Isnin, 25 Oktober 2010

Bekas ahli Usno tinggal BN, isytihar sokong Pakatan

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) kini mengisytiharkan menyokong Pakatan Rakyat dan bersedia berkerjasama memenangkan calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden Penaja pertubuhan itu, Datu Badaruddin Tun Datu Hj Mustapha memberitahu, mereka beralih angin menyokong Pakatan Rakyat akibat kecewa dengan sikap kerajaan khususnya bahagian Pendaftar Pertubuhan (ROS) Malaysia yang menolak permohonan mereka untuk menubuhkan Kelab Usno Sabah.

"Jesteru kami telah membuat ketetapan pada mesyuarat AJK Penaja Ex-Usno kali ke 12 hari ini, 24 Oktober, selaras dengan kehendak bekas ahli Usno untuk mentransformasi Usno ke arah pembangkang, maka hari ini kami ingin ucapkan sayonara kepada Barisan Nasional," katanya.

Menurutnya, pelbagai usaha melalui rundingan telah dibuat sejak 2007 bagi merealisasikan hasrat 3000 ahli mereka untuk menubuhkan Usno dalam bentuk NGO, namun pendaftaran mereka ditolak oleh ROS.

"Kami telah berusaha menubuhkan Kelab Usno Sabah...kami telah temui Perdana Menteri, kami telah menemui Ketua Menteri Sabah bagi menerangkan hasrat kami yang tidak mengganggu kepentingan politik Umno di Sabah, bahkan memberikan sokongan terbuka kepada Barisan Nasional bagi mengelak syak wasangka, " ujarnya kecewa apabila segala usaha tersebut gagal.

Sehubungan itu katanya, mereka bersedia mengadakan kerjasama dengan Pakatan Rakyat berdepan Pilihan Raya Umum Ke-13 dan akan memberi kerjasama kepada wakil pakatan di Sabah untuk PRK Batu Sapi.

Beliau juga menggesa pihak-pihak tertentu yang berhasrat menubuhkan semula Usno sebagai parti politik agar membatalkan niat tersebut kerana yakin ianya akan gagal dan sia-sia.

Malah mereka menyeru pihak tersebut, rakyat Sabah termasuk bekas ahli Usno agar menyertai mereka berganding bahu dengan Pakatan Rakyat.

"Bagi maksud Pilihan Raya Kecil Batu Sapi 4 November, Ex-Usno Sabah menyeru supaya semua ahlinya, semua bekas Usno yang berada dalam Umno di kawasan berkenaan, mengubah haluan memberikan undi dan sokongan kepada calon pembangkang," katanya.

Usno ditubuhkan pada 23 Disember 196, diasaskan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun, Ketua Menteri ketiga Sabah dan berjaya memerintah negeri selepas memenangi pilihanraya negeri 1967.

Bagaimanapun, penguasaan Usno di Sabah hanya berjaya sehingga tahun 1976 apabila tewas kepada Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya).

Selepas kekalahan itu, Usno seringkali meneruskan hasrat untuk menyertai pilihanraya negeri sehingga tahun 1990, namun hanya memenangi beberapa buah kerusi, dan tidak cukup untuk membentuk kerajaan semula.

Usno kemudian dibubar setelah bergabung dengan Umno pada tahun 1991.

25 ulasan:

madd berkata...

ini lah politik...bila kecewa mereka akan mengubah pendirian dan menyokong yang lain..namun, rakyat pasti membuat pilihan yang tepat.

Tanpa Nama berkata...

dah keputusan mereka untuk menyertai pakatan Rakyat, BN kena terus berusaha untuk memenangi hati rakyat.

Anak Sabah berkata...

Tengoklah apa keputusan Pakatan. Mereka harus tahu apa yang baik dan buruk jika membawa masuk setiap parti dan calon.

Hamdan Hadillah berkata...

Tidak hairan dengan politik Sabah yang suka lompat-lompat. Kita kecewa dengan tindakkan Karim Ghani yang keluar kerana BN tidak menyelesaikan masalah rakyat.

