Isnin, 18 Oktober 2010

BENARKAH PENYELUDUP & MAFIA PEGAWAI ATASAN?


Oleh: KREW D7 SABAHKINI.NET

PENDUDUK Wilayah Persekutuan Labuan amat kecewa kerana Pengarah Kastam Sabah seringkali mendakwa di akhbar bahawa setiap kali ada tangkapan penyeludupan rokok dan minuman keras, semua berita yang disiarkan melaporkan bahawa semua barang rampasan adalah diseludup masuk daripada Labuan.

Ramai penduduk Labuan telah menghantar email dan sma kepada Sabahkini.net untuk bertanyakan isu yang amat sensitif ini kerana melibatkan mencabar ketelusan pihak berkuasa.

“Terlebih dahulu kami ingin bertanya Pengarah Kastam Sabah, siapa yang benarkan rokok, minuman keras dan barang bercukai lain masuk ‘Bonded Warehouse’ di Kota Kkinabalu dan Sandakan?,” ujar seorang responden yang menamakan dirinya sebagai Mr Cobra.

Manakala seorang responden bernama Razali pula mempersoalkan siapa sebenar yang bersubahat atau menerima habuan bulanan daripada sebuah syarikat agen Carlsberg yang dimiliki seorang wanita bernama Kelly (Utusan Trading) dan salah seorang penyeludup terbesar bernama Mr Ling @ ‘Gemuk’?

Sehubungan itu, Krew D7 Sabahkini.net telah menjalankan siasatan di pulau Labuan yang diberi taraf bebas cukai oleh kerajaan kerana ia adalah sebuah pulau dan senario sebenarnya tidak dapat dinafikan iaitu tiada seorangpun yang menyeludup keluar rokok atau minuman keras daripada Labuan.

Namun amat menghairankan bagaimana semua barang bercukai seperti rokok dan minuman keras (‘Brew For Export’ Dari Singapura) di Sabah boleh masuk ke dalam ‘Bonded Warehouse’ dan ditarik keluar kontena tanpa membayar cukai.

Anehnya hanya dua pegawai kastam yang menandatangani dokumen dan kemudian taukeh membuat deklarasi menggunakan manifest Kastam ke Filipina atau Indonesia? Siapa Mastermind?

Kenapa mahu seludup ratusan karton rokok dengan perahu daripada Labuan? Lebih baik masuk terus pintu depan ke ‘Bonded Warehouse’ di Kota Kinabalu dan Sandakan kemudian ‘declare export’ dan tarik keluar kontena pada waktu malam.

Siasatan Krew D7 Sabahkini.net mendapat Draft Beer seperti Calsberg dan Tiger yang dijual di Kelab Malam atau Karaoke di Sabah kesemuanya tidak membayar cukai.

Krew D7 Sabahkini.net juga ingin bertanya kepada Dato’ Hj.Mohamad Khalid bin Hj Yussof yang baru dinaikan pangkat sebagai Ketua Pengarah Kastam; kenapakah beliau membazir wang rakyat menghantar semua pegawai pencegah daripada setiap daerah ke Labuan menjalankan operasi sebelum hari raya sehingga sekarang?

Siapakah sebenarnya yang bersubahat, mendalangi atau menjadi ‘Rakan Kongsi’ penyeludup terbesar di Bintulu dan Kuching semasa Dato’ memegang jawatan Pengarah Pencegahan? Tanya diri siapakah manusia itu?

Ribuan kontena rokok, minuman keras, sayap ayam dan barangan bercukai lain belayar selama sebulan daripada Singapura dengan menggunakan kapal besar memasuki Bintulu Port dan juga ada yang berlabuh di luar perairan antarabangsa.

Mereka kemudiannya menggunakan kapal kecil untuk membawa masuk kontena ke tepi laut jika ada lampu merah; tetapi siapa yang membocorkan maklumat?

Kesemua pegawai pencegah dari Sarawak dan Sabah kini berada di Labuan menjaga di pintu terminal feri, airport dan tepi laut hanya semata-mata diperbodohkan oleh Pengarahnya sehingga sindiket penyeludup terbesar di Sarawak dan Sabah tiada yang kawal lagi.

Dengan itu, maka mudahlah kroni atau rakan kongsi mereka masuk tanpa dikacau oleh pegawai pencegahan daerah masing-masing. Jabatan Kastam kini memperkecil peranan orang awam dan media alternatif seperti Sabahkini.net yang sentiasa memantau kegiatan mereka.

Manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah kelihatan seperti sebuah Jabatan Parol atau Kebajikan yang memberi pengampunan serta tidak mengambil sebarang tindakan terhadap para pegawai kanan kerajaan yang rasuah.

Mungkin BN akan kehilangan kerusi Parlimen Labuan sekiranya SPRM dan pihak berkuasa tidak menangani isu ini secara professional kerana rakyat Labuan amat menyayangi BN tetapi disebabkan pegawai kanan kerajaan mengamalkan rasuah dan SPRM hanya berminat untuk menangkap ikan bilis dan melepaskan jerung yang semakin bermaharaja lela.

