sapp) mempertaruhkan presidennya, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.

Tiada ulasan: