Rabu, 20 Oktober 2010

Batu Sapi: PKR atau SAPP beri laluan?

BERNAMA


Pemimpin PKR dan Parti Maju Sabah (SAPP) akan berbincang di Kota Kinabalu esok bagi mencari kata sepakat mengenai calon untuk menentang BN dalam pilihan raya kecil kerusi parlimen Batu Sapi pada 4 November ini.

Pertemuan itu dipercayai diatur setelah penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilaporkan meminta SAPP supaya tidak bertanding bagi memberi laluan kepada calon PKR.

Ketika diminta mengulas pertemuan esok, timbalan presiden SAPP, Datuk Eric Majimbun, berkata majlis tertinggi parti itu telah membuat keputusan untuk bertanding di Batu Sapi dan keputusan itu tidak mungkin diubah.

"SAPP adalah parti tempatan. Jika kami tidak bertanding di Sabah, di manakah lagi kami dapat bertanding," katanya.

Bagaimanapun, katanya, SAPP sedia membincangkan kerjasama dengan PKR dalam menghadapi pilihan raya kecil itu.

"Lagipun, dalam politik apa saja boleh berlaku," katanya.

Kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Edmond Chong Ket Wah daripada BN akibat satu nahas jalan raya pada 9 Oktober lalu. Pada pilihan raya umum lalu, Chong yang juga bendahari Parti Bersatu Sabah, menewaskan calon Bebas, Chung Ong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi termasuk hampir 16,000 pengundi Bumiputera dan lebih 9,700 pengundi Cina.

Penamaan calon ialah pada 26 Oktober ini.


26 ulasan:

zam berkata...

PKR dan SAPP masing-masing ingin bertanding dalam PRK Batu Sapi. terpulanglah kepada SAPP dan PKR untuk membuat keputusan nanti.

Anak Sabah berkata...

Masih belum PRU-13, tapi pihak pembangkang sudah berperang antara satu sama yang lain.

Anak Sabah berkata...

Kita tengoklah bagaimana keputusannya nanti.

mantra berkata...

SAPP akan ikut bertanding, PKR tak boleh menghalangnya. SAPP ada hak untuk bertanding.

Hamdan Hadillah berkata...

SAPP mesti ikut bertanding. SAPP mahu maruah tercalar lagi?Jadi untuk menjaga nama SAPP jom bertanding di Batu Sapi.

Hosie Masie berkata...

Siapa yang harus beri laluan adakan PKR atau SAPP atau PAS??Lebih baik SAPP yang bertanding dan PAS gantikan PKR. BN tidak akan jatuh ketangan PKR jika PKR yang bertanding. Tapi apa pun BN tetap kuat ditempat tersebut.

evan medhousky berkata...

SAPP, jika kamu akur dengan desakan PKR, maknanya kamu sengaja meremehkan parti sendiri, sengaja merendah2kan dan menjatuhkan maruah parti sendiri dan akhir sekali rakyat akan melihat SAPP sebagai sebuah parti yang tidak mempunyai pendirian teguh.

evan medhousky berkata...

dimana lagi SAPP mahu bertanding kalau bukan di Sabah? sepatutnya PKR yang tarik diri kerana parti itu bukan berasal dari Sabah. SAPP yang lahir di Sabah wajar bertanding di Sabah, bukannya tunduk dengan parti luar dan sekadar akur dengan permintaan PKR.

kb girl berkata...

Petang ini kita akan tahu apa kesudahannya. PKR?? SAPP??

Unknown berkata...

Biar sahaja PKR, SAPP dan BN bertanding. Lebih meriah rasanya.

Unknown berkata...

"SAPP adalah parti tempatan. Jika kami tidak bertanding di Sabah, di manakah lagi kami dapat bertanding," katanya.

Jangan tamak PKR. Tolonglah. Mahu lawan satu dengan satu lakukan itu di Semenanjung Msia. Kalau masih x paham, susahlah. Saya kira calon PKR juga orang Sabah kan. Biarlah. Baru semua adil. Semua ada hak.

joey berkata...

tidak wajar PKR meminta SAPP tidak bertanding kerana SAPP adalah parti tempatan Sabah. apa pun BN lebih berpeluang menang kerana penyokong BN memang ramai di sana.

Unknown berkata...

SAPP harus diberi peluang untuk bertanding kerana mereka adalah parti tempatan.

Paquin berkata...

Mana2 sajalah, yang panting kamurang bahagia:P hehe

Paquin berkata...

Ya mai. Hal ni hanya boleh diselesaikan oleh Sapp & PKR saja.. Jadi biarlah dorang urus sendiri.

Paquin berkata...

Biasalah tu Jonny... Perang sesama sendiri utk dapatkan kuasa.. huhuu
Hairan oo kan:P

Paquin berkata...

kadang2 memeningkan juga lah lihat ragam parti2 politik ni. macam2 ada.. Sukar nak dijangka. huhu

Paquin berkata...

Semoga saja PRK BS berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Unknown berkata...

PKR tidak beri laluan, SAPP juga tidak beri laluan. Tapi dalam politik tiada yang tidak mungkin, belum sampai mas aterakhir belum lagi tahu apa yang akan berlaku.

Unknown berkata...

Selepas mesyarat petang semalam, tiada kata sepakat antara SAPP dan PR, tiada dari mereka yang akan beri laluan.

Unknown berkata...

Siapa yang mahu lepaskan peluang ini? PKR ingin PR ingin menambah MP mereka. SAPP pula mahu menambah modal rundingan jika mereka mempunyai MP yang lebih.

captain berkata...

Sah SAPP dan PKR akan hatar wakil. Tetapi belum sampai saat akhir belum tahu lagi apa akan berlaku.

Unknown berkata...

Kedua parti itu mengatakan tidak akan beri laluan sesama.
Mungkin satu sendiwara supaya BN terlalu yakin dengan peluang kemenangan dalam lawan tiga penjuru.
Salah satu parti akan menarik diri pada saat akhir nanti.

mike berkata...

Anwar makin rakus sampaikan parti tempatan SAPP juga dipaksa menurut kata beliau..

mike berkata...

sebagai parti tempatan, SAPP lebih berhak bertanding berbanding PR..oleh itu, SAPP harus tegas dengan pendiriannya untuk bertanding di PRK batu sapi.

mike berkata...

SAPP tidak harus memberi laluan kepada PKR..ikut saja bertanding..mungkin boleh menang..siapa tahu, dalam politik apa pun boleh berlaku..