Rabu, 27 Oktober 2010

Belum Habis Berkabung, BN Sudah Buat Pesta Dangdut

Oleh Dzulkarnain Taib

WawiBatuSapiSANDAKAN - Belum habis waktu berkabung mengingati kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, mendiang Datuk Edmund Chong dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Barisan Nasional sudah pun menganjurkan pesta dangdut di kawasan parlimen tersebut dakwa calon Pakatan Rakyat, Ansari Abdullah.

Beliau berkata nampaknya BN lebih mementingkan hiburan daripada menghormati pemimpin mereka yang baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

"Semalam saya lewat, orang Sabah bilang 'limpas' pesta rakyat di mana Tan Sri Muhyiddin berada di sana, saya nampak penari dangdut menari bergelek di atas pentas.

"Sepatutnya pemimpin-pemimpin BN berkabung kerana wakil mereka baru sahaja meninggal dunia tapi mereka berpesta semalam bawa penyanyi menari atas pentas.

"Saya tak tahu lah samada hiburan untuk pemimpin atau hiburan untuk rakyat tetapi tidak ada apa yang boleh menghiburkan rakyat Sandakan, rakyat Batu Sapi sehingga nasib dan badan mereka dibela," kritik Ansari pada sidang media selepas pengumuman calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di Dewan Masyarakat Sandakan pagi semalam.

Ansari, 54, membidas kegagalan kerajaan memperjuangkan kebajikan rakyat Batu Sapi khususnya sejak 47 memerintah.

"Seperti semua sedia maklum pengundi Batu Sapi terdiri daripada 60 peratus Bumiputera-Muslim. Mereka adalah masyarakat terpinggir di tengah-tengah kota Sandakan.

"Saudara-sauadara boleh tengok sendiri keadaan yang dhaif di mana mereka tinggal, yang kedua kemudahan asas telah gagal diberikan dengan memuaskan oleh kerajaan Barisan Nasional selepas 47 tahun.

"Sandakan sehingga kini masih sering kali mengalami gangguan bekalan elektrik, gangguan bekalan air dan yang paling penting masalah keselamatan," jelas beliau.

Sambil merujuk kepada beberapa kawasan di dalam parlimen Batu Sapi, kerajaan BN katanya telah mengabaikan penyelenggaraan kemudahan rakyat sehingga terjejas sosio-ekonomi di kawasan tersebut.

"Kita tengok sebahagian daripada Bandar Ramai-Ramai ditinggalkan oleh pemilik asal kerana mereka merasa tidak terjamin dan majlis berkuasa tempatan juga tidak kemudahan-kemudahan yang ada seperti jalanraya, lampu dan sebagainya, dengan itu pembangunan sudah beralih ke Batu 4, Batu 7.

"Kawasan Tanah Merah sehingga Karamunting menjadi 'slum area' atau kawasan setinggan dan saya rasa prasarana yang paling teruk di Malaysia. Mereka ini tidak terbela selama 47 tahun yang diwakili oleh Barisan Nasional yang mana mungkin boleh mengkritik pemerintahan Barisan Nasional," ujar Ansari lagi.

WawiBatuSapi2Kata Ansari pilihan raya kecil Batu Sapi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih wakil Pakatan Rakyat yang mampu membawa masalah dan suara hati masyarakat kepada di Parlimen.

"Pertandingan ini bukan antara calon, pertandingan ini antara kerajaan Barisan Nasional yang gagal membela rakyat dan pembangkang yang akan membela rakyat. Samada kita menang atau tidak hanya Allah dan rakyat menentukan," kata beliau.

Ditanya mengenai Parti Maju Sabah (Sapp) yang dianggap sebagai 'penganggu' Ansari menjelaskan sekiranya parti itu menang ia tetap akan menjadi wakil Bebas yang tidak diketahui pendiriannya samada menyokong BN atau Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata PRK Batu sapi merupakan tanda permulaan arus perubahan di Sabah.

"Kita rasa peluang kemenangan ada, kita mahu kerusi ini diwakili oleh Pakatan Rakyat sebagai pembangkang bukannya Sapp, merekalah yang menjadi perosak pertandingan di sini.

18 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Masing-masing ada cara tersendiri untuk mempromosikan parti mereka.

Anak Sabah berkata...

Tapi diharapkan BN akan memikirkan mendiang Datuk Edmund yang baru-baru meningal dunia itu selepas ini.

mantra berkata...

ia hnya untuk menghiburkan rakyat sahaja. hal ini tk perlu nk jadi isu pun.

Hosie Masie berkata...

Kalau orang sabah selalu berkabung selama 1 minggu Ansari. tidak tahulah kalau tempat lain. Betulkah apa yang ansari nampak atau itu cuma isu semata-mata.

Hosie Masie berkata...

Kenapa ansari limpas saja atau ansari mahu buat sesuatu??tahu-tahu pula ansari, BN buat tari-tari. Tidak ada salahnya sekiranya untuk rakyatkan.

joey berkata...

setiap parti yang bertanding perlulah menunjukkan kemampuan masing-masing dan bukannya asyik mengkritik pesaing...

Hamdan Hadillah berkata...

Mungnkin keluarga beliau masih berkabung. Tapi BN biarkanlah mereka mereka berpesta untuk memberikan laluan kepada rakyat lebih mengenali pemimpin. Tidak ada salahnyakan.

Logop berkata...

Saya rasa perkara ini tidak perlulah dijadikan isu. Itu adalah cara BN berkempen. Saya pasti Datuk Edmund akan faham kenapa mereka berbuat sedemikian. Lagipun, dia pun pernah berkempen untuk meraih sokongan.

evan medhousky berkata...

sebelum rakyat terpedaya dengan kata2 pihak pembangkang, lihat dulu negeri2 jajahan PR. mereka hanya tahu mengambil kesempatan disebalik kesempitan.. jika mereka berjaya pun, mereka hanya mampu menyuarakan masalah itu di Parlimen, tetapi yang boleh membawa pembangunan dan membawa Batu sapi kearah yang lebih baik adalah parti pemerintah.

evan medhousky berkata...

berdasarkan laporan2 media setakat ini, SAPP lebih menonjol dan popular berbanding dengan PKR. jadi tidak perlu menuduh parti itu kononnya perosak atau penggangu... dalam kegairahan parti pembangkang membangkang antara satu sama lain, BN terus berada dihadapan dengan selesa.

lisa berkata...

Instead of talking about BN, it's better for PKR to focus on getting supports from the people. The last time i check, SAPP and BN is leading.

zam berkata...

adalah lebih baik jika PKR berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat dan bukannya asyik bercerita tentang parti lawan.

kb girl berkata...

Pesta dangdut dalam kempen menarik pengundi?
Dangdut bukan budaya atau tarian tempatan, ia berasal dari Indonesia, jika dangdut dipersembahkan dalam kempen pilihanraya, siapa yang jadi sasar? Warga Indonesia?

Unknown berkata...

Apa-apa pun boleh dijadikan isu untuk mengkritik pihak lawan.

Unknown berkata...

Cukup kenangan diberi semasa upacara pengkebumian, kita perlu maju kedepan.

Unknown berkata...

Pesta dangdut ini untuk siapa? Sejak bila orang Sabah mula berminat dengan dangdut?

captain berkata...

Haruskah pekara ini dijadikan isu?
Kita simpati dengan kejadian yang menimpa mendiang MP tetapi berapa lamakah harus kita dalam keadaan itu?

Unknown berkata...

Berapa lama harus berkabung? Lebih baik semua rancangan hiburan dalam tv dan radio juga dihentukan?