Krew D7 Sabahkini.net sedang memantau kegiatan haram ini demi cintakan kedaulatan Malaysia sekalipun nyawa mereka terancam kerana sering diugut polis yang rasuah dan rangkaian Mafia yang tergugat oleh laporan Sabahkini.net.

Sewajarnya Ketua Polis Negara menukarkan Ketua Polis Daerah Labuan yang sudah agak lama berkhidmat dengan pegawai kanan baru yang lebih bertanggung jawab; terutama untuk membuktikan sama ada laporan Sabahkini.net omongan kosong atau polis yang membohongi D7 Bukit Aman yang seringkali gagal dalam operasi mereka.

25 ulasan:

tombolo berkata...

kegiatan penyeludupan bukan sahaja berlaku di Sabah dan labuaun , tetapi juga ditempat lain, kegiatan ini perlu dibendung.

azman berkata...

tidak pasti sama ada yang dinyatakan ini benar atau tidak. sebaiknya pekara ini disiasat.

langsat berkata...

Memang sukar untuk menghalang kegiatan penyeludupan seperti rokok dan minuman keras.

langsat berkata...

Pasti ada dalang yang melakukan kegiatan ini. Sebab bagaimana boleh berlakunya penyeludupan.

langsat berkata...

Jika benar kenyataan ini, ia amat memalukan kepada pihak berkuasa. Perkara ini sepatutnya disiasat terlebih dahulu.

langsat berkata...

Sukar untuk dipercayai penyeludupan rokok dan minuman keras boleh berlaku walaupun ada pemeriksaan dari pihak berkuasa.

amy berkata...

Susah untuk dipastikan, tetapi merekalah pintu masuk negara. Jadi bagaimana pengeksportan haram boleh berlaku dengan senang jika tiada orang dalaman?

Tanpa Nama berkata...

sebaiknya hal ini disiasat, jgn biarkan kegiatan penyeludupan berleluasa.

evan medhousky berkata...

sebelum ini ada pihak di jabatan imigresen yang menjadi orang dalam yang membenarkan kemasukan PATI ke negara ini, kini kastam pula menyebabkan kemasukan barang seludup. perkara ini memang wajar diambil perhatian dan tindakan tegas wajar dikenakan.

Sanih Alias berkata...

Inilah yang susah di Negara kita ini sekiranyan ketua di jaga oleh jerug besar. Bermacam-macam boleh berlaku. Kita tidak pasti saiap jerung besar tapi jika boleh SPRM jalankanlah tugas menangkap ikan besar bukan ikan bilis.

Paquin berkata...

Samada hal ni benar atau yang pasti kegiatan penyeludupan harus dihentikan.

Paquin berkata...

Perkara ni hendaklah disiasat dan diperjelaskan supaya takda pihak yang salah faham.

Paquin berkata...

Kadang kala terfikir juga krew sabahkini ni mmg advance... kalah pihak berkuasa ba. hehehe

Paquin berkata...

Jika dakwaan ini teryata benar, alahai ia amat memalukan dan tak sepatutnya berlaku. huhuu

Paquin berkata...

Tetapi selagi belum disiasat, sebagai pemerhati luar kita janganlah terus membuat kesimpulan sebelum mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak.

Anak Sabah berkata...

Inilah apa yang terjadi kepada Labuan setelah diserahkan kepada kerajaan pusat.

Anak Sabah berkata...

Penduduk Labuan tidak pernah hidup senang setelah diserahkan oleh Harris Salleh kepada kerajaan pusat.

kb girl berkata...

Banyak restoran-restoran serta kedai minum seluruh Sabah menawarkan beer dalam tin yang dijual dengan harga RM 11/ 4 tin, adakah ini beer seludup?
Begitu mudah rakyat umum dapat membeli beer ini hairan pihak berkuasa tidak mampu mengesan.

Unknown berkata...

Cukai yang terlalu tinggi dikenakan terhadap rokok dan minuman beralkohol mewujudkan satu ruang keuntungan besar menarik ramai orang yang ingin mendapat keuntungan cepat.

mike berkata...

jerung besar yang harus menjadi fokus SPRM agar tidak berulang perkara ini..ikan2 bilis itu hanya sebagai alat untuk mengelakkan dihidu oleh SPRM.

mike berkata...

isu ini harus disiasat dan diperangi habis-habisan kerana merugikan kerajaan jutaan ringgit..

Unknown berkata...

Adakah hukuman terhadap penyeludup stimpa dengan keuntungan yang mereka dapat dalam kegiatan haram itu?

Unknown berkata...

Sehari gejala rasuah tidak dihapuskan, kegiatan haram ini tetap wujud.

captain berkata...

Penuduhan in perlu disiasat. Desa-desus kadang-kala tidak berasas.

Unknown berkata...

Mungkin ada segelintir pagawai yang bersubahat dengan sindeket-sindeket jenayah ini.