Sabtu, 16 Oktober 2010

Batu Sapi : Laluan Pakatan Rakyat Lebih Sukar?

SABAH DAILY

Politik Sabah kembali menjadi tumpuan sejak ahli parlimen P185 Batu Sapi Datuk Edmund Chong Ket Wah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya baru-baru ini. Parlimen Batu Sapi yang terletak di pinggiran Bandar Sandakan, merupakan salah satu daripada tiga parlimen yang terletak dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Sandakan.

Berdasarkan Daftar Pemilih Induk 2008, pemilih Bumiputera Islam membentuk 60.14% manakala Bumiputera Bukan Islam 2.31%, cina 37.31 % dan lain-lain 0.31%

Jika pilihanraya berlaku, ianya akan menguji sejauh manakah rakyat menerima dan berpuashati dengan pemerintahan Barisan Nasional pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman setelah dua tahun pilihanraya umum 2008 berlangsung.

PKR : DUA KALI GAGAL MENJADI CALON

Disebalik keghairahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu meletak calon mereka di parlimen Batu Sapi pada pilihanraya kecil nanti, satu perkara yang mungkin tidak dapat dinafikan ialah parti tersebut sebenarnya gagal mengemukakan calon mereka sebanyak dua kali iaitu pada pilihanraya ke-11 tahun 2004 dan pilihanraya ke-12 tahun 2008.

Kegagalan calon PKR itu menyebabkan Datuk Edmund Chong dari PBS-BN menang tanpa bertanding pada tahun 2004 dan sekali lagi pada tahun 2008 Datuk Edmund Chong nyaris-nyaris menang tanpa bertanding gara-gara calonnya ditolak pencalonan atas sebab –sebab tertentu. Walaubagaimanapun kehadiran calon Bebas telah berjaya menafikan calon PBS-BN menang tanpa bertanding.

Salah seorang pemimpin PKR negeri, Datuk Kong Hong Min dalam satu kenyataan beliau membidas Pengarah Pilihanraya PKR Pusat Fauziah Salleh kerana mendahului Pakatan Rakyat Sabah dengan memberi kenyataan kepada media elektronik dan portal berita The Malaysia Insider. Beliau kesal kerana Pakatan Rakyat (PR) Sabah telah mengambil pendirian bersama untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang bercanggah sehinggalah Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri bermesyuarat dan memutuskan parti manakah yang akan mewakli Pakatan di Batu Sapi.

Namun demikian, sesetengah pemimpim PKR termasuklah bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Ansari Abdullah dan Ketua Cabang Batu Sapi Hassanar Ibrahim terus mengeluarkan kenyataan dengan membelakangi persefahaman yang telah dicapai.

Menurut sumber yang dipercayai Ansari diantara nama yang disebut-sebut calon PKR di Batu Sapi disamping Setiausaha Cabang Batu Sapi Zainudin Hassan dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah Ahmad Thamrin Zaini. Thamrin dikatakan calon yang dikaitkan dengan Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffry Kitingan bersama dua orang lagi calon yang tidai didedahkan indentiti mereka. Manakala Ketua Cabang Batu Sapi Hassanar Ibrahim difahamkan lebih berminat bertanding di DUN Sekong pada pilihanraya ke-13 nanti walaupun disenaraikan calon utama.

Soalnya apakah munasabah Pakatan memberi peluang sekali lagi kepada PKR walhal parti itu telah gagal mengemukakan calon selama dua kali pilihanraya?

KEPUTUSAN PILIHANRAYA LEPAS

Merenung kembali sejarah penyertaan PKR dalam pilihanraya 2008, PKR telah meletak calon mereka di 19 kerusi parlimen berbanding DAP 5 kerusi dan PAS kosong. Manakala diperingkat DUN PKR telah meletak calonnya di 54 kerusi manakala DAP 10 dan PAS hanya 2.

