Rabu, 13 Oktober 2010

Batu Sapi: PAS minat tetapi akur keputusan PR

Harakahdaily

TEMERLOH: PAS hari ini menyatakan minatnya untuk bertanding di pilihanraya kecil Batu Sapi di Sabah, namun parti akan akur pada keputusan hasil daripada permuafakatan mesyuarat Pakatan Rakyat yang akan diadakan hari ini.

“PAS akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk bertanding di Batu Sapi.

"Kita mempunyai jentera dan calon yang mampu menarik sokongan rakyat dan dengan nisbah pengundi 60 peratus Muslim, ianya bukan perkara mustahil bagi PAS memenangi kerusi tersebut,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) hari ini dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily.

Pilihan raya kecil Batu Sapi merupakan pilihanraya kecil yang ke-13 sejak 2008 ekoran kematian mengejut Ahli Parlimen Datuk Ir Edmund Chong Ket Wah akibat kemalangan jalan raya minggu lepas.

Dianggarkan terdapat 26,000 pengundi dengan pecahan pengundi Melayu 32%, Cina 38%, India 0.5%, Bumiputera Sabah 26%, Bumiputera Sarawak 0.5% dan lain-lain 2.6%.

Terdahulu, Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat, Fuziah Salleh dalam satu laporan The Malaysian Insider memberitahu bahawa kerusi Batu Sapi itu milik partinya walaupun gagal meletakkan sebarang calon pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu atas sebab-sebab tertentu.

Fuziah juga mengatakan bahawa Pakatan Rakyat telah mencapai persetujuan dahulu bahawa kerusi itu diperuntukan untuk PKR, dan oleh itu kali ini parti tersebut akan bersiap sedia untuk bertanding di Batu Sapi.

Namun begitu, Tuan Ibrahim berpendapat bahawa senario politik di Batu Sapi dan insiden pilihanraya ke 12 perlu diambil kira dalam meletakkan calon dalam pilihanraya kecil kali ini sebelum apa-apa keputusan dibuat.

“Walau bagaimanapun PAS akan akur kepada muafakat Pakatan Rakyat dalam mesyuarat yang akan diadakan Rabu ini,” kata Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Berdasarkan track record daripada siri pilihan raya yang lalu, PAS Batu Sapi yang diketuai Haji Hamzah Abdullah yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah telah sekian lama menjalankan pelbagai program kemasyarakatan terutama untuk masyarakat Islam.

Ini kerana kawasan Parlimen Batu Sapi mempunyai 60.14% pengundi Bumiputera Islam.

Maka, dengan itu PAS yang membawa imej Islam melalui aktiviti yang dilaksanakan bertepatan dengan situasi kehidupan rakyat mahupun pengundi di kawasan itu.

25 ulasan:

azman berkata...

mana-mana pihak yang bertanding, yang penting persaingan yang sihat diamalkan.

Unknown berkata...

saya kurang bersetuju jika undian yang PAS harapkan semata-mata atas agama kerana khuatir mereka akan cuba memecah belahkan perpaduan pelbagai agama dan bangsa di Sabah sebagaimana yang telah terjadi di Semenanjung Msia.

halimah berkata...

Agama tidak memecah belahkan perpaduan. Kerana semua agama adalah cintakan perdamian, perppaduan dan anti kezaliman. Tetapi, orang yang tidak berpegang kepada agama masing-masinglah yang sering membawa perpecahan dan persengketaan !

Antanum berkata...

Keutamaan adalah pada rakyat yang mana MP adalah bekerja untuk rakyat...

evan medhousky berkata...

jangan terlalu yakin walaupun nisbah pengundi muslim adalah sebanyak 60 peratus. dalam politik tidak ada istilah agama dalam meraih sokongan. yang penting pemimpin/parti itu mampu melaksanakan tuntutan rakyat dengan baik..

Anak Sabah berkata...

Dari mula lagi saya tidak bersetuju mencampur aduk agama dengan politik. Terpulanglah dengan keputusan PR.

Logop berkata...

haiz...kenapa mesti kaitkan agama dan kaum dalam pengudian. Sebaik-baiknya, semua parti terutamanya PAS harus berusaha mendapat sokongan rakyat tidak kira bangsa dan agama.

Logop berkata...

Apa-apapun, pastikan bersaing secara bersih dan adil!

Anak Sabah berkata...

Tap apa-apa pun, selamat berjuang Batu Sapi.

Unknown berkata...

Kita sendiri boleh nampak siapa yang akan rugi PAS atau PKR dengan semua ini. Mereka tidak dapat bertanding kerana memberikan keputusan dari PR. Saya rasa ahli-ahli PR ini macam dipermainkan oleh ketua PKR. Tapi apa pun PAS boleh fikirkan sendiri.

mantra berkata...

tak kisah PR nak letakkan calon PAS ataupu PKR, yng penting biarlah caoln tersebut benar2 sesuai. BN juga perlu memilh calon yg benar2 sesuai agar disukai rakyat.

Hosie Masie berkata...

PAS tidak ada peluang dalam semua ini. Sekiranya PKR yang ketua. Tengok sendiri memang tidak ada pluang untuk PAS bertanding kerana PR tidak yakin dengan kebolehan PAS. Memang nampak PAS ini tidak kuat di Sabah. Tidak kira siapa yang bertanding tapi yang penting utamakan kepentingan rakyat.

Hamdan Hadillah berkata...

Kita harap janganlah agama yang diperjuangkan dalam hal ini. Nanti bermacam-macam perkara yang akan timbul. Biar kita berjuang dengan sesuatu yang begitu meyakinkan penduduk. Semoga bertanding dengan keadaan aman dan tenteram.

Tanpa Nama berkata...

tidak apalah jika PAS tak ada peluang, tk perlu nak berebut dgn PKR bagi kerusi Batu Sapi.

mike berkata...

nampaknya kemungkinan PAS akan memainkan isu agama pada PRK batu sapi nanti..

mike berkata...

isu agama tidak harus dipolitikkan oleh mana2 parti politik semata-mata untuk meraih sokongan rakyat..

mike berkata...

rakyat haruslah bijak memilih wakil mereka..diharap PRK batu sapi nanti akan berjalan dengan lancar.

Unknown berkata...

Semua parti berhak mencalon wakil mereka yang paling sesuai.

captain berkata...

Banyak pihak yang berminat termasuk SAPP. Jika lawan tiga penjuru, sudah guranti BN akan menang.flumm

Unknown berkata...

Rakayt Sabah khususnya rakyat Batu Sapi, sudahkah kamu sedia menerima PAS?
Rasanya tidak.

Paquin berkata...

Siapa2 saja lah yang menang.. Ynag mentang layak saya tumpang gembira juga.

Paquin berkata...

Ya Johnson. Bertandinglah dengan cara bersih, pertaruhkan kelebihan masing2 dan jangan kaitkan dengan agama...

Paquin berkata...

Semuanya terpulang pada pengundi nanti. Saya harap para pengundi mengundi pemimpin yang benar2 layak dan berjiwa rakyat.

Paquin berkata...

Ya Jonny. Sama2 lah kita nantikan keputusan PR nanti.

Paquin berkata...

Semoga semuanya berjalan lancar dan tenteram. Pastikan keharmonian dikekalkan supaya semua pihak selesa dengan sebarang keputusan yang bakal berlaku.