Hamdan Hadillah berkata...

Kerajaan telah berusah untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh rakyat termasuk sabah dan sarawak. Tapi kenapa sebagai seorang ahli yang lama tidak menyuarakan semua masalah ini tapi bertindak dengan keluar parti. Itu pilihan Karim untuk menyertai PR.

Bujang Senang berkata...

Biarlah beliau mahu soKONG PR dalam PRK Batu Sapi ini. BN mesti menguatkan pertahanan untuk mengekalkan kerusi perlimen Batu Sapi ini. Kita percaya BN akan buat yang terbaik untuk semua.

evan medhousky berkata...

setelah bergabung dengan umno untuk sekian lama, kini mahu bergabung pula dengan PR.. jelas menunjukkan bahawa ahli2 usno ini tidak mempunyai pendirian tetap. mereka hanya bergabung ke mana2 parti yang difikirkan bakal membentuk kerajaan. kita tunggu dan lihat berjayakah mereka jika bergabung dengan PR.

evan medhousky berkata...

saya harap PKR/PR akan terus mengambil ahli2 BN supaya dimasa2 akan datang mereka2 ini akan menjadi punca kejatuhan PR. semua keretakan yang berlaku dalam PKR telah pun disaksikan oleh rakyat, dan semuanya berpunca dari ahli2 sendiri.

evan medhousky berkata...

diharapkan pengundi Batu Sapi tidak mudah terpedaya dengan janji2 mereka, kerana mereka sendiri tidak mampu menunaikan janji itu. untuk kebaikan penduduk Batu Sapi, pilihan mestilah berdasarkan prestasi dan kemampuan parti, bukan berdasarkan janji2 yang belum tentu boleh mereka tunaikan.

azman berkata...

itu pilihan mereka. yang penting rakyat jangan mudah terpengaruh dan perlu bijak menilai. BN perlu teruskan perjuangan untuk memberikan khidmat kepada rakyat.

Leo berkata...

Itu adalah keputusan meeka. Biarlah. Semoga mereka tidak akan lompat lagi selepas menyertai Pakatan Rakyat

Tanpa Nama berkata...

gejala lompat parti ni bukan perkara baru. ia takkan menjejaskan BN.

Unknown berkata...

Jangan buat silap lagi USNO, boleh?

Unknown berkata...

Kesian Datuk Karim, walaupun orang lama tapi suaranya tetap tidak didengari..

kb girl berkata...

Babak yang biasa ditayang setiap kali adanya pilihanraya atau pilihanraya kecil.

Unknown berkata...

Ahli politik yang sepi dan tidak mahu bersara.

Unknown berkata...

Beliau tidak lagi relaven dalam era politik masa kini.

Paquin berkata...

Politik juga la yang mampu buat kepala manusia paling pintar di bumi pening kepala. hahhahhaa

Paquin berkata...

Ya ali asgar.. Masa study dulu, ada kawan2 yang cakap di sabah ni popular dengan lompat parti.. huhu

Paquin berkata...

Tapi tak pa la.. Dah nak keluar apa lagi yang boleh dibuat.. cuma bagi saya pemimpin yang berjiwa rakyat akan terus berdiri teguh memperjuangkan nasib rakyat.

Paquin berkata...

Pandai2 lah rakyat nilai sendiri.. Saya no komen la kalau kes mcm ni. huhuhu

Paquin berkata...

Apapun, saya harap senario politik di Sabah akan lebih harmoni...

Unknown berkata...

Cerita sama saja berlaku jika terdapat pilihanraya. Kononya demi manfaat rakyat.
Haikatnya....?

captain berkata...

BN tidak perlu risau dengan tindakan berkenaan kerana tidak membawa apa-apa kesan.

Unknown berkata...

Berpuluh kes lompat parti berlaku di Sabah setiap tahun. Tiada apa yang perlu dihairankan.