Taburan parti-parti yang bertanding peringkat parlimen Sabah PRU-12

Taburan parti-parti yang bertanding peringkat DUN Sabah PRU-12

Taburan keputusan P185 Batu Sapi PRU-12 mengikut daerah mengundi


PAS LEBIH POPULAR DI BATU SAPI

Seorang penganalisa politik tempatan ketika diminta pandangan beliau berkata, “PKR tidak sepatutnya bertanding di Batu Sapi kerana imej mereka terjejas berikutan kegagalan projek 16 september, ramainya ahli parlimen mereka keluar parti dan insiden pergaduhan semasa pemilihan parti yang sedang berlaku sekarang. PKR dilihat sebagai sebuah parti yang tiada integriti, mementingkan diri, tamak dan kucar kacir “, katanya.

Beliau mencadangkan agar Pakatan menilai semula kewajaran PKR mewakili Pakatan di Batu Sapi.

“Adalah lebih baik PKR menyelesaikan dahulu hal ehwal rumahtangga mereka. Pemilihan 2010 masih lagi berjalan, manakala persepsi negatif yang ditimbulkan media sangat memberi kesan. Sebahagian besar penduduk Batu Sapi amat bergantung dengan media elektronik yang dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional kecuali pengundi dikalangan kaum tionghua”. Katanya.

Dalam satu tinjauan awam yang dibuat di Batu Sapi baru-baru ini, misalnya di daerah mengundi Jalan Sibuga, apabila ditanya siapakah tokoh yang dihormati 51.69% memilih Tun Dr Mahathir Mohamad, 27.97% memilih Dato Seri Najib Razak, 3.39% memilih Dato Seri Anwar Ibahim, 3.03% memilih Datuk Nik Abdul Nik Mat dan 1.69% memilih Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Manakala di Daerah Mengundi Jalan Batu Sapi apabila ditanya sejauh manakah mereka yakin kepada Pakatan Rakyat 25.45% menyatakan yakin, 61.82% tidak yakin dan 12.73% berkecuali.

Apabila ditanya parti manakah di kalangan Pakatan yang mereka sokong, 58.18% memilih PAS, 20% PKR, 1.82% DAP dan 18.18% berkecuali.

Di Daerah Mengundi Lupak Meluas apabila ditanya soalan yang sama 25% memilih PAS, 17.24% PKR, 2.59% DAP dan 55.17% tidak membuat keputusan.

-Detikdaily

Disebalik pelbagai kelemahan dan masalah rakyat yang gagal diselesaikan oleh ahli Parlimen lalu kajian menunjukkan sokongan kepada Barisan Nasional kekal kukuh dengan undi popular melebihi 80%.

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BN memang mendapat sokongan yang kuat kerana rekod baik dan jumlah penyokong yang ramai di Batu Sapi. namun BN perlu sentiasa bekerja keras dan jangan sesekali lalai.

Unknown berkata...

Bilangan penyokong PR pun semakin hari semakin ramai. Jadi BN jangan terlalu manja dan yakin dengan sokongan kerana apa2 pun boleh berlaku sepanjang PRU.

Hosie Masie berkata...

Memang PKR tidak layak untuk bertanding. Sebelum ini memalukan 2kali tidak bertanding. PKR memang tidak layak untuk Batu Sapi. Biarlah BN teruskan kerja mereka untuk Batu Sapi.hehehee :D

Tanpa Nama berkata...

Parlimen Batu Sapi sebelum ini adalah kawasan BN, BN mmg mempunyai potensi besar untuk menang, PR kena berusaha lebih untuk bersaing dgn BN.

Unknown berkata...

Kehadiran PKR perlu juga, supaya BN tidak malas. Kehadiran pembangkang yang sentiasa ingin memburukkan kerajaan, akan menjadikan BN sentiasa tidak putus berusaha memperbaiki apa yang kurang.

lisa berkata...

Competition is good so that the other competitors will buck up their performance. Good luck to all party!

Antanum berkata...

