Isnin, 18 Oktober 2010

Batu Sapi: DAP, PKR belum putus wakil bakal tanding

BERNAMA

SANDAKAN — Dua parti pembangkang, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini belum memutuskan wakil mereka dalam Pakatan Rakyat untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi.

Pengerusi DAP Sabah Dr Hiew King Chew berkata parti itu akan berbincang dengan parti lain dalam pakatan tersebut di negeri ini sebelum memutuskan nama calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti.

Katanya nama calon yang bakal diputuskan untuk mewakili Pakatan Rakyat akan diumumkan selepas dikemukakan kepada penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

“Biarlah pucuk pimpinan menentukan, kami tidak mengira calon daripada parti mana dalam Pakatan Rakyat yang akan dihantar bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan mesyuarat di Pejabat Pehubungan DAP Sandakan di sini hari ini.

Belia berkata DAP sudah bersedia menggerakkan jentera dari akar umbi untuk berkempen dan pelbagai isu akan dibangkitkan dalam pilihan raya kecil itu nanti bagi membolehkan mereka mendapat sokongan daripada masyarakat secara keseluruhannya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu adalah pada 26 Oktober dan jika ada pertandingan pengundian didakan pada 4 November ini.

21 ulasan:

madd berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
madd berkata...

tidak kira BN atau PR. pastikan calon yang bertanding nanti adalah yang terbaik. bersainglah dengan bersih untuk memenangi hati rakyat..

Unknown berkata...

Jangan buat keputusan terburu-buru. Fikir masak-masak.

gambir berkata...

Pastikan calon yang bakal bertanding pada pilihan raya kecil di Batu Sapi mendapat persetujuan.

Tanpa Nama berkata...

kena pastikan calon yang dipilih benar2 bagus.

evan medhousky berkata...

jangan tangguh lama2. masih banyak yang perlu dilakukan sebelum PRK Batu Sapi bermula. penduduk juga mahu tahu lebih awal siapa yang bakal dicalonkan supaya mereka dapat buat pertimbangan semasak2nya sebelum meletakkan undi.

evan medhousky berkata...

elakkan sebarang kekecohan seperti mana yang telah berlaku sebelum ini.

Hamdan Hadillah berkata...

Kita tunggu dan lihat saja siapa calon PKR yang akan bakal bertanding untuk kerusi Perlimen Batu Sapi ini. BN juga harus menguatkan pertahanan ditempat tersebut.

Hosie Masie berkata...

DAP dan PKR saja yang berbincang, bagaimana dengan PAS??PAS tidak ikut berbincang sekalikah. Kita tunggu dan liaht siapa calon yang akan turun adakah dari DAP atau dari PKR. Mungkin PKR telah mempunyai sejarah buruk di Batu Sapi. Jadi mungkin tidak layak menduduki kerusi tersebut.

Unknown berkata...

Sebagai penduduk di Batu Sapi bersedialah untuk mengundi. Adakah PR layak untuk Batu Sapi atau tidak itu semua ditangan penduduk itu sendiri. Pilihlah yang terbaik untuk diri dan penduduk. Penduduklah penentu masa depan mereka sekarang.nesse

Anak Sabah berkata...

Diharapkan PKR membuat keputusan yang baik dalam memilih calon bertanding.

Mei berkata...

Yang penting calon yang akan terpilih untuk bertanding mestilah yang terbaik dan digemari oleh orang ramai.

Anak Sabah berkata...

Semua calon perlu bersedia sebelum pilihanraya kecil bermula, adalah wajar jika calon diputuskan seawal mungkin.

lisa berkata...

Batu Sapi by-election is just around the corner. PKR should not take too long to decide on a candidate. Is PKR members that bad till it's hard for PKR to choose the best candidate? Whatever it is, all the best!

Logop berkata...

Kita tunggu dan lihat sahaja siapa yang akan wakil bakal tanding.

Tanpa Nama berkata...

pemilihan calon haruslah dibuat secara teliti, jgn silap memilih calon.

nurfatihah berkata...

Siapapun yang terpilih, diharapkan yang mempunyai ciri-ciri pemimpin yang diperlukan.. Rasuah buang jauh-jauh.

nurfatihah berkata...

Apapun, selamat berjuang semua. Harap semuanya adil.

mike berkata...

terpulang kepada PR untuk menentukan calon mereka sama ada dari DAP, PAS atau PKR.

mike berkata...

kemungkinan untuk PR menang pada PRK batu sapi adalah kurang baik kerana terpaksa bersaing dengan parti pembangkang tempatan iaitu SAPP selain daripada BN.

mike berkata...

apa pun diharap PRK batu sapi akan berjalan dengan lancar.