Jika ada keyakinan tidak mustahil untuk mencapai apa yang dipertandingkan...Tapi kita lihat saja apa keputusan yang akan tercatat nanti.

evan medhousky berkata...

salah satu kelebihan BN ialah parti yang bakal mereka ketengahkan adalah parti tempatan yang mungkin boleh menjadi pertimbangan rakyat untuk lebih memihak kepada BN.. nampaknya laluan PR benar2 semakin sukar memandangkan ketiga2 komponen parti PR bukan berasal dari Sabah.

Hosie Masie berkata...

Harap BN akan tetap mempertahankan Kubu Batu Sapi. Jangan jatuh ketangan PR. BN pasti boleh.

Paquin berkata...

BN harus kukuhkan kepercayaan rakyat terhadap mereka supaya BN tetap jadi piliha para pengundi :)

Paquin berkata...

Ya Fiona. Walaupun sokongan rakyat terhadap BN masih teguh, tapi ada baiknya jika BN terus berusaha membuktikan mereka mmg layak untuk disokong:)

Paquin berkata...

PKR tidak akan berdiam diri saja.. Mereka pasti akan lakukan apa saja utk rampas kubu Batus Sapi. Jadi saya harap BN akan berusaha mempertahankan kubu mereka.

Unknown berkata...

Parti PKR sedang retak menanti belah!

Unknown berkata...

PKR adalah parti yang tidak boleh pergi jauh kerana ahli-ahlinya tidak bersatu dan penuh konflik sesama sendiri. BN yang lebih stabil adalah pilihan rakyat Sabah. Bajet 2011 adalah bukti ia prihatin kepada rakyat Sabah.

Unknown berkata...

BN kenalah kerja kuat dalam memastikan Batu Sapi dalam gengaman

Hamdan Hadillah berkata...

Jangan sampai tempat ini menjadi milik PR. Kita yakin penduduk akan setia dengan BN. Sebagai wakil PRK ini haruslah melakukan yang terbaik untuk rakyatnya.

Hosie Masie berkata...

Saya setuju dengan artikel ini. Memang PR susah untuk memasuki dan menawan batu Sapi, jika kita ikut sejarah PR dulu yang sebanyak 2x tidak bertanding. Ini menampakkan PR berjuang selepas ini bukan kerana rakyat tapi kerana kuasa. Harap rakyat akan memikirkan yang terbaik untuk mereka. PR memang tidak layak untuk memimpin.

Sanih Alias berkata...

Perlukah kita memberikan peluang kepada PR? Jawapan ada pada diri sendiri. Jika saya ditanya sedemikian memang dengan yakin saya akan jawab tidak. Kenapa? Kerana PR tidak sedia untuk memimpin dinegeri kita ini. Saya yakin mereka berjuang bukan untuk kita, tapi untuk mencabar BN. Dan untuk menjadikan kata-kata PR itu menjadi kenyataan iaitu Menawan Sabah dari BN. Itulah niat sebenar mereka. Jadi bagi rakyat lain fikirlah sendiri untuk masa depan kita.

evan medhousky berkata...

BN tidak perlu rasa selesa dengan kedudukan BN sekarang lebih2 lagi setelah melihat analisa2 yang menggambarkan kesetiaan penduduk Batu Sapi terhadap kepimpinan BN. teruskan usaha dan gunakan masa yang ada ini sebaik2nya.

Anak Sabah berkata...

Apa-apa pun, diharapkan calon terbaik akan menang. Diharapkan pengundi Batu Sapi akan membuat pilihan terbaik, selamat berjuang dan selamat mengundi.

Unknown berkata...

Mungkin tiada peluang kemenangan bagi PR dalam prk DUN Batu Sapi.

captain berkata...

Bumiputera Islam merupakan sokongan kuat bagi BN. PR tidak mampu menarik sokongan dari golongan ini. Kemenangan memihak pada BN.

Unknown berkata...

BN kenalah kerja lebih keras supaya PR tiada peluang menawan kerusi DUN Batu Sapi.

kb girl berkata...

Batu Sapi adalah kubu BN, PR sukar menawan kerusi DUN ini.

Unknown berkata...

Walaupun dijangka dapat mempertahankan kerusi ini, BN kenalah memperkanalkan calon yang paling sesuai dari semua segi.